Baru dapat maklumat dari sahabat saya mengatakan seorang ibu
tunggal di Senawang bersama 3 orang anaknya yang masih bersekolah sudah
seminggu bergelap kerana bekalan elektrik dipotong tidak mampu membayar
tunggakan bil.
Sementara menunggu kelulusan pihak Baitul Mal yang dipohon
pada 17 Februari 2015 dengan No Rujukan Baitul Mal 2015/BAK/02-0199 , pihak
kami sedang mengusahakan untuk membantu keluarga ini.
Tunggakan elektrik sebanyak RM 1133.30, belum masuk
tunggakan sewa rumah 3 bulan x RM360. Ibu tunggal ini hanya bekerja kontrak dengan
gaji bersih sekitar RM750.
Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya Hj Rozmal 012-2267406.
5 Mac 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan