Alangkah baiknya jika tempat ini dijadikan pondok transit
untuk mereka yang tidak mampu menyewa rumah
Apa nasib bazar sementara?
19 Okt. 2016 -
Selepas hampir dua tahun dikosongkan, sebuah bazar sementara berhampiran Flat
Uda di Ampangan, Seremban di sini terbiar tanpa pengawasan sehingga menjadi
tempat tidur beberapa warga asing. Tinjauan mendapati sebanyak tiga blok yang
menempatkan lebih 80 unit gerai itu tidak terurus malah ada sebahagian daripadanya
dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beberapa komponen motosikal juga
ditemukan di dalam beberapa unit gerai yang dipercayai dijadikan tempat untuk
membaiki motosikal. Sebelum ini juga, ada warga emas yang tidak memiliki rumah
sendiri menjadikan unit gerai di pasar sementara itu sebagai tempat tinggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan