Pakcik Mohamad Nordin 77 tahun di Kg Tok Dagang, Paroi,
Seremban yang mengidap pelbagai penyakit, kencing manis dsbnya, mengharapkan
cucu-cucu serta jiran untuk mengurus diri. Anak perempuannya pula mengidap
sakit buah pinggang yang perlukan rawatan. Keluarga ini bergantung sepenuhnya
bantuan JKM, Baitul Mal dan Perkeso.
Katil dan tilam saiz besar yang digunakan
oleh pakcik Mohamad tidak sesuai, kerana berat untuk mengangkat tilam yang
perlu selalu dibasuh dan dijemur. Untuk memudahkan urusan menjaga pakcik
Mohamad, kami bercadang untuk bila katil saiz bujang, manakala tilam pula akan
dibalut dengan pelapik sarung khas PVC agar mudah untuk dicuci. Pakcik Mohamad
juga memerlukan 1 kipas berdiri kerana rumahnya beratap zink yang rendah tanpa
siling.
Pakcik Mohamad adalah merupakan abang kepada seniwati Noran Nordin
(arwah) sezaman dengan P.Ramlee.
Mereka yang ingin menyumbang katil/tilam
bujang, kipas berdiri bolehlah hubungi 0122267406 (Rozmal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan