KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150323

Malaysia masih menggunakan Nuri walaupun selepas 48 tahun.



Kehebatan jurutera tempatan yang mampu menyenggara pesawat Nuri walaupun sudah berpuluh-puluh tahun digunakan.



Tentera Darat Terima 12 Helikopter Daripada TUDM

LANGKAWI, 20 Mac 2015 -- Tentera Darat hari ini mencipta sejarah baharu dengan menerima 12 buah helikopter Sikorsky S61A-4 yang dinaik taraf daripada Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini.

Penyerahan Sikorsky S61A-4 atau lebih dikenali sebagai Nuri disempurnakan oleh Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan diterima oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sambil disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sementara itu Raja Mohamed Affandi berkata semua pesawat Nuri yang diterima ini akan digunakan untuk tujuan operasi Tentera Darat dan tidak terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Nuri ini kita akan gunakan untuk tujuan operasi, bekalan sempadan dan mengangkut anggota di kawasan yang kita jalankan operasi," katanya.

Sehingga kini, Nuri telah menjangkau usia 48 tahun sejak digunakan oleh TUDM dan purata jam penerbangan setiap pesawat adalah 14,000 jam penerbangan dan TUDM mempunyai 38 pesawat keluaran syarikat Sikorsky, Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: