KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160805

Hati-hati guna extension wire



Hati-hati guna extension wire. Baru ini saya guna extension wire utk mesin pengering baju, guna extension wire kerana plug tak sampai. Pakai beberapa minit isteri kata extension wire tu rasa panas. Tukar extension wire lain, juga panas. Lalu tolak mesin dekat plug, tak guna extension wire, baru OK. Kemudian saya pergi kedai hardware di Taman Anggerik, Senawang. Taukeh tu kata jangan guna extension wire yg banyak jual di kedai/pasaraya. Yang itu cuma boleh guna utk caj telefon, radio, kipas, TAK BOLEH guna utk mesin basuh, peti ais, periuk elektrik, oven dsbnya. Extension wire yg banyak dijual guna wire halus, murah, sebab tu cepat panas mudah terbakar walaupun ada Cop SIRIM. Dia buat extension wire sendiri dari wire tebal, 6 meter RM30. Saya beli, dan guna utk mesin pengering tadi, OK, wire tak panas.


Tiada ulasan: