REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK –
Membantu orang susah tidak semestinya dengan wang ringgit. Ada
kalanya dengan kita memberi wang ringgit akan menjadikan mereka tidak
nampak jalan keluar, sentiasa meminta-minta. Ada beberapa kes yang
terpencil, mohon minta bantuan untuk bayar yuran persekolahan. Saya
kata pada pemohon, pergi saja sekolah daftar anak, sebarang
pembayaran yuran dan sebagainya minta guru hubungi saya. Akhirnya
bila guru hubungi saya untuk penjelasan yuran, pelajar tersebut tidak
datang ke sekolah, hanya datang masa hari pendaftaran. Pemohon beri
bermacam alasan anak tidak dapat ke sekolah.
2. Begitu juga dalam kes lain, mohon
bayar bil elektrik, pengurusan jenazah dan sebagainya, kalau kita nak
bantu, bayar terus kepada TNB, pengurus jenazah dan sebagainya.
Sekarang dah mudah, bayar online saja, resit whatsappkan. Memang
banyak kes mereka yang susah, tapi kes yang terpencil seperti ini
akan menghilangkan keyakinan orang.
3. Kepada mahasiswa yang susah, masa
cuti, rajin-rajinlah ke masjid, bukan sekadar beribadah, rajin-rajin
kutip sampah, bersih tandas, InsyaAllah akan ada jemaah masjid yang
tanya dan hulur bantuan. Niatkan cuci masjid itu kerana Allah, bukan
dengan harapan akan ada orang yang membantu.
4. Semalam ada bapa dari Senawang
hubungi saya minta sumbangan, katanya pra sekolah di Senawang dah
penuh. Satu Senawang dia tanya Tadika Kemas pun dah penuh. Dia tak
mampu bayar tadika swasta. Saya kata padanya pergi ke Pasti Hidayah,
di Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya. Bayar apa yang mampu,
selebihnya minta guru Pasti hubungi saya untuk pembayaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan