Harian Metro 19 Okt 2016 - Akibat ketagihan judi, bukan
kereta dan barang kemas sahaja yang dijual, malah wanita bergelar isteri
sanggup dilacur untuk melangsaikan hutang suami kaki judi. Itu situasi malang
yang dialami seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 37, selepas suaminya
yang juga bekas kakitangan kerajaan terjebak bermain judi dalam talian sejak
dua tahun lalu. Ayu yang sebelum ini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan
berkata, kehidupan rumahtangganya kian hancur selepas suaminya mula
berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di kawasan itu sehingga berubah
menjadi ‘penagih’ judi. Katanya, suaminya yang dulu seorang yang
bertanggungjawab dan penyayang, berubah 360 darjah menjadi seorang yang pemarah
dan tamak. “Suami saya pernah berhenti main judi selepas pihak berkuasa membuat
operasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di Port Dickson ditutup. Tetapi
apabila sindiket mula beroperasi semula, suami kembali berjudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan