Kepada mereka yang membantu orang susah, orang miskin,
mereka yang memerlukan, hayati dan pelajari maksud ayat Quran di bawah ini.
Roda berputar, sejarah sentiasa berulang.
Surah An-Nuur ayat 22 yang bermaksud "Dan janganlah
orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah
bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum keluarganya ,
orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan-jalan Allah
dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin
bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
Menurut Al-Sayuti (1986:404) , ayat di atas diturunkan
berikutan perbuatan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a yang terlalu marah terhadap
Mistah kerana menyebarkan cerita fitnah terhadap anaknya Aisyah sehingga beliau
telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang
diberikan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan