PROMOSI PEMBUKAAN FARUQI CYCLE SHOP
Kini Di Ampangan
Menjual serta membaiki BASIKAL
PROMOSI PEMBUKAAN SABTU 8 Disember 2007
NO 10B/6021, Batu 2, Jalan Seremban-Jelebu, Ampangan, Seremban
(Bertentangan dengan Man Tom Yam)
Waktu perniagaan : Setiap hari Isnin hingga Ahad 10 pagi – 6 ptg
Menyediakan perkhidmatan servis dan penghantaran rumah ke rumah
Hubungi : Zamrin 017-6565316
"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20071204
20071203
Roket Air, aktiviti yang menyeronokkan
Permainan Roket Air, bukan saja menyeronokkan, tetapi banyak manafaat, mengeratkan kekeluargaan dan kejiranan, menanam semangat minat belajar dan banyak lagi. Tak percaya ? Klik sini
http://ikam-space.blogspot.com/2007/12/sekitar-pertandingan-roket-air-taman.html
Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menubuhkan Kelab Roket, Kelab Angkasa di peringkat sekolah, persatuan, taman, kampung bolehlah menghubungi Tn Hj Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Kelab Angkasa MALaysia NS atau ringkasannya Kelab AMAL NS di 019-6576540

20071201
Motivasi Anak Soleh & Kem Hafazan 15-17 Dis NS
Kem Hafazan & Motivasi Anak Soleh – “Lain Dari Yang Lain”
Sabtu 15 Dis (8 pg) – Isnin 17 Dis (11 pg)
Di Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Penyertaan terbuka kepada semua berumur 18 tahun ke bawah
LAIN DARI YANG LAIN KERANA :
1. Peserta akan dibekalkan ubat gigi & sabun mandi halal, kismis, madu dan air
2. Penyediaan makanan amat dijaga rapi dengan hanya menggunakan bahan keluaran bumiputera muslim atau yang disahkan halal oleh JAKIM seperti ayam & ikan keli organik
3. “The Power of Brain” oleh Ust Mohd Ashraf Ayob Al Hafiz (Personaliti TV3 Program KALAMULLAH sepanjang Ramadhan, pengasas sistem menghafaz kaedah Jibril)
4. Klinik Al Fatihah oleh Ust Imran Kamal Basha Al Hafiz (Pensyarah Jabatan Qiraat, Selangor Islamic International College)
5. Workshop Tajwid oleh Ust Shaharuddin (Ketua Jabatan Qiraat, KUIS)
6. Smart Solat oleh Ust Hj Norazman Mohamad (Certified NFNLP USA)
7. “How To Be An Excellent Chid” oleh Ust Ashraf Suarin (Ketua Pegawai Dakwah Kuala Selangor)
8. “Who Am I ?” oleh Abang Faiz (Artis Nasyid Kumpulan Brothers)
9. “Ayah & Ibu Ku” oleh Ust Khairuzzaman Kadir (Penceramah Bebas)
10. Bengkel dan Demonstrasi Roket Air oleh Mohd Taufek Abd Ghani (Pengerusi Kelab AMAL NS)
YURAN CUMA RM 150
Hubungi Urusetia 013-2121031 , 012-6670927
Anjuran : WHOFAST Management dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

20071130
Pemeriksaan Kesihatan Percuma 2 Dis Senawang
Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Wanita juga untuk Lelaki
Ahad 2 Disember 2007
Jam 9 pagi – 12 tgh
Di Taman Alamanda, Senawang
Pemeriksaan : Tekanan Darah, Gula Dalam Badan dan Indeks Berat Badan
Sempena Pertandingan Roket Air dan Pengembaraan Angkasa 2007
Semua Dijemput Hadir

20071129
Pertunjukan Roket & Pengembaraan Angkasa 2007
Pertunjukan Roket dan Pengembaraan Angkasa 2007
Ahad 2 Disember 2007 - Jam 9 pagi – 12 tgh
Di Taman Alamanda, Senawang, NS
Acara Menarik :
Pertandingan Roket Air
Bengkel Membuat Roket Air
Pertunjukan Chemical Rocket, Solid Propellant Rocket, Advanced Propellant Rocket
Demonstrasi Aero Modelling
Simulasi Space Station Manager
Space Station Design (ISS)
Space Camp
Space Adventure
Flight Simulator
KidzCAD Video Presentation
Kuiz Aero Angkasa
Pelancaran Kelab Angkasa MALaysia NS
Semua Dijemput Hadir – Percuma
Maklumat lanjut hubungi Rozmal 012-2267406 , rozmal@yahoo.com , http://ikam-space.blogspot.com
Sila klik sini untuk peta ke Taman Alamanda https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioq5ADrh8ft6Af23AqXpau3xreUWsdfx4UQ_CmV5rs1cW3jMt1Hjl_ry5AAvzJWZRqv35qyXs_dL-HI91UCdHorH-6BCRN82TiJtPlK4bjjLTB9dl_mNYunB5YXtm2pcno2uyr/s1600-h/TamanAlamanda.jpg
Anjuran : Surau & Taman Alamanda , Kelab Angkasa Malaysia NS, Institut Kajian Angkasa Malaysia & Aerospace Education Malaysia

Kem Generasi Soleh Dis 07 NS
Satu program yang bermanafaat untuk mengisi cuti persekolahan anak-anak.
Kem Generasi Soleh
Tarikh : 6 - 10 Dis (Khamis – Isnin) untuk pelajar sekolah rendah , 10 - 14 Dis (Isnin – Jumaat) untuk pelajar sekolah menengah
Tempat : Pusat Pemantapan Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, KM 17, Jalan Kongkoi, 71650 Titi, Jelebu, N.Sembilan
Yuran : RM 80 (termasuk makan, penginapan dan sijil). Terhad kepada 120 orang peserta sahaja. Keutamaan peserta yang daftar dan bayar awal
Anjuran : ISMA, Masjid Jamek Johol dan Masjid Yam Tuan Raden Kuala Pilah
Perunding Motivasi : Total Success Resources
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi Ustaz Azmi 019-6585171 , Dr Hussaini 019-9159958

20071127
Harimau Cari Perlindungan di Rumah Orang
Kawan saya baru pulang dari Bangladesh, dia bekerja di sana. Katanya banyak perkara ajaib dan pelik berlaku ketika negara tersebut di landa ribut taufan. Banyak binatang liar yang mati. Dan banyak antara binatang liar yang hidup ini mencari perlindungan di rumah orang kampung. Sehinggakan ada harimau liar yang mencari perlindungan di rumah orang, tinggal bersama penghuni rumah tersebut, tanpa mengapa-apakan penghuni rumah tersebut. Harimau tadi duduk diam-diam saja. Bukan setakat harimau malah serigala-serigala liar. SUBHANALLAH.
Misi Kemanusiaan ke Bangladesh
Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan Misi Kemanusiaan ke Bangladesh untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di sana. Pasukan Bantuan Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ini akan berlepas pada 5 Disember 2007. Kepada mereka yang ingin turut serta menyertai misi ini atau ingin menyumbang sila hubungi Pengarah Operasi Misi Kemanusiaan Bangladesh En Jamal 019 6644796
Maklumat lanjut di http://www.amalmalaysia.net

Pendaftaran Maahad Tahfiz As Saidiyyah kini dibuka
Kemasukan ke Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 Tahun 2008 Maahad Tahfiz As Saidiyyah, Seremban dibuka sekarang. Maklumat lanjut di http://saidiyyah.blogspot.com
20071123
Mufti Perak minat program angkasa lepas
Mufti Perak begitu berminat dengan program angkasa lepas. Mengapa ? Berita lanjut di http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/pertemuan-sts-mc-dengan-mufti-perak.html
NASA pun main roket air
Tak percaya klik sini
http://www.grc.nasa.gov/WWW/K-12/bottlerocket/br2d_b.swf

20071121
Skim Copek Kayo
Bila orang nasihat tak nak dengar. Tiada jalan mudah untuk kaya. Jangan mudah terpengaruh. Bila ada orang minta derma kata tak ada duit, tapi kalau nak melabur ada yang sanggup pinjam duit. Siapa yang salah ? Apo nak dikato ? Melayu mudah lupo.
Wang pelabur lebur
Harian Metro 21 Nov 07. SEREMBAN: Seorang pengerusi sebuah syarikat yang juga pengedar tunggal produk penjimatan bahan api kenderaan menggunakan teknologi Jerman didakwa menghilangkan diri selepas mengumpul puluhan ribu ringgit menerusi satu skim pelaburan.
Lelaki berusia 40-an itu dikatakan bijak mempengaruhi orang ramai melabur dalam syarikatnya yang didakwa mampu meraih keuntungan 100 peratus dalam lapan bulan.
Berita lanjut http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/75316/Article/index_html

MengAngkasakan Bangsa Malaysia
Berikut program yang amat sesuai untuk menarik minat anak-anak kita dan para remaja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Aero Angkasa yang akan diadakan sekitar Lembah Kelang :
The Wonders of The Night Sky - 22 November 2007
Flight Simulation Workshop - 6 December 2007
Maklumat lanjut hubungi Ahmad Azwan Bin Shamsudian 019-380 3847 atau layari laman web http://www.aerospacedu.com/
Jangan lupa Pertandingan Roket Air Alamanda " Water Rocket Competition Alamanda" di Senawang , N.Sembilan pada Ahad 2 Disember 2007 dengan beberapa aktiviti lain yang sedang dirancang, antaranya Demo Fuel Rocket, Flight Simulation Program For Kids, Space Camp Malaysia, Space Tourism Adventure Malaysia, Rocket Club dan banyak lagi. Maklumat akan dikemaskini di Blog IKAM http://ikam-space.blogspot.com/

Ibadah Qurban di Palestin, mereka lebih memerlukan
Saudara kita di Palestin lebih memerlukan. Sertai Program Qurban & Aqiqah Barakah Palestin 2007. Maklumat lanjut di
http://amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=91

20071118
Hutan Gunung Angsi, Ulu Bendul NS dalam Bahaya
Hutan Simpan Kekal di Tanjung Tuan, Melaka telah rosak.
Sekarang projek di kaki Gunung Angsi dalam bahaya.
Ada beratus sungai jernih di atas sana. Hujannya jarang, tapi air sentiasa ada. Air itu datang dalam bentuk embun yang sentiasa membasahi gunung itu.
"Tanjung Tuan memiliki khazanah yang tidak ternilai. Di situ ada batu karang yang tidak boleh didapati di mana-mana. Malangnya, ada kalangan mereka yang memberikan kawasan itu kepada pihak tertentu," kata Basir.
Berita lanjut di http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/pm-di-ambush-akibat-pemusnahan-hutan-simpan-tanjung-tuan.html

20071116
TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah
Saya amat tertarik dengan rancangan TV3 Bersama Mu yang disiarkan pada 14 November 2007 yang lalu. Segmen pada malam tersebut membawa pendekatan yang lain daripada yang lain. Pendekatan yang amat-amat saya harapkan dan sentiasa ditekankan selama ini.
Selalunya saya tidak mengikuti secara penuh dan bersungguh rancangan TV3 Bersama Mu kerana tidak dapat menahan sebak. Sebak kerana tahu betapa susahnya mereka yang memerlukan tetapi tidak dapat membantu mereka. Tahu betapa susahnya kehidupan mereka tetapi tahu sebenarnya mereka itu adalah sebilangan kecil sahaja yang disiarkan kisah kesusahan kehidupan mereka, sedangkan di sekeliling kita ramai lagi yang mengalami nasib serupa atau mungkin lebih teruk lagi.
Kisah pada segmen malam tersebut ialah seorang ibu tunggal di Kelantan yang terpaksa bekerja keras hingga lewat malam menanggung 5-6 orang anaknya. Anaknya yang baru mendudukki peperiksaan PMR tahun 2007 dengan rela hati mencari pekerjaan sebagai pembantu di kedai makan selepas tamat PMR kerana niatnya ialah untuk menjelaskan yuran persekolahan yang tertunggak sebanyak RM 600.
Setelah disiarkan kisah kehidupan tersebut, kebiasaannya krew Bersama Mu TV3 akan menghulurkan bantuan, membantu membelikan peralatan rumah, dapur, pakaian dan sebagainya.
Tetapi kali ini tidak. Pengacaranya membawa krew melihat kawasan sekeliling kampung. Mereka dapati rata-rata penduduk sekitarnya tidaklah susah sangat, malah terdapat ramai juga antara mereka yang mempunyai rumah banglo. Lalu mereka singgah di salah sebuah rumah banglo milik seorang ahli perniagaan. Setelah menceritakan kisah penderitaan keluarga ibu tunggal tersebut di hujung kampung mereka, ahli perniagaan tadi dan isterinya mengalirkan air mata. Dan mereka dengan rela hati menghulurkan bantuan untuk membaiki rumah ibu tunggal tadi.
Lalu dipanggillah ketua kampung dan beberapa penduduk kampung untuk membantu membaiki rumah ibu tunggal tadi, serta menghulurkan beberapa bantuan lain.
Ini adalah satu contoh mudah bagaimana rakyat Malaysia boleh membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan ini berada di sekeliling kita, dan mereka yang berkemampuan untuk membantu pun ada di sekeliling kita. Kalau tidak mampu membantu dari segi kewangan, kita bantu dari segi tenaga, kalau tidak mampu membantu dari segi tenaga, kita cari atau salurkan ke mana-mana individu atau agensi yang boleh membantu. Masakan seorang ibu tunggal, seorang warga tua, seorang yang lumpuh mampu turun naik Pejabat Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri, Baitul Mal Negeri, pejabat Wakil Rakyat untuk mengharapkan bantuan.
Masyarakat sekelilinglah yang bertanggungjawab. Takkan kita hendak mengharapkan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui setiap satu keluarga yang susah di lokaliti mereka, sedangkan mungkin mereka terpaksa meneliti beribu-ribu permohonan. Takkan kita hendak mengharapkan wakil rakyat turun setiap hari untuk mencari keluarga yang susah, sedangkan mungkin rata-ratanya seorang wakil rakyat biasanya mempunyai 5,000 keluarga di kawasannya yang memerlukan perhatian bermakna jika dia pergi rumah ke rumah setiap tahun, sehari dia perlu melawat 13 rumah sekurang-kurangnya , sedangkan mereka mempunyai tugas lain yang lebih penting.
Masa untuk berubah. Sikap kita harus berubah. Kita harus ambil peduli apa yang berlaku di sekitar kita. Masalah gejala sosial, masalah dadah, masalah pecah rumah, masalah ragut, masalah keciciran pelajar,pengangguran dan sebagainya bermula apabila kita semua mengambil sikap tunggu dan lihat, mengambil sikap berpeluk tubuh dan menuding jari. Ini bukan kerja aku, ini kerja dia, ini kerja AJK Masjid, ini kerja JKKK, ini kerja wakil rakyat, ini kerja guru.
Tahun 2008 adalah tahun yang lebih mencabar. Harga petrol dan gas dijangka akan naik dengan banyaknya. Bawang pun susah nak cari sekarang ini. Roti dah naik harga. Baru-baru ini ada seorang pelajar tahun akhir di IPT tempatan dari Negeri Sembilan mengadu, yuran pengajiannya tertunggak sebanyak hampir RM 10,000 walaupun dia ada dapat bantuan atau mungkin pinjaman, namun ianya tidak mencukupi, sedangkan ayahnya bekerja kampung.
Dan sekarang ini Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan pula menjalankan operasi memotong bekalan air bagi mereka yang mempunyai tunggakan bil air. Dan ramai antara kenalan saya bekalan air mereka telah dipotong. JBA hanya menjalankan tanggungjawab mereka, kerana mereka pula ada perbelanjaan lain yang perlu dijelaskan. Ini semua adalah satu rantaian. Pandanglah mata anak-anak kita, fikirkan apa akan jadi pada nasib mereka, nasib generasi selepas mereka. Generasi kita dulu, walaupun Malaysia belum lagi mencapai pelbagai kejayaan , tetapi rata-rata kita semua mendapat biasiswa. Akan tetapi sekarang ini, terlalu sukar untuk mendapat biasiswa. Yang ada hanyalah pinjaman PTPTN dan kerja pula belum dijamin selepas tamat pengajian
Berubahlah kita semua, kalau kita sayangkan diri kita, sayangkan anak-anak kita, sayangkan keluarga kita, sayangkan negara kita. Kalau di Indonesia Mottonya ialah Peduli Umat, menunjukkan kita perlu prihatin dan ambil peduli nasib jiran-jiran kita. Jangan jadi Peduli Engkau atau Lantak Engkau maka kita lihatlah apa yang berlaku di negara kita sekarang ini dengan masalah ponteng sekolah, Mat Rempit, Pendatang Asing, Dadah dan sebagainya yang tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya.

Tahniah SRIAS Seremban 25% dapat 5A UPSR 2007
Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah, Seremban yang mencatatkan keputusan UPSR 2007 yang amat cemerlang. Keputusan yang terbaik setakat ini sejak penubuhannya. 25% pelajarnya mendapat keputusan 5A. Pendaftaran untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 kini sedang dibuka. Tempat amat terhad. Keutamaan pelajar yang daftar awal. Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com
20071115
Tangkap Gambar Kubung di Ulu Bendol
Ahad lepas anak-anak ada aktiviti sekolah di Ulu Bendol. Jadi kami sekeluarga pun tumpang sekaki. Tengah berborak dengan guru-guru, salah seorang tunjuk ada binatang atas pokok. Semua tak tahu apa binatang tersebut. Nampak macam kelawar. Salah seorang beritahu itulah Kubung, memang besar. Lalu saya pun tangkaplah gambar Kubung, pertama kali saya nampak. Pautan berikut maklumat penuh tentang Kubung http://ms.wikipedia.org/wiki/Kubung
Hidup Bahasa Melayu
Hidup Bahasa Melayu

20071113
Kem Motivasi SEJATI
KEM SEMAI JATI DIRI (SEJATI) - "Sahsiah Murni, Insan Bestari"
Tarikh: 25, 26, 27 November 2007 (Ahad, Isnin, Selasa)
Masa: 2 pm 25 Nov – 2 pm 27 Nov
Tempat: Taman Rekreasi MPS, Seremban
Yuran: RM 90 seorang
Penyertaan: Terbuka kepada semua remaja lelaki/perempuan umur 11 - 15 tahun
Anjuran: Tinta Strategi Management
Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi:
Ustaz Fahri 012-258 9637 , Sdr Borhan 013-630 2002 , Sdr Izwan 013-376 3833

20071112
Cara Mudah Membuat Roket Air
Sila klik link berikut untuk membuat Permainan Roket Air http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/cara-mudah-membuat-roket-air.html
20071108
Roket Kuning Sonyum 11 dilancarkan di Seremban
Bukan main seronok remaja Alamanda bermain roket. Mereka menamakan prototaip roket pertama ciptaan remaja sekolah rendah Taman Alamanda, Senawang ini sebagai Roket Sonyum 11. Kos membuat roket tersebut termasuk pelancar dan pam air kurang dari RM 15. Saksikan aksi mendebarkan dan menarik pelancaran Roket Air Sonyum 11
ps : Kalau nak beli pam basikal dan lain-lain keperluan buat roket murah boleh beli di Kedai Hardware Taman Matahari Height , Senawang (dekat kedai Tayar)
ROKET AIR SONYUM 11

AIR DALAM ROKET SEDANG DIPAM

ROKET TERBANG TINGGI SAMPAI TAK NAMPAK

Ibu tunggal bakal menderita tahun 2008
Sejak minggu lepas pergi kedai cari bawang susah betul, kalau ada pun banyak yang dah busuk. Puas nak pilih yang elok. Malam tadi ceramah Us Idris Ahmad dia kata bawang besar di Terengganu sekarang ni RM 5 sekilo. Ramadhan lepas, jemaah Surau Alamanda adalah buat sikit kutipan untuk bantu keluarga yang memerlukan sekitar taman in. Alhamdulillah dapatlah RM 500, bagi-bagilah 4 keluarga di sini. Ketua Wanita taman saya ajak isteri saya untuk agih-agihkan. Menurut isteri saya yang paling daif ialah Puan A, seorang ibu tunggal anak 3 , tinggal di rumah kos rendah. Tak ada apa-apa perabot langsung di rumahnya.
Saya pun tak boleh bayangkan macamana kehidupan Puan A menjelang 2008 ni. Sewa rumah RM 250, api air tak masuk lagi. Kerja sebagai jurujual, gaji bersih tolak itu ini sekitar RM 580. Anak 3 orang, sorang nak masuk darjah 6, sorang darjah 5, sorang 5 tahun, mungkin tak masuk tadika sebab tak mampu.
Kepada mereka yang ingin membantu Puan A, bolehlah hubungi saya, nanti saya akan berikan no tel dan no akaun Puan A, berilah bantuan terus pada dia. Dan saya yakin ramai lagi sekeliling saya, sekeliling tuan puan yang nasib mereka macam atau lebih teruk dari Puan A.
Kita boleh jangkakan dengan keadaan ekonomi sekarang, harga minyak bakal naik, harga barang makin lama makin naik, kalau kita tidak membantu, akan ramailah anak-anak yang keciciran, akan ramailah ibu tunggal hanya mampu mengikat perut.
Sayang sekali, kalau dulu pemimpin negara seperti Khalifah Saidina Umar ra akan turun padang cari keluarga susah. Tetapi sekarang keluarga susah terpaksa menunggu giliran , untuk mengisi borang bantuan Baitul Mal. Siapa yang memegang tanggungjawab tersebut bersedialah dengan jawapan apabila ditanya dalam kubur kelak.
Bagi pihak saya hanya inilah yang saya mampu lakukan. Beri kesedaran pada kita semua. Tak ada duit, kita cari siapa boleh bantu. Aku hanya berserah pada Mu Ya Allah.

Seronok melihat anak di Sekolah Islam
Assalamualaikum,
Malam tadi dapat satu risalah. Terperanjat tengok ianya risalah sekolah anak saya, iaitu Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Seremban. Semua anak saya sekolah situ. Yang nombor 1 dan 2 sekarang di Sekolah Menengah Keb Agama Sheikh Mohd Said Seremban dan Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra, Ampangan. Anak no 3 ke 5 masih di SRIAS. Apa yang membanggakan ialah kejayaan bekas pelajarnya, iaitu Alumni SRIAS. Mereka ini bapa-bapa mereka semua saya kenal, Prof Badlishah, Cikgu Hassan, Hj Ir Jamil, semua dah jadi doktor, guru dan jurutera. Begitu cepat masa berlalu. Walaupun sekolah swasta ni banyak cabaran dan rintangan, tapi Alhamdulillah saya berpuas hati, melihat pula kejayaan Alumninya , lagi seronok rasanya.
Jadi saya dedikasikan Blog http://puspa-ns.blogspot.com (Puspa singkatan untuk Pusat Pendidikan As-Saidiyyah) khusus untuk guru-guru, PIBG, ibu bapa, lembaga pengarah sekolah yang telah membangunkan sekolah tersebut selama ini. Harap Alumni, PIBG serta teman-teman semua dapat promo Blog ini.
Juga kita bangunkan bersama institusi pendidikan Islam lain di N.Sembilan ini antaranya Pusat Pendidikan Al Irshad, Seremban, http://alirshadns.blogspot.com , Yayasan Sofa, Kota, N.Sembilan http://yayasansofa.blogsome.com dan beberapa lagi yang belum terdapat laman web seperti SRI Seremban dan sebagainya.

20071107
Orang Hilang , Nordyana Akma , Mari Bantu
Menyedari kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin meningkat, Reformis Muda N.Sembilan telah mengadakan satu Blog di http://orang-hilang.blogspot.com khusus untuk membantu mangsa penculikan, tipu daya, lari dari rumah dan sebagainya, terutamanya mereka yang terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja. Kes pertama ialah remaja Nordyana Akma yang dilaporkan hilang pada Jun 2006 dari Tampin. Sesiapa yang ada maklumat, foto atau apa-apa yang berkaitan yang boleh membantu sila hubungi keluarga mangsa, pihak polis atau e-melkan ke amk_ns@yahoo.com
********************************
The Star Wednesday November 7, 2007
Father of missing girl still hopeful
Compiled by ZANI SALLEH AND A. RAMAN
THE Hari Raya pineapple tarts and chocolate chips are still there. Sulaiman Idris is keeping them for his 17-year-old daughter Nordyana Akma, who went missing in June last year.
He told Harian Metro that it was the only way for him to keep the memories of his youngest child of four siblings.
“It is the second Hari Raya that she is not home. And I still long to see her,” he added.
He said the tarts and chocolate chips with almonds were his daughter’s favourite.
Nordyana Akma was to register for a law degree course at UiTM Kuantan campus, Pahang, in July 2 last year.
Her mother, Suhaini Abdul Shukor, 51, died weeks after Nordyana Akma left her family home in Kampung Baru, Tampin.
Sulaiman is seeking the public's help to trace her and can be contacted at 013-6315275.

20071105
Bila Orang Melayu Malas Membaca
Orang Melayu ni , tak semualah. Tapi kebanyakkannya malas membaca. Mereka lebih suka berborak, melepak, duduk kedai kopi, baca majalah hiburan, gossip, politik kosong, merempit, kalau melayari internet tu “chatting”, laman lucah dan sebagainya.
Nak tak nak, untuk menyedarkan orang Melayu yang dari golongan ini kenalah melalui bacaan ringan, pantun dan komik. Sila klik sini http://kartun-malaysia.blogspot.com/2007/11/melayu-akan-hancur.html

20071102
Direktori Usahawan Negeri Sembilan
Saya dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat perkhidmatan yang disediakan di sekitar Negeri Sembilan. Segala maklumat saya masukkan dalam Blog SAHABAT ROZMAL di http://sahabatrozmal.blogspot.com
Perkhidmatan dalam Sahabat Rozmal ini adalah percuma. Mengikut kelapangan waktu yang ada pada saya.
Perkhidmatan ini bukan sahaja membantu teman-teman serta sahabat-sahabat tetapi akan membantu orang ramai secara tidak langsung, disamping meluaskan lagi jaringan perniagaan serta ikatan yang erat antara pengusaha dan pengguna.

Premis Menarik Di Marang Water Front
1 Unit Kedai Pejabat Untuk Dijual. Lokasi : Marang Water Front, Bandar Marang, Terengganu. 100 meter ke Jeti Pulau Kapas. Pemandangan Pulau Kapas yang jelas dengan panaroma yang menarik dan tenang. Harga RM365K. Hubungi 019-2467067
Perumahan Terbengkalai di NS
Bilakah ianya akan berakhir ? Nak beri bantuan kewangan, kita bukan jutawan. Nak beri bantuan guaman, kita bukan peguam. Yang mampu kita bantu ialah dengan mempromosikan laman web Perumahan Terbengkalai NS http://terbengkalai.blogspot.com . Moga-moga pihak yang terlibat dan bertanggungjawab akan lebih peka dan prihatin untuk membantu.
20071101
Apo-apo tontang kereto kek Soghomban
Kepada mereka yang ingin servis “air cond” kereta dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kereta bolehlah mengunjungi kedai Aksesori Kereta sahabat kita ini :
GTA - Global Tech Auto
No. 19, Jalan BSS 1/2D, Bandar Seremban Selatan
Hubungi En Hilmie 06-6777857 , 012-9062288
Perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
Air conditioning system
Audio system - Alarm system
Window film tinted (termasuk tingkap/pintu rumah)
Electrical wiring - Batteries
Basic services - Radiator services

20071031
Apabila Orang Hindu Berlari Masuk Surau
Malam tadi selepas selesai solat jemaah maghrib di Surau Alamanda, ketika sedang berwirid, tiba-tiba datang seorang India beragama Hindu masuk surau. Beliau kelihatan cemas dan berkata “Bang , minta tolong. Sini Tuhan Allah tolong, ada orang mahu pukul saya”. Mulanya jemaah tak ambil kisah, sebab nampak macam dia tak berapa betul. Tapi dia berulang-ulang cakap perkara yang sama, kami jadi cuak, lalu bertanya pada orang India tadi.
Dia kata ada orang nak pukul dia kat luar sana, dia upah gangster. Tak lama lepas tu muncul seorang lagi India di luar pintu pagar, saya cam orang tadi, selalu nampak di taman berhampiran. Lalu orang yang datang tadi kata, yang mula-mula datang tu abang ipar, dia. Dia mabuk, ada masalah keluarga sedikit dan beberapa cerita lain. Kemudian datang lagi seorang India.
Orang yang mula tadi kata “Ini bulan Ramadhan baru lalu, sekarang bulan Syawal baik punya bulan. Ini Tuhan Allah tolong”
Lalu saya kata pada orang pertama tadi, baliklah rumah, ada anak bini, jagalah mereka baik-baik. Lalu mereka pun setuju untuk balik dengan aman.
Macam-macam dugaan. Kami semua tersenyum.
Alangkah baiknya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini dapat hidup dengan aman damai. Tolong menolong antara satu sama lain, terutama di saat negara menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, rakyat hidup susah dengan kos sara hidup yang meningkat, masalah sosial dan jenayah yang semakin membimbangkan.

Permasalahan Sekolah Agama di N.Sembilan
Landasan keretapi kat Kota tu, masa ana budak-budak dulu memang tempat ana bermain dengan sepupu. Benda dah berlaku apa nak di kato, sudah takdir. Dulu masa main atas landasan tu memang sentiasa pandang kiri kanan, sebab kalau keretapi lalu memang tak sedar punya. Tahu-tahu dah dekat. Malam tak main pun, waktu siang saja. Dari Kota ke Ulu Gadong tu memang selalu berulang alik. Rumah atok wan pun sebelah landasan keretapi. Banyak nostalgia. Dulu masa Undang Dato Abdullah ada hentian keretapi kat situ dan keretapi berhenti di situ. Sekarang dah tak ada.
Berbalik pada sekolah agama, biasalah. Mana-mana sekolah pun ada masalah, sekolah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif memperbaiki sekolah agama di N.Sembilan ini. Banyak kelemahan yang ana perhatikan secara kasar di NS ini. Baik dari pelajar, ibu bapa, guru, pentadbiran, PIBG dan seterusnya.
Sama-samalah kita memberi input yang positif untuk memperkasakan sekolah agama swasta atau kerajaan di N.Sembilan ini.
Sebelum kita tuding jari pada orang lain, tuding jari pada diri kita dulu. Adakah kita pernah membantu pentadbiran sekolah, adakah kita pernah memberi sumbangan pada sekolah dan sebagainya ?
Kita doakan Sek Agama Hj Mohd Yatim (kampung den tu) dapat mengambil langkah yang pro aktif membendung masalah mereka, satu masalah yang biasa berlaku di mana-mana sekolah. Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk membaiki pagar yang rosak yang sering digunakan oleh pelajar menyusup keluar ? Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk mendirikan koperasi dan cyber café untuk mengelakkan pelajar keluar ? Adakah mereka mempunyai warden yang cukup untuk mengawal pelajar ? Adakah ibu bapa mereka kuat silaturrahim sesama mereka untuk menyelesaikan masalah secara kolektif ?
Jadi, semuanya salah, semuanya bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya iman.

20071030
Summer Camp Special Nov 2007 Rembau , NS
Sesi Pertama : 18 - 25 Nov 2007 (Terbuka kepada pelajar baru atau kali pertama menyertai program ini , umur 11 – 14 tahun, lelaki dan perempuan)
Sesi Kedua : 8-16 Dis 2007 (Terbuka kepada semua pelajar , lelaki dan perempuan , umur antara 15 - 18 tahun)
Yuran RM 220 (termasuk pendaftaran, buku-buku, alat tulis, kos penginapan dan makanan, sijil penyertaan )
Tempat : Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Km 35 Jalan Seremban-Tampin , 71350 Kota , NS.
Sila hubungi: 019-6637785 Ust. Hanif , 013-6417777 Ust. Saiful. Tel/Fax: 06-4450363
http://yayasansofa.blogsome.com email: maahadassofa@yahoo.com yayasansofa@gmail.com
(Yayasan Sofa terletak di kawasan perkampungan Melayu. Antara tempat lain yang menarik sekitar Rembau ialah Kolam Air Panas Percuma Kg Chengkau, Gunung Datuk, Lubuk Petai, Muzium Astana Raja, Ladang Rusa dan banyak lagi)
PENGENALAN :
Program Tafaqquh Fi al Din, ala Summer Camp ini, diagendakan khusus bagi mengisi musim cuti persekolahan para pelajar dengan pengisian yang bercorak keagamaan dengan mengaplikasikan kaedah pengajian secara tradisi ulama’.
Dalam hasrat untuk memantapkan kefahaman golongan remaja, para pesertadiberikan pendedahan juga mempelajari ilmu-ilmu agama dengan berpandukan kitab-kitab turath. Di samping itu, para peserta diwajibkan menghafaz matan-matan di dalam kitab.
Program ini, menitik beratkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang sebenarnya. Diharapkan dengan menyertai proram ini ianya dapat mengisi musim cuti persekolahan pelajar dengan perkara-perkara yang bermanfaat sebagai persiapan bagi menghadapi cabaran dan arus perdana zaman ini.
OBJEKTIF :
- Memupuk pemuda/i Islam agar mencintai Allah dan Rasul Nya.
- Melahirkan pelajar yang bersedia mendukung warisan peninggalan Rasulullah saw.
- Membina ikatan yang kuat antara hamba dan Pencipta.
- Memantapkan aqidah ahli sunnah wal Jamaah dan asas agama yang tulin.
- Melahirkan insan bersahsiah/jatidiri yang bertaqwa dalam era globalisasi.
PENGISIAN :
· Pengajian Asas Fardhu Ain
· Pengajian Kitab-kitab Turath
· Kulian Umum beserta Amali/Praktikal
· Pengajian al Quran / Kaedah Tajuid
· Pengajian Selawat dan Nasyid / Madaih

PDRM wajar contohi MPS tangani aduan awam
Kegiatan jenayah di negara kita akhir-akhir ini memerlukan penglibatan semua pihak untuk mengatasi dan mencegahnya daripada ianya menjadi tidak terkawal. Semua pihak harus menyumbang dalam mengurangkan kadar jenayah di sekitar kita. Tanggungjawab mencegah jenayah ini bukan hanya terletak di bahu PDRM, orang ramai dari segenap lapisan kaum, bangsa, agama dan peringkat umur harus mengambil bahagian.
Apabila longgarnya hubungan antara semua pihak samada di peringkat keluarga, kejiranan, persatuan dan sebagainya, maka yang akan menguasai tempat kita, kejiranan kita, kampung kita adalah para penjenayah. Mereka yang tinggal dalam sesuatu komuniti itu janganlah mengambil sikap berpeluk tubuh, tidak bercampur dengan masyarakat, tidak melibatkan diri dalam aktiviti setempat, yang akhirnya akan dikuasai oleh mereka yang berpeleseran, merempit, melepak, mat gian dan sebagainya.
Dalam usaha untuk mencegah jenayah ini, PDRM memerlukan maklumat terkini dan tepat dari orang ramai mengenai keadaan keselamatan di tempat mereka. Akan tetapi apa yang menyulitkan orang ramai pada ketika ini, ialah sistem penerimaan dan penyebaran maklumat terutama berkaitan jenayah kepada pihak polis yang masih menggunakan kaedah konvensional.
Sistem yang ada sekarang ini, ialah sebarang kegiatan jenayah yang berlaku perlu mengikut prosedurnya dilaporkan ke balai polis terdekat. Sekiranya balai polis tersebut terletak jauh dari tempat pengadu, sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, mengambil masa yang lama untuk membuat laporan, maka sudah pasti orang ramai agak keberatan untuk membuat laporan polis, melainkan ianya melibatkan kerugian yang besar atau melibatkan kecederaan parah atau kehilangan nyawa.
Sebagai contoh senario di Rembau, Negeri Sembilan. Kebelakangan ini begitu banyak kejadian pecah rumah berlaku, samada di siang atau pun di malam hari. Rata-rata mangsa enggan atau keberatan untuk membuat laporan polis kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk pergi ke balai polis serta agak sukar untuk polis menangkap penjenayah kecil pada tanggapan mereka. Sedangkan polis perlu mendapat seberapa banyak maklumat kejadian jenayah setempat, agar mereka dapat membuat perangkaan. Dan dari perangkaan ini , mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya, samada menambah kadar rondaan, menambah bilangan anggota, meletakkan CCTV atau mungkin menambah helikopter.
Malah rumah ibu bapa saya sendiri di Kg. Bongek , Rembau telah dipecah masuk. Saya menyarankan ayah saya membuat laporan polis. Tetapi maklumlah pada usianya 70 tahun, dia sudah tidak larat hendak turun naik balai untuk membuat laporan.
Justeru itu PDRM haruslah mengambilkan pendekatan yang lebih realistik, yang lebih mesra rakyat untuk menerima aduan awam berkaitan dengan jenayah. Setelah lama saya menggunakan perkhidmatan on line agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkaitan dengan aduan awam, saya dapat sistem on line Majlis Perbandaran Seremban (MPS) adalah yang terbaik dan harus diberi pujian.
Ini adalah kerana setiap aduan yang dikemukakan kepada pihak MPS berkaitan dengan perkhidmatan mereka mendapat maklumbalas yang cepat dan tepat. Setiap aduan yang dilaporkan pihak MPS akan diberi jawapan samada dalam perhatian, dalam tindakan atau tidak perlu diambil tindakan. Malah mereka akan menghantar anggota mereka, penguatkuasa mereka sendiri untuk menyiasat aduan tersebut. Juga pengadu boleh menyemak status aduan yang dikemukakan dari masa ke semasa.
Sekiranya PDRM dapat melaksanakan sistem aduan orang awam seperti mana yang dilaksanakan oleh MPS, secara tidak langsung ianya akan membentuk masyarakat agar lebih prihatin untuk mencegah jenayah. Berbeza dengan Rakan Cop, sistem aduan on line ini akan memudahkan kedua-dua pihak , PDRM dan orang awam memantau keadaan keselamatan di sekeliling mereka. Ianya akan melatih orang awam memberikan maklumat yang cepat dan tepat untuk mencegah jenayah.
Kesimpulannya bukannya hanya PDRM sebenarnya yang sepatutnya mencontohi MPS, malah mana-mana agensi yang berkaitan dengan kepentingan orang awam haruslah mencontohi MPS agar pentadbiran kerajaan lebih telus dan cekap, antaranya Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka yang miskin dan memerlukan, Jabatan Kerja Raya untuk memantau jalan-jalan yang rosak, Jabatan Perhutanan untuk memantau pembalakan haram, JKKK, Wakil-wakil rakyat dan sebagainya. Tidak dinafikan hampir kesemua agensi dan jabatan kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri. Tetapi tidak semua yang mempunyai sistem aduan yang cekap dan dikemaskini setiap hari.
Sebagai satu langkah ke hadapan lagi, setiap kenderaan peronda polis sebaiknya dilengkapkan dengan komputer on line, dengan ini akan lebih memudahkan orang ramai membuat aduan sekiranya mereka tiada kemudahan internet. Perkembangan teknologi terkini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai.

Pertandingan Roket Air Sempena Cuti Sekolah
Cuti sekolah bakal menjelang. Selalunya anak-anak akan menghabiskan masa mereka melepak, main video game, pergi cyber café dan sebagainya. Terlalu sedikit aktiviti yang bermanafaat dianjurkan untuk golongan mereka ini.

Justeru itu Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda, Seremban akan menganjurkan Pertandingan Roket Air sempena cuti sekolah hujung tahun 2007 ini.
Kepada mana-mana pihak, persatuan, individu, agensi kerajaan, sekolah dan sebagainya yang berminat untuk turut serta menganjurkan program ini sila hubungi Rozmal di talian 012-2267406 , e-mel : rozmal@yahoo.com
Antara matlamat Pertandingan Roket Air ini ialah :
1. Menggalakkan para pelajar mencari bahan melalui internet cara membuat roket air. Justeru cyber café dan internet digunakan bukan untuk membuang masa bermain atau “chatting” tetapi digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah
2. Mendidik pelajar membuat atau mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan yang paling kos efektif, bahan terpakai dan sebagainya
3. Menanamkan semangat dan cita-cita untuk melibatkan diri dalam kerjaya aero angkasa dan sistem sokongannya.
4. Memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa ilmu aero angkasa ini adalah bertitik tolak dari gabungan ilmu lain seperti fizik, kimia, matematik, astronomi dan termasuk juga Al Quran dan Hadith.
5. Menggalakkan para pelajar membuat sesuatu projek itu secara berkumpulan.
6. Menggalakkan ibu bapa membimbing anak-anak mereka untuk membuat sesuatu yang berfaedah.
Untuk menarik minat rakyat Malaysia mengenai industri angkasa satu Blog telah diwujudkan di http://ikam-space.blogspot.com/
Berikut ialah sebahagain dari laman web berkenaan Roket Air. Bagaimana untuk membuatnya dari bahan terpakai dan sebagainya :
http://users.bigpond.net.au/mechtoys/waterrocket.html
http://www.orgsites.com/va/bristolwaterrockets/_pgg1.php3
http://en.wikipedia.org/wiki/Water_rocket
Hadiah menarik menanti para pelajar. Syarat pertandingan akan menyusul.

20071029
NGO kempen 100 ribu tandatangan Bantah kezaliman Israel
28 Okt - Persidangan NGO Muslim di bawah Sekretariat Kongres Umat Islam SeMalaysia (Skima) baru-baru ini bersepakat melancarkan kempen menurunkan 100 ribu tandatangan di seluruh negara bagi membantah kezaliman Israel ke atas penduduk Gaza.
Pengerusi Skima Mohd Azmi Abdul Hamid dalam ucapan pembukaan kongres pagi tadi berkata sasaran 100 ribu tandatangan bertujuan bagi menunjukkan tuntutan padu umat Islam ke atas pendirian PBB yang tidak jelas terhadap kemelut Israel - Palestin.
"Bagaimanapun, saya tidak banyak menumpukan perhatian ke atas PBB, malah ia adalah peranan OIC sendiri untuk mengembangkan tuntutan umat Islam sejagat ke atas nasib saudara kita di sana," kata beliau ketika menjawab persoalan salah seorang peserta.
Mohd Azmi berkata, 100 ribu tandatangan itu akan terus diberikan kepada wakil PBB apabila telah selesai kegiatan kempen dilaksanakan nanti.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja berjudul 'Senario Umat dan Cabaran Semasa: Perspektif Nasional dan Serantau'.

20071025
Datuk Rejal Arbee: Kenapa masih ada yang daif tidak terbela?
Contributed by rejal on Wednesday, October 10 @ 20:01:36 MYT
Dalam masa dua tiga hari lagi ummat Islam akan merayakan Idulfitri menandakan berakhirnya kita mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Dan dalam tempoh ini sudah menjadi lumrah ada saja cerita menyayat hati mengesahkan kedhaifan warga kita yang tidak dapat menyambut hari itu dengan kebahgiaan dan kegembiraan kerana dilanda kemiskinan.
Agak menghairankan bagaimana warga daif demikian terus dirundung malang tanpa pembelaan, walaupun kerajaan sudah mengadakan berbagai ajensi dan badan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat begini. Selain dari ujudnya baitulmal yang memungut zakat yang semakin meningkat kepada jutaan ringgit, yang sememangnya bertujuan menghulurkan bantuan kepada golongan daif dan miskin begini serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain dana bantuan, masih ada lagi yang terus tercicir dari menerima bantuan yang mereka amat perlukan.
Tentunya ada diantara kita tertanya-tanya bagaimana perkara begini boleh terus saja berlaku? Apakah hanya bila cerita sedih mereka dipaparkan di akhbar-akhbar saja maka barulah berbagai ajensi dan badan akan bertindak? Salahkah kalau diandaikan orang-orang yang diamanahkan memantau warga demikian ini kurang prihatin dengan tugas mereka?
Sebenarnya kalau di kampung warga yang terus daif hidup melarat tanpa siapa pun mengambil kisah tidak harus boleh berlaku. Ini adalah kerana kerajaan sudah menyediakan prasarana yang sepatutnya sudah cukup berkesan untuk menentukan mereka yang hidup melarat akan mendapat perhatian dan bantuan yang diperlukan kiranya orang yang diberikan amanah telah melakukan tanggungjawab mereka dengan penuh hemah.
Bagaimana tidak kalau kita lihat setiap kampung dan mukim mempunyai ketua kampung serta penghulu/penggawa. Selain itu JKKK juga diujudkan di merata. Demikian pula terdapat masjid dan surau diseluruh pelusuk kampung dan desa yang sepatutnya boleh memantau kedudukan semua penghuni yang berada dalam kariah mereka.
Tentunya orang-orang yang hidup melarat itu juga mempunyai jiran. Apakah jiran tidak boleh tolong memberitahu pihak berwajib adanya orang yang daif dikalangan mereka supaya bantuan boleh dihulurkan? Apakah hanya apabila kedhaifan seseorang itu dimuatkan di dada akhbar saja baru kita hendak bertindak?
Mungkin di bandar-bandar keadaan agak berbeda dimana pemantauan mungkin agak sukar sedikit. Orang-orang yang memerlukan perhatian ini mungkin tinggal bersendirian menyewa bilik atau tinggal di kawasan setinggan terpencil.
Apakah kehidupan demikian ini yang menimpa ibu tunggal Sumalia Embong yang kehilangan anak bongsnya berumur 17 bulan Mas Sarrimah Zulkifli dalam satu kebakaran Ahad lalu yang memusnahkan bilek sewa mereka di rumah kedai di Jalan Gadek Kuala Lumpur.
Dia yang bercerai setahun lalu terpaksa tinggalkan tiga orang anaknya bersendirian dalam bilek sewaannya itu yang dikuncinya apabila keluar mencari nafkah sebagai seorang pembantu kedai. Dua lagi anaknya berumur 3 dan 5 tahun telah dapat diselamatkan kerana berjaya keluar dari bilek itu melalui lubang bekas pendingin udara di dinding bilik itu.
Banyak persoalan yang timbul. Apakah ketika bercerai Mahkamah Syariah yang menjatuhi penceraiannya itu tidak tetapkan nafkah yang harus diberikan bekas suami? Kiranya ketetapan nafkah itu tidak pula dihiraukan, tidakkah ada usaha menentukan bayaran nafkah anak diberikan oleh bekas suaminya?
Apa yang boleh disimpulkan ibu tunggal itu tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan anak-anak bersendirian kerana tidak mampu mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak ketika keluar bekerja. Tidak pula diketahui apakah dia sudah mencuba mendapatkan bantuan menjaga anak-anak.
Mungkin sudah tiba masanya pihak berwajib memikir untuk menyediakan tempat jagaan anak untuk ibu tunggal yang menghadapi masaalah seperti Sumalia yang terpaksa meninggalkan anak-anak bersendirian kerana keluar rumah mencari nafkah. Malang sungguh bagi wanita ini yang walau pun sudah ditimpa tragedi menyayatkan ini, dia mungkin pula disiasat polis kerana mengabaikan anak-anak.
Demikian pula dua hari lalu Harian Metro melaporkan bagaimana lapan orang beradik hidup melarat dengan hanya bergantung kepada simpati orang ramai di Kampung Seri Mahkota, Jalan Gambang, dekat Kuantan. Mereka ini tidak berkemampuan membeli pakaian dan kuih untuk merayakan Idulfitri.
Ibu mereka Shaudah Mat Ali, 39, juga seorang ibu tunggal setelah bercerai dua tahun lalu hanya mengharapkan sumbangan orang ramai untuk memenuhi keperluan harian dan dikhuatiri anak-anak kecil pula menghadapi risiko penyakit kerana kekurangan zat makanan.
Mengikut laporan itu tanpa sebarang sumber pendapatan tetap, Shaudah berusaha melakukan kerja sambilan termasuk sebagai pencuci pejabat dan pemungut sampah tetapi telah tidak dapat meneruskan kerja kerana perlu jaga anak yang bongsu di rumah. Enam orang daripada anak-anaknya itu masih bersekolah.
Mungkin masanya sudah tiba bagi pihak kerajaan memikirkan usaha menyediakan tempat jagaan anak kecil untuk ibu tunggal seperti Shaudah.
Demikian pula seorang nenek berumur 72 tahun, Bidah Awang Padang turut menanggung keperitan hidup berikutan dengan kematian suaminya beberapa tahun lalu. Berita kesengsaraan Bidah atau lebih dikenali sebagai Mok Doh juga dilaporkan Harian Metro. Mok Doh dilaporkan tinggal seorang diri di rumah pusaka yang sudah usang di Kampung Bukit Kechik, Banggu Bukit Marak, Kota Bharu Kelantan.
Beliau dikatakan setiap hari mengayuh basikal, peninggalan arwah suaminya, hingga sejauh lima km mencari botol terpakai untuk dijual kepada pemborong. Walaupun mempunyai tiga orang anak tetapi mereka itu juga hidup melarat.
Sejak tiga bulan lalu berikutan dengan dia terjatuh basikal, cucunya seorang pemandu lori tinggal bersamanya. Bagaimana pun cucunya itu yang sudah beristeri and mempunyai anak tidak mampu menyara neneknya.
Diberitakan bahawa dia pernah dikunjungi pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu tetapi hingga kini beliau tidak pernah menerima sebarang berita dari jabatan itu usahkan bantuan.
Sungguh menghairankan bagaimana mereka ini yang sepatutnya sudah boleh mendapat bantuan baik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, zakat atau lain-lain dana bantuan terus tercicir dari sinarai penerima bantuan.
Apakah yang tidak kena dengan badan/ajensi itu hingga saban tahun ada saja berita menyayat hati disiarkan akhbar? Agak menghairankan bagaimana akhbar pula boleh mengesan orang-orang daif begini tetapi kepahitan hidup mereka itu tidak pula diketahui jabatan/ajensi kerajaan yang bertanggung jawab menghulurkan bantuan.
Selamat Hari Raya IdulFitri Maaf Zahir Batin
Rejal Arbee
10 Okt 2007
http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6035

Jom Sertai Rombongan Ibadah Korban Kemboja
Syarikat NZ Holidays Travel & Tours sedang membuat persiapan untuk menganjurkan acara KORBAN sempena HARI RAYA AIDIL ADHA di wilayah SIEM REAP,Cambodia. Tahun ini adalah kali ke-2, kami melibatkan diri dalam upacara yang murni ini. Pemilihan wilayah Siem Reap ini adalah sebab para muslim dan muslimah di kawasan ini memerlukan lebih bantuan dan sokongan ,berbanding di wilayah Phnom Penh.
Syarikat kami mengalu-alukan penglibatan dan sokongan tuan/puan dalam upacara ini. Sila berhubung balik dengan syarikat kami sekiranya memerlukan keterangan yang terperinci.( Ust.Mahmud / Ainudin)
Wabillahi Taufik Wallhidayah Wasalamualikumwarahmatullahi Wabarakatuh..
Yang Benar,
HJ. MOHD. AMIRRUDIN YUSOF
Pengarah
NZ Holidays Travel & Tours Sdn Bhd.(KKKP 4178)
No. 1, Menara PKNS-PJ, Jalan Yong Shook Lin
Petaling Jaya Selangor MALAYSIA
Tel : 03-79587511 Fax : 03-795 45508
http://www.malaysia-nzh.com
http://www.geocities.com/hjadnan/korbansiemreap07.JPG

20071024
Program Angkasawan, Menguntungkan atau Membazir ?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program angkasawan, pelancongan angkasa dan sebagainya dari sudut professional bukan emosional sila ke Blog berikut http://ikam-space.blogspot.com
Seminar Kepimpinan Belia N.Sembilan Nov/Dis 07
Sukacitanya dimaklumkan, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan satu Seminar Kepimpinan Belia di Port Dickson dan keterangan adalah seperti berikut :
Tujuan:
1.Memupuk perpaduan dan hubungan erat antara pemimpin NGO belia dan semua lapisan masyarakat
2. Mendapatkan input-input berkaitan dengan keberkesanan pelaksaanaan program pembangunan belia daripada pelbagai pihak dalam merangka perancangan yang lebih strategik dan bersepadu ke arah penyelesaian isu-isu dan permasalahan belia/ remaja masa kini.
Kumpulan sasar:
1. Umur- 18-40 tahun
2. Tempoh: 3 hari 2 malam
3. Tempat: GSV Port Dickson
4.Tarikh: 02-04 November 2007 (kumpulan 1) , 30-02 Disember 2007 ( kumpulan 2- cadangan)
5. Sasaran: Pemimpin NGO, pemimpin IPTA/S, individu yang berminat.
6. Seminar adalah PERCUMA.
7. Pengangkutan boleh disediakan.
Pembentangan kertas kerja mengenai isu:
1. Isu-isu belia/ remaja
2. Isu keberkesanan pelaksanaan program belia
3. Isu pengupayaan dan peranan pertubuhan belia
4. Statistik masalah belia masa kini.
Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekretariat ABIM N. Sembilan: 06-7630789.
Setiap kumpulan hanya terhad kepada 150 orang sahaja.
Ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi: 012-6117205 / 013-6248024 Hj Shamsul Azhar Hj Yahya , Yang Di Pertua ABIM Negeri Sembilan.

Langgan:
Catatan (Atom)