KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110430

Sibuk video porno dan sumpah, orang Buddha tolong Melayu



Apabila orang Melayu saban hari dimomokkan di dada akhbar dan televisyen dengan isu video porno dan sumpah laknat, akhirnya Melayu yang susah dibantu oleh persatuan Buddha di Johor. Malahan banyak lagi Melayu yang hidup sudah bukan saja di Johor, tapi di N.Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di mana-mana. Nak marahkan orang Kristian, orang Buddha, bila mereka bantu orang Melayu, atau nak marahkan diri kita sendiri, bangsa kita sendiri yang Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Khutbah Jumaat bila lagi nak sedarkan orang Melayu supaya sentiasa muhassabah diri masing-masing dan sentiasa perhatikan kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga yang memerlukan bantuan seperti yang disarankan oleh William Webb anak paderi Kristian pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Juga kisah Ustaz kalau penakut berkata benar jangan belajar agama di http://waghih.blogspot.com/2011/03/ustaz-kalau-penakut-berkata-benar.html

‘Mereka sekadar tahu mencaci’

Harian Metro 29 April 2011


LEDANG: “Kami dicaci masyarakat sekeliling kerana menerima bantuan daripada sebuah persatuan Buddha, malah lebih mengecewakan jabatan agama Islam sendiri seolah-olah tidak mempedulikan nasib kami,” kata Ahmad Khamis, 45, yang masih menunggu permohonan bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij) sejak empat tahun lalu.

Ahmad seorang orang kurang upaya (OKU) memohon bantuan motosikal roda tiga daripada Maij pada 2007 berikutan kudung kaki sebelah kanan selepas terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkannya hilang pekerjaan.

Katanya, Maij sudah meluluskan permohonan bantuan berkenaan namun motosikal itu masih tidak diterima sehingga kini.

Difahamkan, motosikal berkenaan sepatutnya diterima Ahmad pada 2007 namun berlaku sebaliknya, malah tiada sebarang dokumen mengesahkan dia tidak layak untuk menerima kenderaan bernilai kira-kira RM6,000 itu.

“Saya hanya menjual makanan ringan di depan sebuah sekolah di sekitar daerah ini dan pendapatan diperoleh memang tidak mencukupi untuk menyara isteri, Ruzita Ahmad Jais, 40, serta dua anak.

“Melihat penderitaan kami sekeluarga, seorang sami Buddha muncul menghulurkan bantuan kewangan serta barangan dapur setiap bulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut OKU itu, keluarganya menerima sumbangan berkenaan memandangkan persatuan itu hanya berniat mahu membantu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, sejak menerima bantuan itu, keluarganya dihina masyarakat sekeliling kononnya mereka makan duit haram.

“Kami menerima bantuan RM150 sebulan itu selama lebih setahun. Bagaimanapun, akibat desakan serta tekanan masyarakat, kami sekeluarga memutuskan untuk tidak menerimanya lagi,” katanya.

Ahmad yang juga peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) turut mengakui menerima elaun bulanan berjumlah RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan, bantuan yang sepatutnya diterima sebanyak RM300 sebulan dipotong RM100.

“Dengan pendapatan yang tidak menentu, saya perlu menanggung perbelanjaan pendidikan anak yang tidak menerima bantuan kerajaan. “Saya tiada pilihan lain selain menerima bantuan diberikan persatuan Buddha itu dan berharap ada pihak sudi membantu,” katanya.
Menurut Ahmad, dia bukannya mahukan kemewahan sebaliknya diberikan peluang untuk berniaga sebagai punca pendapatan.

Selain itu, Ahmad juga berharap masyarakat tidak membuat tuduhan melulu terhadap keluarganya semata-mata kerana mereka pernah menerima bantuan daripada persatuan Buddha.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011042902352120110429023521/Article/index_html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadi dengan orang2 Melayu ni, dari dulu sampai sekarang asyik bergaduh sakan pasal politik - tanpa rasa malu pada orang lain...Bodoh bodoh.