KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110430

Masjid-masjid dan surau-surau yang mati di N.Sembilan



Semakin hari semakin banyak masjid-masjid dan surau-surau yang mati di Negeri Sembilan dan mungkin di seluruh Malaysia. Ada tak KPI atau NKRA Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM berapa peratus dari ahli kariah solat fardu 5 waktu di masjid atau surau? Atau KPI Majlis Agama Islam dan JAKIM hanya sekadar berapa banyak zakat dikutip setiap tahun, berapa banyak masjid canggih dibina setiap tahun, berapa banyak pasangan berkahwin setiap tahun?

Pengalaman peribadi saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan, negeri beradat pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html










Surau jadi sarang perokok
Sinar Harian 29 April 2011

KUALA KLAWANG - Surau di Taman Sri Kenaboi yang dahulunya meriah dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan kini terbiar tanpa sebarang penyeliaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati surau itu dibiarkan dalam tempoh lama kerana terdapat kesan pecah di bahagian tingkap, langsir yang terkoyak dan puntung rokok bersepah.

Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Fahmi Mohd Yusuf berkata, surau itu hanya digunakan pada Ramadan sahaja dan selepas itu ia terbiar tanpa sebarang pengawasan.

“Saya mendapati tikar yang diletakkan di dalam surau ini sudah tiada dan segala peralatan surau terpaksa disimpan dalam stor belakang surau bagi mengelakkannya dicuri.

“Selain itu, surau ini juga sering menjadi sarang pelajar merokok dan melepak pada waktu malam. Ada juga yang memberitahu saya pelajar perempuan turut masuk ke dalam surau,” katanya.

Fahmi berkata, ketika surau itu beroperasi, dia dan kakitangan MRSM sering datang ke situ.

Menurutnya, ketiadaan jawatankuasa surau juga menjadi salah satu punca mengapa surau itu berada dalam keadaan sedemikian.

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik untuk memulihkan kembali surau ini. Saya difahamkan, semasa pengambilan tanah untuk membuat surau berkenaan, kita terpaksa berebut dengan pihak lain.

“Jadi adalah memalukan apabila kita berjaya mendapat tanah dan membina surau, kini ia terbiar begitu sahaja tanpa pengawasan,” katanya.

Justeru, Fahmi berharap, pihak berkaitan dapat mengimarahkan surau itu dengan pelbagai aktiviti bagi mengelakkannya terus terbiar.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9027058.asp

Tiada ulasan: