KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110424

Sikap pengotor segelintir rakyat Malaysia




Adakah sistem persekolahan kita, PLKN serta IPT kita gagal melahirkan generasi yang cintakan kebersihan? Lebih kurang begitulah agaknya. Semuanya mengharapkan tugas kebersihan ini ialah tukang cuci sampah, tukang kutip sampah. Masih ada masyarakat kita yang pentingkan kebersihan, tetapi majoritinya kurang prihatin. Baik yang naik kereta Kancil atau kereta Mercedes, ada yang tanpa segan silu membuang puntung rokok, tin minuman dari tingkap kereta. Saya menerima e-mel dan gambar dari Encik Edwin Vikneswaran dari Port Dickson.

Beliau menetap di Port Dickson Batu 4 Desa Rusa . Katanya dah beberapa kali bersih longkang depan rumah beliau, tapi tak puas lagi sebab sampah masih datang entah dari mana.

Bukan setakat itu saja , penuh dengan jentik-jentik pula .

Beliau meminta supaya melihat sendiri gambar yang dikirim melalui e-mel. Beliau menulis, betapa sedihnya setengah orang masih tidak belajar dari kesilapan. Kawasan beliau pernah ada orang kena demam denggi.

Lampu isyarat Pening dan Merbahaya di Senawang



Petang tadi Ahad 24 April 2011, lalu Dataran Senawang. Isteri tegur mengenai lampu isyarat di simpang empat berhampiran stesen minyak Esso Taman Seri Pagi depan Domino Pizza. Kalau dari Domino Pizza nak keluar ke jalan utama ke Tol Senawang atau ke Kuala Pilah, lampu isyarat tinggi warna hijau, lampu isyarat bawah warna merah. Lepas tu yang tinggi merah, yang bawa pula hijau.

Beberapa kereta juga ada yang terlajak, pening, nak ikut arahan lampu isyarat yang tiang tinggi seberang jalan atau lampu isyarat tiang rendah berhampiran simpang sini. Rupa-rupa lampu isyarat tiang tinggi seberang jalan kalau diperhati betul-betul telah berpusing 90 darjah, mungkin ditiup angin kencang.

Jadi sesiapa yang lalu jalan ini esok, harap hati-hati. Juga harap segera laporkan ke pihak JKR. InsyaAllah saya akan cuba hubungi pihak JKR esok pagi, harap teman lain dapat hubungi juga, takut saya ada urusan lain pada waktu pagi.

Cendol Power Ori di Senawang, memang kauw


Baru-baru ni jumpa satu port baru cendol di satu taman perumahan di Senawang. Gerai biasa saja, tak canggih, tapi cendol dia memang power. Mula-mula beli bungkus bawa balik rumah makan dengan famili. Lepas tu semalam makan di gerai abang cendol ni dengan anak. Sempatlah berborak rahsia cendolnya.

Mula-mula tanya, cendol ni abang buat sendiri ke? Dia kata ya, dia buat sendiri kat rumah, terletak seberang jalan dengan gerainya. Gula, dia guna gula enau, santan pun kelapa dia parut dan perah sendiri. Patutlah power, lain dari tempat lain dari yang saya rasa. Cendol pula dia tak guna pewarna, dia guna sepenuhnya daun pandan. Daun pandan pun dia tanam belakang rumah.

Abang tu kata lagi, sesiapa nak berniaga cendol nak belajar boleh datang rumah dia, satu hari secara tertutup. Dia akan turunkan semua ilmu dan rahsia, dan tiada pengeras. Cuma satu saja syaratnya. Kalau nak berniaga, jangan berniaga dekat dengan gerai dia.

Abang cendol ni, jual cendol untuk cari rezeki, bukan nak kaya raya agaknya. Kalau dia nak kaya raya, rasanya dah lama dia kaya. Tapi dia bersyukur dengan cara dia.

Satu lagi ais dia bukan ais ketul, dia sagat guna mesin pusing dengan tangan , bukan elektrik, itu yang lagi kauw cendolnya.

Kat mana cendol abang ni? Tak boleh beritahu dalam laman web, nanti ramai sangat serbu gerai dia nanti. Saya nak beli pula manjang habis je stoknya. Semalam pun dia dah buat 3 round, pukul 3 dah habis.

Nak tahu mana abang ni jual cendol boleh SMS atau e-mel pada saya.

Semoga lebih ramai lagi orang kita , gigih, ikhlas macam abang cendol ni.

20110423

Gajah mengamuk rosakkan masjid di Pahang, apa tandanya?

Pada bulan Julai 2009 gajah di Jelebu telah beri amaran akan berlaku banjir besar di Jelebu. Tidak lama kemudian banjir besar melanda Jelebu. Kini di Pahang gajah-gajah liar mengamuk hingga merosakkan sebahagian masjid di Temerloh. Apakah tandanya? Sebelum Tsunami besar di Acheh, binatang liar dan ternak telah terlebih dahulu lari ke tanah tinggi menyelamatkan diri.

Kisah amukan gajah di Jelebu di http://pasns.blogspot.com/2009/07/gajah-di-jelebu-beri-amaran-akan.html

Gajah liar rosakkan masjid

TEMERLOH 22 April - Sumber pendapatan kira-kira 300 penduduk Kampung Jeram Landak, Jerantut terjejas apabila mereka tidak berani keluar menoreh getah berikutan bimbang diserang sekumpulan gajah liar sejak beberapa hari lalu.

Lebih membimbangkan, sekumpulan kira-kira lima ekor gajah liar itu semakin berani sehingga memasuki pekarangan masjid dan memusnahkan bahagian dapur rumah ibadat itu malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jeram Landak, Isa Mohd. Yusoff mendakwa, kumpulan gajah itu memusnahkan peralatan memasak termasuk pinggan mangkuk di masjid tersebut.

''Ancaman gajah liar menceroboh kawasan kebun penduduk telah beberapa kali berlaku sebelum ini tetapi kali ini haiwan itu bertindak lebih ganas apabila menceroboh kawasan masjid.

''Penduduk takut ke kebun untuk menoreh getah dalam dua atau tiga hari ini kerana bimbang bertembung haiwan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Isa, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memburu dan menghalau haiwan itu ke dalam hutan di seberang sungai kampung tersebut hari ini.

Katanya, penduduk berharap, Perhilitan dapat menangkap dan memindahkan haiwan itu kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk.

''Kami berterima kasih kerana kecekapan anggota Perhilitan mengambil tindakan pantas menghalau haiwan itu ke dalam hutan semula," ujarnya.

Dia percaya haiwan itu kini berada di kawasan habitatnya di seberang Sungai Jelai berhampiran kampung itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_05.htm

20110422

Sehari Bersama Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 11 Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 5 ptg
Tempat : No 2, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Sumber http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/04/program-terkini-hi-tea-dan-ceramah-umum.html

Kerja Kosong di Al Azhar Media, Seremban

Pekerja di Kedai Buku Al-Azhar Media, Ampangan, Seremban

Ciri-ciri:
1. Islam serta menunaikan solat fardu 5 waktu.
2. Mempunyai lesen kereta, GDL suatu keistimewaan (elaun RM200).
3. Berumur 20 dan ke atas.
4. Tinggal berdekatan Seremban, Senawang.
5. Lelaki

Sila hubungi Azrin 013-6162951

Sumber http://ejawatan.com/pekerja-di-kedai-buku-al-azhar-media/

20110421

Kisah wanita tua zaman Nabi, berulang di Amerika Syarikat



Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.

Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.

Moral of the story :

Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.

Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.

Sejarah itu sentiasa berulang.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
http://kisahteladan.info/rasulullah/sifat-kasih-sayang

Renungan untuk orang Negeri Sembilan



Sebenarnya bukan untuk orang Negeri Sembilan sahaja, tapi untuk semua manusia. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, yang paling utama nikmat iman, kemudian nikmat mulut, mata, rambut dan sebagainya, tak terkira nikmat yang ada. Kalau nak cantik lagi, ada yang memerlukan bantuan, kita hulurkanlah, bukan hanya untuk mereka, tetapi sebagai tanda syukur kita.

Kanser ragut bahagia
Harian Metro 21 April 2011

SEREMBAN: Seorang lelaki yang juga bapa kepada empat anak berusia antara tiga dan 15 tahun berdepan kesukaran untuk meniti masa depannya kerana menghidap kanser usus besar menyebabkannya tidak boleh bekerja untuk menyara keluarga.

Amir Ansah, 45, dari Taman Cempaka berkata, penyakitnya itu mula dikesan pada awal tahun lalu selepas mengadu sakit di perut dan sebaik membuat pemeriksaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) September lalu, doktor mengesahkan penyakitnya itu berada pada tahap kritikal.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori kontena di sebuah kilang di Senawang berkata, beliau menjalani pembedahan perut November lalu dan doktor memasukkan sejenis alat khas dikenali ‘Chemopot’ di dada bagi tujuan rawatan.

“Selepas pembedahan dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh lagi membuat kerja berat dan terpaksa mengambil cuti. Majikan saya hanya membayar gaji asas RM400 sebulan sejak November lalu sehingga Jun ini dan selepas itu kedudukan pekerjaan saya bergantung kepada laporan perubatan sama ada boleh meneruskan kerja atau tidak.

“Bagaimanapun berdasarkan nasihat doktor, ada kemungkinan penyakit yang saya hadapi ini sukar untuk dipulihkan,” katanya, semalam.

Menurut Amir, dia bingung memikirkan keadaan dirinya terutama keperluan keluarga lebih-lebih lagi tiga anaknya yang masih bersekolah iaitu dua di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dan seorang di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Pagi Senawang.

Isterinya, Saadiah Darun, 39, yang sebelum ini seorang suri rumah, kini bekerja sejak dua bulan lalu bagi menampung keperluan keluarga dengan pendapatan kira-kira RM300 sebulan.

Amir yang juga bekas anggota tentera tidak berpencen berkata, pendapatan sekarang menyukarkannya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga apatah lagi memikirkan masa depan anak-anak.

“Saya sudah membuat permohonan bantuan dengan beberapa pihak, termasuk Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sudi menghulurkan bantuan RM1,500 bagi membiayai kos rawatan,” katanya.

Amir berkata, dia perlu menjalani rawatan ulangan lima kali sebulan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserragutbahagia/Article/index_html

Pameran Satu Daerah Satu Industri, Mei Jun 2011 Seremban



Sempena cuti sekolah ini, akan diadakan Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Negeri Sembilan di pusat beli belah Jusco Seremban 2.

Pameran ini akan bermula :
Pada 31 Mei 2011 - 5 Jun 2011 (Selasa - Ahad)
Dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam.

Seramai 28 orang usahawan (3 wakil setiap daerah) akan terlibat dalam pameran tersebut.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan pameran ini.

Terdapat pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tempoh pameran seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz, pertunjukkan kebudayaan dan lain-lain lagi.

20110420

Keluhan Jurutera Inovasi Melayu yang terpinggir



20 Apr 2011 - Menonton siri Howe and Howe Tech di saluran Discovery kita terdedah tentang kreativiti dua beradik kembar Micheal dan Geoffrey Howe berinovasi. Mereka menghasilkan kenderaan ekstrem termasuk bagi kegunaan tentera.

Idea dan inovasi mereka diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutama tentera Amerika Syarikat. Siri itu secara tidak langsung turut mengajar kita bahawa sesuatu inovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan.

Hoverkraf ciptaan Zulkifli misalnya, yang jauh lebih murah dan cukup mudah diselenggara mungkin sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini sedang meninjau-ninjau untuk membeli kemudahan seperti itu.

Hoverkraf itu amat mudah dan praktikal. Ia menggunakan bahan-bahan yang senang diperolehi termasuk enjin kereta biasa berkuasa 1,600 kuasa kuda. Ia juga berfungsi dengan baik setelah diuji. Malah setanding dengan yang dicipta syarikat-syarikat besar dari luar negara.

Sekiranya Zulkifli berada pada kedudukan adik beradik Howe itu, sudah tentu dia telah ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit. Tetapi, situasi itu jarang berlaku di negara ini. Reka cipta tempatan belum mendapat pengiktirafan setinggi dan sebesar itu.
Hingga kini selepas lebih 30 tahun berinovasi, Zulkifli telah menghasilkan hampir 1,000 produk. Kebanyakan dicipta dan dibina untuk kepuasan peribadi dan bagi memenuhi keperluan orang tertentu.

Daripada hampir 1,000 ciptaannya itu, tidak ada satupun yang dikeluarkan secara komersial. Juga, tidak ada satupun yang ditawarkan kontrak untuk dibekalkan secara besar-besaran.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa tidak ada pihak yang tampil untuk memberi nilai kepada pelbagai produk inovasi tempatan ini? Kenapa agensi-agensi kerajaan terutamanya agak keberatan untuk menyokong idea-idea yang diketengahkan itu supaya ia bukan sahaja membudayakan inovasi di negara ini, tetapi pada masa sama mampu membantu negara menghasilkan produk yang inovatif.

Sedangkan di Barat, Jepun dan Korea inovasi amat dihargai. Mereka yang bergelar pereka cipta atau inovator pasti menjadi billionaire. Syarikat-syarikat multinasional ternanti-nanti ciptaan golongan itu. Sama ada untuk kegunaan khusus atau bagi tujuan komersial.

Kerajaan pula akan mengutamakan ciptaan-ciptaan tempatan terlebih dahulu untuk digunakan oleh agensi-agensinya. TETAPI, DI MALAYSIA INOVASI DAN IDEA KREATIF CIPTAAN TEMPATAN SUKAR MENDAPAT PENGHARGAAN.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Tawaran Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Islam At Tibyan



Pusat Pendidikan Islam At Tibyan yang menyediakan Pengajian Al Quran dan Ulum Diniyah (PADU) kepada para pelajar kini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang ke Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Islam At Tibyan mengikut kemampuan masing-masing.

Sehubungan dengan itu mereka yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

No akaun : 05100002631058
Atas nama : PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AT TIBYAN
Bank : CIMB

Hubungi :
019-2570813 (Ustazah Masiah)
019-3941353 (Ustaz Fuad)

Alamat :
Pusat Pendidikan Islam At Tibyan
No. 1941, Tingkat Atas, Jalan BSS 2/1 A,
Bandar Seremban Selatan,
71450 Sungai Gadut, Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Maklumat lanjut mengenai Pusat Pendidikan Islam At Tibyan pada pautan berikut http://puspa-ns.blogspot.com/2011/04/tawaran-tabung-pembangunan-pusat.html

20110419

Teringat bila saya masuk penjara di Amerika Syarikat





Apabila menonton ceramah, tazkirah, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Suhaib Webb dalam Youtube teringat nostalgia silam saya lewat tahun 80an ketika saya serta seorang rakan Afro American masuk ke penjara negeri (state prison) di Amerika Syarikat. Tapi masuk penjara bukan atas kesalahan jenayah atau terorisma, hanya melawat sambil berdakwah mengunjungi saudara-saudara se Islam yang dipenjarakan di sebuah negeri di bahagian Mid West, iaitu di Iowa.

Rata-rata banduan-banduan Islam ini sentiasa mengharapkan kunjungan orang luar, lebih-lebih lagi saudara se Islam sebagai rakan berkongsi masalah dan berkongsi ilmu, lebih-lebih lagi ilmu Al Quran.

Kepada pelajar-pelajar yang menuntut di US tu, kalau ada masa melawat Disneyland, Grand Canyon, Niagara Fall, sekali sekala cubalah buat lawatan ke penjara di sana.

Saya amat tertarik sekali dengan penyampaian ceramah dan khutbah Jumaat oleh Suhaib Webb yang begitu praktikal, menyentuh kalbu dan begitu mudah difahami.

Walaupun ilmu Suhaib Webb amat tinggi , beliau amat merendah diri, apabila bercakap dengan orang kebanyakan macam kita ini, ilmu yang disampaikan begitu mudah difahami.

Beliau memberi banyak panduan dan contoh yang amat sesuai dipraktikkan oleh setiap individu, gerakan Islam, NGO Islam, Pertubuhan Islam dan Parti Politik Islam yang selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasul SAW.

Antaranya ialah cerita sahabatnya di Miami, yang pada pagi Jumaat akan membuat roti sandwic dan diagihkan kepada golongan gelandangan di sana. Selang beberapa minggu kemudian ramai gelandangan yang beratur sambil menjerit THE MOSLEM ARE COMING, THE MOSLEM ARE COMING, lalu ada yang bertanya How Do You Know The Moslem are Coming, orang gelandangan tadi berkata They Are Bringing The Sandwich. Mudah bukan, dakwah dengan Sandwic.

Dalam satu cerita lain , Suhaib memerhatikan sekumpulan orang Islam sedang berbincang dalam sebuah restoran mengenai teori konspirasi, iluminati, zionisma, logo Zionis pada matawang Amerika. Lalu ditegur oleh Suhaib, kamu makan lazat-lazat dalam restoran ini, tapi kamu perhatikan tak diluar tingkap restoran ini ada orang yang tidak berumah yang sedang kelaparan memerhatikan kamu?

Dalam satu ceramahnya yang lain mengenai bab Fitnah akhir zaman ialah golongan yang berilmu yang bermegah dengan ilmu yang ada padanya. Suhaib mengatakan salah seorang Tok Gurunya yang begitu merendah diri di Timur Tengah merupakan seorang Ulama yang berusia 99 tahun yang hafal begitu banyak hadith, hafaz Quran, sudah membaca begitu banyak kitab, tapi berpesan kepada anaknya, kalau pergi ke Amerika nanti carikan satu lagi tajuk buku yang dia ingin baca.

Kemudian dalam tragedi Tsunami di Acheh, Suhaib menceritakan selepas Tsunami ada jemaah di Acheh terpaksa berenang untuk solat subuh berjemaah di masjid. Takkan kita di US yang ada Lexus SUV tak boleh nak solat subuh berjemaah.

Di penghujung khutbah Jumaat , Suhaib akan berdoa mengenai isu semasa dan masyarakat. Antara doanya ialah semoga Allah merapatkan hubungan dan kemesraan suami isteri, kalau ada suami isteri yang nak bercerai, dia mohon kepada Allah agar tidak jadi bercerai. Dia berdoa lagi kalau ada anak-anak yang lari dari rumah, beliau berdoa agar anak-anak tadi kembalilah ke pangkuan ibu bapa mereka, dan banyak lagi doa yang menyentuh perasaan dan menitiskan air mata.

Bandingkan dengan kita di sini, khutbah Jumaat kita di sini, doa di hujung khutbah Jumaat kita di sini.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau



Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

Minum Petang Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 Seremban



MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
29 April 2011 (Jumaat), Jam 5.00 ptg
Di No.6, Kg. Panchor, Seremban
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Kursus Pembungkusan, Sijil Halal 24, 25 Mei 2011 di N9



Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), N.Sembilan dengan kerjasama SIRIM N.Sembilan akan mengadakan program-program di bawah :

Kursus Asas Teknologi Pembungkusan dan Perlabelan
Tarikh : 24 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM N.Sembilan, No. 7-2, Senawang Business Park, N.Sembilan

Kursus Asas Pensijilan Halal Siri 1/2011
Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM N.Sembilan, No. 7-2, Senawang Business Park, N.Sembilan

Tempat adalah TERHAD. TARIKH TUTUP permohonan adalah 2 MEI 2011. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Pn. Azlina Binti Sharif di talian 06-679 1511.

Sumber http://pmdrembau-v1.blogspot.com/2011/04/kursus-anjuran-sirim-negeri-sembilan.html

20110418

Program Kepimpinan Pra U, 1 ke 31 Mei 2011 Seremban

WAMY Malaysia (http://wamy.my/ ) dengan kerjasama Maahad Tahfaz As-Sa’idiyyah, Seremban (http://www.saidiyyah.com/ ) akan menganjurkan buat julung julung kalinya sebuah program pembangunan kepimpinan yang berasaskan aktiviti keusahawanan.

Program sulung yang dipanggil Pre-U Leadership Development (PULED) diadakan khas untuk mempersediakan anak anak anda yang baru selesai mendapat keputusan SPM/ STPM dan sekarang sedang menunggu panggilan ke IPTA/S.

Ianya akan berlangsung selama sebulan (1 – 31 Mei 2011) di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban.

Hanya 40 peserta yang akan dimabil untuk program sulung ini.

Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat penuh jemputlah ke Previu PERCUMA yang akan diadakan spt berikut;

Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi, Seremban

Untuk tempahan sila hubungi; Ahmad Sofwatullah - 013-2974130, Roslilah - 013-6249033, Mohd Shah - 019-6611076, 012-6081076

E-REHAL Training and Services Sdn Bhd, No. 29-1, Jalan 28, Cempaka Commercial Centre, 70450 Senawang

Tel / Fax: 06-6787146, Facebook : http://www.facebook.com/erehal

20110417

Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini


Bukan para khatib yang membaca khutbah Jumaat sahaja yang patut malu dengan Mualaf Mat Saleh ini, saya sendiri pun malu, teramat malu apabila mendengar di Radio IKIM setiap Ahad jam 6.30 ptg ruangan Tazkirah Bahasa Inggeris oleh William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Suhaib dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi mendapat hidayah Allah apabila beliau mencari hidayah. Mendengar kuliah Suhaib hanya selama 10 minit di Radio IKIM tak puas, macam nak dengar lagi.

Lalu saya buat carian dalam internet, Suhaib ini bukan hanya pandai bercakap dan bercerita, malahan beliau mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar dan berguru dengan begitu ramai ulama. Malah beliau hafaz 30 juzuk Al Quran dalam pelbagai Qiraat.

Malu, memang malu saya.

Dalam internet beliau ada laman web, blog, twitter sendiri. Dalam Youtube saya tengok Khutbah Jumaatnya, waduh, kalau dia khutbah di Malaysia pasti terbeliak mata kita semua, dan merasakan tak sabar-sabar tunggu Jumaat akan datang untuk mendengar beliau berkhutbah, bukan membaca khutbah macam diarahkan JAKIM dan Majlis Agama di Malaysia ini.

Apa yang menariknya ialah Suhaib mempunyai pelbagai pendekatan untuk semua golongan manusia, tua muda, hip hop, reggae dan macam-macam lagi.

Tengok sendiri Youtube beliau di http://www.youtube.com/user/SuhaibDWebb

Biografi beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Suhaib_Webb

Laman web beliau di http://www.suhaibwebb.com

Hamba Mu yang teramat malu ,

Rozmal bin Malakan