Dikatakan Rembau di catu air pada ketika ini kerana paras
air di Empangan Gemencheh kritikal. Persoalannya bukankah Rembau ada Empangan
Sepri dan Loji Rawatan Air Sawah Raja? Ada sesiapa boleh beri penerangan isu
ini, mungkin ada fakta yang saya terlepas pandang dan kini terpaksa pula
N.Sembilan beli air dari Melaka?
NS meterai perjanjian beli air dari Melaka
SEREMBAN 4 Mac 2015 - Kerajaan negeri akan memeterai
perjanjian bersama kerajaan negeri Melaka mengenai isu pembelian air terawat
dari Syarikat Air Melaka Berhad.
Mohamad Hasan
“Melalui pelan tindakan segera yang bermula 1 Mac lalu juga,
kita ada beli air terawat dari Melaka di paip Batang Melaka yang mampu
menyalurkan air kepada lebih seratus buah kediaman di kawasan sekitar,’’
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari
ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membeli
bekalan air terawat sebanyak 1.1 juta gelen sehari dari kerajaan negeri Melaka
bagi memenuhi keperluan di Tampin dan Rembau yang berdepan dengan catuan ekoran
paras air di Empangan Gemencheh
RM265 juta Skim Bekalan Air Batu Hampar
REMBAU 15 Julai 2010 - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air
Negeri Sembilan (Sains) membelanjakan RM265 juta untuk melaksanakan projek Skim
Bekalan Air Batu Hampar di sekitar daerah ini bagi memastikan penduduk negeri
ini mendapat bekalan air bersih secukupnya sehingga 2020.
Menteri Besar yang juga Pengerusi Sains, Datuk Seri Mohamad
Hasan berkata, projek tersebut melibatkan empat pakej pembinaan iaitu sebuah
empangan jenis RCC di Mukim Sepri, Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja, kolam air
berkapasiti 18 juta meter di Bukit Kunyit dan kolam air berkapasiti 6 juta dan
9 juta di Bukit Kuau dan Teluk Kemang, Port Dickson.
Katanya, pakej kedua projek melibatkan LRA Sawah Raja di
mukim Titian Bintangor di sini sudah beroperasi sejak 2 Jun lepas mampu
mengeluarkan 50 juta liter air sehari sekali gus menyelesaikan masalah bekalan
air di daerah ini dan Port Dickson Timur.
"Tetapi dengan adanya loji baru ini kita mampu agihkan
sebanyak 9 juta liter air ke daerah Port Dickson Timur dan sejuta liter air ke
sebahagian Rembau," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
LRA Sawah Raja yang menelan kos sebanyak RM111 juta dan mula dibina sejak 2007.
Perasmian Empangan Sepri, Rembau – Projek Skim Bekalan Air
Batu Hampar
REMBAU ; 28 Jun 2011 – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa
meneruskan usaha untuk memberikan keselesaan kepada rakyat dan bekalan air bersih yang mencukupi di
semua daerah adalah fokus utama Kerajaan Negeri Sembilan, masakini.
Empangan Sepri yang terletak kira-kira 14 km dari Pekan
Rembau, mula dibina pada tahun 2007, kini telah siap sepenuhnya serta mula
beroperasi membekalkan air ke Sungai Batu Hampar sekiranya berlaku kekurangan
air di Sungai Rembau.
Empangan Sepri, ini merupakan pakej pertama dibawah Projek
Skim Bekalan Air Batu Hampar yang melibatkan kos hampir RM 265.6 juta.
Empangan terbaru di Negeri Sembilan ini telah dirasmikan
bersama oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Dato’
Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan