KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150309

Kes elektrik kena potong, kena halau tak bayar sewa makin meningkat



Nampaknya kes elektrik kena potong kerana tunggakan bil, kena halau dari rumah kerana tunggakan sewa yang banyak, tak mampu masuk IPTA, PTPN tak dapat lagi, rumah usang menunggu roboh dan macam-macam lagi kes seperti ini akan terus meningkat, hari demi hari.

Harap kita semua prihatin apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan jiran tetangga kita dan sanak saudara kita.

Kepada mereka yang mampu, tolonglah bantu, demi untuk kebaikan kita bersama.

Kesnya amat-amat banyak, cuma tidak dilaporkan dan mendapat liputan yang meluas di dada akhbar.

20150308

MH370, hanya ALLAH yang boleh temukannya


Sudah setahun, tiada sebarang petunjuk. Betapa lemahnya manusia ini. Hanya ALLAH yang boleh temukannya. Mungkin elok diambil pendekatan yang dilakukan oleh Indonesia dengan menerbangkan para alim ulamak serta mereka yang takutkan ALLAH semata-mata, di Lautan Hindi dalam usaha mencari MH370.

Tokoh agama berdoa di laut minta cuaca bersahabat
6 Januari 2015

Delapan tokoh agama yang ada di Pangkalan Bun terbang menggunakan helikopter SA-330 Puma TNI AU untuk berdoa di laut meminta cuaca bersahabat agar pesawat beserta seluruh penumpang AirAsia QZ 8501 segera ditemukan.

Informasinya Tim evakuasi telah bekerja keras selama 9 hari namun kondisi cuaca selalu tidak menentu sehingga mengganggu pencarian, kata Muhammad Ali Alawi, perwakilan tokoh agama Pangkalan Bun itu sebelum naik ke helikopter di Pangkalan Udara TNI AU Iskandar, Selasa.

"Alam tidak bisa di lawan, oleh karena itu kita harus meminta kepada petunjuk dan perlindungan dari Allah. Kami terpanggil untuk membantu tim evakuasi, setidaknya melalui doa di atas laut, lokasi yang mungkin dugaan pesawat AirAsia jatuh," tambah dia.

"Kami akan berzikir di helikopter yang sedang berputar, dan jika memungkinkan juga di dalam kapal pencari pesawat AirAsia. Kami tetap berkoordinasi dengan pihak TNI maupun Badan SAR Nasional," kata dia yang juga pengurus Majelis Zikir Pangkalan Bun itu.

Rumah usang menanti rebah

InsyaAllah, dengan izin Allah kami akan cuba membantu baik pulih rumah makcik ini. Buat masa ini kami sedang menyiapkan gerai keluarga memerlukan di Lubok China dan rumah usang sebuah keluarga yang tidak berkemampuan di Rembau, hasil sumbangan orang ramai. Mereka yang ingin membantu makcik di Pilah ini harap hubungi saya Hj Rozmal 012-2267406. Tawaran dibuka kepada sesiapa saja yang ingin membantu makcik ini termasuk anak-anak Negeri Sembilan di perantauan.



Rumah usang menanti rebah
7 Mac 2015


KUALA PILAH - Sebuah rumah usang didiami 12 penghuni di Kampung Talang Tengah, di sini, memerlukan bantuan baik pulih berikutan kediaman itu mengalami pelbagai kerosakan terutama pada atap dan dinding.

Pemilik rumah, Khalimah Sabtu, 82, melahirkan rasa sedih kerana bantuan rumah percuma didakwa menerusi skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu semakin uzur.

Menurutnya, pada awal 80-an, semasa pembinaan, rumah tersebut tiada bilik.

“Makcik dan arwah suami buat bilik di rumah ini sedikit demi sedikit kerana ketika itu kami sudah dikurniakan tiga anak.

“Sekarang, makcik tinggal di rumah ini bersama cucu dan cicit. Cucu perempuan makcik berniaga kedai makan di hadapan rumah ini untuk menampung perbelanjaan harian dan makcik ada juga terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM300 sebulan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khalimah berkata, jika dilihat dari luar, rumah ini nampak seperti biasa tetapi sebenarnya banyak kerosakan di dalamya.

Menurutnya, dinding rumah dimakan anai-anai, atap pula bocor dan keadaan tanah rumah agak rendah serta sering dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Dia juga mendakwa pernah menerima bantuan baik pulih rumah pada 2011 namun kerja yang dilakukan tidak sempurna.

“Makcik harap ada pihak yang sudi bantu baiki kerosakan rumah ini,” katanya.

Perlu ada akta larang minum arak di tempat awam !


Jika ada larangan merokok di tempat awam, kenapa tidak ada akta larangan minum arak di tempat awam? Mana lagi bahaya, arak atau rokok? Rokok banyak mana pun tak boleh mabuk hingga boleh membahayakan nyawa pengguna jalanraya dan mengganggu anak gadis orang.

Banyak aduan saya terima mereka yg mabuk di taman awam, tepi jalan yg boleh mengganggu keselamatan org lain.

Ini bukan masalah agama, ini masalah keselamatan rakyat.

Harap sidang parlimen yg baru adalah ahli parlimen yg prihatin akan masalah ini.

Ibu tunggal 3 anak, elektrik dipotong telah dibantu

Alhamdulillah, hanya dengan izin Allah jua ibu tunggal, 3 anak di Senawang yg sebelum ini lebih seminggu bekalan elektrik dipotong telah dibantu.

Pada 5 Mac 2015, sahabat saya Sdr Hassan Tamby mengajukan masalah ibu tunggal ini yg hanya bekerja kontrak dgn gaji RM750. Elektrik lebih seminggu dipotong kerana tunggakan sebanyak RM1395.90 , tunggakan sewa rumah pula dah 3 bulan sebanyak RM1080.

Pada 5 Mac status permohonan Baitul Mal ialah KIV, pada 6 Mac telah diluluskan hanya menunggu cek utk ditandatangan.

Semalam 6 Mac, ada hamba Allah yg saya tak kenal siapa telah menjelaskan semua bil elektrik yg tertunggak. Hari ini dikhabar bekalan elektrik telah disambung semula.

Terima kasih kepada semua pihak yg membantu ibu tunggal ini termasuk yg mendoakan, yg share artikel sebelum ini, terutama yg memberi sumbangan wang ringgit.

Semoga ianya mendapat keredhaan ALLAH lagi diberkati

20150305

Ibu tunggal, 3 anak, rumah dipotong bekalan elektrik



Baru dapat maklumat dari sahabat saya mengatakan seorang ibu tunggal di Senawang bersama 3 orang anaknya yang masih bersekolah sudah seminggu bergelap kerana bekalan elektrik dipotong tidak mampu membayar tunggakan bil.

Sementara menunggu kelulusan pihak Baitul Mal yang dipohon pada 17 Februari 2015 dengan No Rujukan Baitul Mal 2015/BAK/02-0199 , pihak kami sedang mengusahakan untuk membantu keluarga ini.

Tunggakan elektrik sebanyak RM 1133.30, belum masuk tunggakan sewa rumah 3 bulan x RM360. Ibu tunggal ini hanya bekerja kontrak dengan gaji bersih sekitar RM750.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya Hj Rozmal 012-2267406.

5 Mac 2015

Rembau ada Empangan Sepri dan Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, kenapa perlu dicatu air?



Dikatakan Rembau di catu air pada ketika ini kerana paras air di Empangan Gemencheh kritikal. Persoalannya bukankah Rembau ada Empangan Sepri dan Loji Rawatan Air Sawah Raja? Ada sesiapa boleh beri penerangan isu ini, mungkin ada fakta yang saya terlepas pandang dan kini terpaksa pula N.Sembilan beli air dari Melaka?


NS meterai perjanjian beli air dari Melaka

SEREMBAN 4 Mac 2015 - Kerajaan negeri akan memeterai perjanjian bersama kerajaan negeri Melaka mengenai isu pembelian air terawat dari Syarikat Air Melaka Berhad.
Mohamad Hasan

“Melalui pelan tindakan segera yang bermula 1 Mac lalu juga, kita ada beli air terawat dari Melaka di paip Batang Melaka yang mampu menyalurkan air kepada lebih seratus buah kediaman di kawasan sekitar,’’ katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membeli bekalan air terawat sebanyak 1.1 juta gelen sehari dari kerajaan negeri Melaka bagi memenuhi keperluan di Tampin dan Rembau yang berdepan dengan catuan ekoran paras air di Empangan Gemencheh


RM265 juta Skim Bekalan Air Batu Hampar

REMBAU 15 Julai 2010 - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) membelanjakan RM265 juta untuk melaksanakan projek Skim Bekalan Air Batu Hampar di sekitar daerah ini bagi memastikan penduduk negeri ini mendapat bekalan air bersih secukupnya sehingga 2020.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Sains, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek tersebut melibatkan empat pakej pembinaan iaitu sebuah empangan jenis RCC di Mukim Sepri, Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, kolam air berkapasiti 18 juta meter di Bukit Kunyit dan kolam air berkapasiti 6 juta dan 9 juta di Bukit Kuau dan Teluk Kemang, Port Dickson.

Katanya, pakej kedua projek melibatkan LRA Sawah Raja di mukim Titian Bintangor di sini sudah beroperasi sejak 2 Jun lepas mampu mengeluarkan 50 juta liter air sehari sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini dan Port Dickson Timur.

"Tetapi dengan adanya loji baru ini kita mampu agihkan sebanyak 9 juta liter air ke daerah Port Dickson Timur dan sejuta liter air ke sebahagian Rembau," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan LRA Sawah Raja yang menelan kos sebanyak RM111 juta dan mula dibina sejak 2007.


Perasmian Empangan Sepri, Rembau – Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar

REMBAU ; 28 Jun 2011 – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa meneruskan usaha untuk memberikan keselesaan kepada rakyat  dan bekalan air bersih yang mencukupi di semua daerah adalah fokus utama Kerajaan Negeri Sembilan, masakini.

Empangan Sepri yang terletak kira-kira 14 km dari Pekan Rembau, mula dibina pada tahun 2007, kini telah siap sepenuhnya serta mula beroperasi membekalkan air ke Sungai Batu Hampar sekiranya berlaku kekurangan air di Sungai Rembau.

Empangan Sepri, ini merupakan pakej pertama dibawah Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar yang melibatkan kos hampir RM 265.6 juta.

Empangan terbaru di Negeri Sembilan ini telah dirasmikan bersama oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pagi tadi.

20150303

RM40 besar ertinya utk keluarga ini.

Alhamdulillah, keluarga di bawah ini telah dibantu hasil sumbangan orang ramai ;

Assalammualaikum..encik sy nk minta tlg sikit..sy nk pinjam duit sikit..sementara nk tggu gaji..dpt pinjam 30-40 pun jadilah..nk buat belanja dapur sikit..

20150302

Pelajar IPTA mengadu tak dapat PTPTN, Biasiswa



Saya dihubungi oleh beberapa pelajar IPTA yang duit PTPTN dan Biasiswa belum masuk lagi. Ini amat menyukarkan mereka, apatah lagi mereka ini datang dari keluarga yang susah.

Ada sesiapa boleh tolong siasat perkara ini?

Mari kita bantu siapkan madrasah tahfiz ini.




Pembinaan Sekolah Tahfiz Al Gontory di Chengkau, Rembau kini sedang giat dijalankan.

Sumbangan kewangan dan bahan binaan adalah dialu-alukan.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Pengetua sekolah tahfiz ini, Ustaz Septiyan 0132646001 e-mel tahfizarabicalgontory@gmail.com  atau dapatkan maklumat lanjut di http://tahfizalgontory.blogspot.com

atau salurkan ke akaun Maybank, TARB GONTORY RESOURCES
562843505815