KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150324

Masjid kini jadi sasaran penjenayah




Penyamun ‘mengganas’ di masjid
23 Mac 2015

Shah Alam: Jemaah Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 di sini, terkejut apabila lima kenderaan milik mereka dipecah masuk serentak oleh penjenayah ketika mereka sedang khusyuk menunaikan solat.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Khamis lalu, suspek melarikan pelbagai barangan berharga milik jemaah yang ditinggalkan di dalam kenderaan di kawasan meletak kenderaan di perkarangan masjid itu.

Bilal masjid itu, Mohd Safuan Khairi, 27, berkata, kejadian itu hanya disedari selepas jemaah selesai menunaikan solat Isyak.

Menurutnya, seorang mangsa datang mengadu kepadanya mendakwa keretanya dipecah masuk penjenayah.

“Mereka kemudian bergegas melihat kenderaan mangsa sebelum mendapati empat lagi kereta turut menjadi mangsa pecah masuk.

Tiada ulasan: