Cuma tinggal 3 bahagian korban lagi dimana bahagian korban
ini akan diagihkan kepada keluarga miskin sekitar Rembau. Satu bahagian hanya
RM550. Sila hubungi Hj Ishak Omar 0123494041 untuk sertai program korban ini.
"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20160829
20160808
Hutang 75 tahun. Siapa lindungi Along?
Hutang 75 tahun. Siapa lindungi Along?
7 Ogos 2016
Kuala Lumpur: “Dulu mak sanggup tebalkan muka meminjam along
semata-mata memastikan saya dapat pergi ke sekolah selepas kematian ayah.
“Sekarang saya perlu menanggung hutang itu selama 75 tahun.
Itu pun tak tahulah sama ada umur panjang atau tak. Masa tandatangan surat
perjanjian itu pun, saya keliru memikirkan dalam usia ini saya menanggung
hutang hampir sejuta ringgit,” kata Suraya.
Eksekutif swasta berusia 24 tahun itu bagaikan tiada masa
depan apabila terpaksa menanggung hutang dibuat ibunya pada 2011, 167 kali
ganda daripada jumlah pinjaman asal cuma RM6,000.
Katanya, ketika pinjaman berkenaan dibuat, dia masih
bersekolah dan kehidupan mereka yang agak sukar selepas bapanya meninggal dunia
mendorong ibunya membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang berlesen
dimiliki individu bergelar Datuk.
“Pada awalnya, emak menggunakan wang gajinya sebagai pekerja
am syarikat swasta untuk membayar ansuran. Namun di tengah jalan, dia gagal
membayar sehinggalah ditawarkan pinjaman demi pinjaman oleh Datuk terbabit.
“Sejak lima tahun lalu, saya bersedih kerana melihat bagaimana
emak berkorban apa yang ada untuk sedaya upaya membayar pinjaman itu, tetapi
dia tidak mampu sehinggalah kadar bunga meningkat.
“Bulan Mei lalu, saya mewakili adik beradik, bapa saudara
dan seorang saudara angkat mengambil tanggungjawab membayar semua pinjaman
berjumlah RM1 juta secara ansuran selama 75 tahun, walaupun saya tahu ia satu
kerja mustahil,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) di Keramat Hujung, di sini, semalam.
Suraya hadir bersama ibunya selepas membaca laporan muka
depan akhbar ini semalam mengenai kemewahan ceti haram yang hidup senang di
atas kesusahan peminjam.
Katanya, sebelum ini dia tidak mengetahui kepada siapa dia
boleh mengadu masalah itu sehingga membaca laporan itu dan terus menghubungi
PPIM.
Ibunya, Salmah, 56, yang kelihatan sugul berkata, dia tiada
jalan lain selain meminjam dengan Datuk berkenaan kerana mahu menyekolahkan
tiga anaknya.
“Waktu itu, gaji pun tak seberapa, saya pinjam RM6,000
kemudian bila tak boleh bayar, kadar faedah naik. Datuk itu tawarkan pinjaman
lagi, saya terima,” katanya.
Sementara itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata,
kes berkenaan menjadi satu bukti bagaimana along mengaut kekayaan dengan
membuat perjanjian berat sebelah yang tidak masuk akal.
Katanya, mana mungkin untuk perjanjian pinjaman, tempoh
bayaran ditetapkan selama 75 tahun dengan kadar yang berubah setiap masa.
Justeru, PPIM akan membawa kes ini ke Bukit Aman Isnin ini
bagi membolehkan siasatan dilakukan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi
mangsa.
20160805
Judi dalam talian makin serius, pelajar sekolah diperangkap
5 Ogos 2016 - Penularan kegiatan judi dalam talian semakin
membimbangkan apabila golongan pelajar sekolah sudah mula terjebak dengan
aktiviti haram itu. Tinjauan mendapati segelintir pelajar mengakui tahu malah
turut bermain permainan judi dalam talian itu berikutan operator judi terbabit
kini semakin berani menawarkan permainan berkenaan secara terbuka.
Lebih menyedihkan, mereka sanggup menggunakan wang saku yang
diberikan ibu bapa untuk bermain judi dalam talian yang boleh diakses di mana
sahaja, pada bila-bila masa selagi mempunyai akses internet. Menurut seorang
pelajar tingkatan empat, dia terpengaruh selepas melihat iklan-iklan judi dalam
talian yang kini tersebar luas di laman sosial seperti Facebook.
“Mereka (operator judi) letak gambar duit dan orang menang
besar selepas main permainan ditawarkan, itu yang buat saya hendak cuba. “Pada
mulanya saya tidak mahir, tetapi sekarang sudah tahu cara untuk bermain
kebanyakan permainan disediakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di
sini hari ini.
Bagi seorang lagi pelajar, dia yang turut mengakui pernah
berkunjung ke premis mesin judi internet memaklumkan bermain melalui internet
lebih selamat. “Saya memang pernah pergi kedai mesin itu, tetapi kadang-kadang
tidak boleh masuk kerana memakai uniform.
Tambah seorang pelajar, dia mengetahui tentang permainan
judi itu daripada rakannya selain turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS)
menawarkan aktiviti judi itu daripada nombor tidak dikenali . “Caranya amat
ringkas untuk dimainkan dan boleh dimainkan di mana sahaja. “Selalunya saya
akan bermain di rumah menggunakan telefon bimbit dan akan ke bank untuk
mendepositkan duit bagi menambah kredit taruhan,” katanya.
Hati-hati guna extension wire
Hati-hati guna extension wire. Baru ini saya guna extension
wire utk mesin pengering baju, guna extension wire kerana plug tak sampai.
Pakai beberapa minit isteri kata extension wire tu rasa panas. Tukar extension
wire lain, juga panas. Lalu tolak mesin dekat plug, tak guna extension wire,
baru OK. Kemudian saya pergi kedai hardware di Taman Anggerik, Senawang. Taukeh
tu kata jangan guna extension wire yg banyak jual di kedai/pasaraya. Yang itu
cuma boleh guna utk caj telefon, radio, kipas, TAK BOLEH guna utk mesin basuh,
peti ais, periuk elektrik, oven dsbnya. Extension wire yg banyak dijual guna
wire halus, murah, sebab tu cepat panas mudah terbakar walaupun ada Cop SIRIM.
Dia buat extension wire sendiri dari wire tebal, 6 meter RM30. Saya beli, dan guna
utk mesin pengering tadi, OK, wire tak panas.
Langgan:
Catatan (Atom)