KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110424

Lampu isyarat Pening dan Merbahaya di Senawang



Petang tadi Ahad 24 April 2011, lalu Dataran Senawang. Isteri tegur mengenai lampu isyarat di simpang empat berhampiran stesen minyak Esso Taman Seri Pagi depan Domino Pizza. Kalau dari Domino Pizza nak keluar ke jalan utama ke Tol Senawang atau ke Kuala Pilah, lampu isyarat tinggi warna hijau, lampu isyarat bawah warna merah. Lepas tu yang tinggi merah, yang bawa pula hijau.

Beberapa kereta juga ada yang terlajak, pening, nak ikut arahan lampu isyarat yang tiang tinggi seberang jalan atau lampu isyarat tiang rendah berhampiran simpang sini. Rupa-rupa lampu isyarat tiang tinggi seberang jalan kalau diperhati betul-betul telah berpusing 90 darjah, mungkin ditiup angin kencang.

Jadi sesiapa yang lalu jalan ini esok, harap hati-hati. Juga harap segera laporkan ke pihak JKR. InsyaAllah saya akan cuba hubungi pihak JKR esok pagi, harap teman lain dapat hubungi juga, takut saya ada urusan lain pada waktu pagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berikut maklum balas dari Pihak JKR, setakat semalam 27hb april belum diperbaiki


Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Tajuk:4/25/2011 10:47 Aduan mengenai lampu isyarat Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban
[ Nama Pelapor Asal: nik wanie, Emel : nik_balkis@yahoo.com.my , No. Tel: .................? ]

Dengan hormatanya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih kerana keperihatinan tuan/puan memajukan cadangan tersebut kepada pihak kami.

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami turut alamatkan maklumbalas ini kepada pihak Bahagian Elektrik JKR NS , Pihak JKR Daerah Seremban dan pihak Bahagian Pengurusan Korporat JKR Negeri Sembilan untuk siasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sekiranya didapati lokasi aduan bukan dibawah bidangkuasa pihak JKR. Pihak JKR Daerah akan panjangkan aduan ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

Untuk Makluman Pihak JKR Bertanggungjawab:

Pohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memberi maklumbalas dalam tempoh yang telah ditetapkan terus kepada pelapor asal menerusi emel beliau dan salinan kepada pihak kami menerusi emel: aduan@jkr.gov.my untuk rekod kami atas tajuk yang sama.

Untuk Makluman Tuan/Puan Pelapor Asal:

Pihak kami pohon kerjasama tuan untuk turunkan maklumat berikut dalam segala laporan /emel supaya pihak yang menjalankan siasatan dilokasi dapat hubungi tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menyelesaikan perkara yang tuan dibangkitkan.

Nama Penuh: ......................................
No. Telefon:..........................................
Emel: nik_balkis@yahoo.com.my

Puan juga boleh mengkemukakan aduan berkaitan JKR menerusi One Call Center JKR dalam talian 1 300 888 557 (beroperasi pada hari kerja 8.00pagi hingga 5.00petang)

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

Bhogaraaja
Juruteknik Awam Kanan
Urusetia Aduan (Emel) Tel: 03-2696 7664
b/p. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 8254 / 7609 / 7664 / 8252 / 7656