Bimbing warga asnaf kaedah penjimatan elektrik. Saudara saya
di kampung ada 5 anak, setiap bulan dia tak bayar bil elektrik, kerana
penggunaan bawah kadar dikena caj. Rumah banglonya tiada TV. Bila malam hanya 1
atau 2 lampu dipasang. Tidur awal, lepas isya, semua lampu tutup. Saya yakin
Majlis Agama Islam N.Sembilan melalui Baitulmal terlalu banyak bantu keluarga
miskin yg bil elektrik mereka tertunggak, dipotong. Dan ada kes yg berulang
dari keluarga yg sama. Saya cadangkan Majlis Agama keluarkan panduan kpd warga
asnaf kaedah penjimatan elektrik, berapa banyak lampu perlu dipasang, TV bukan
keperluan dsbnya. Buat lawatan ke rumah mereka yg mohon bantuan ini, jika
mereka tidak mengamalkan kaedah penjimatan elektrik, keluarkan mereka dari
senarai penerima bantuan. Cadangan je, cakap senanglah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan