KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100729

1Malaysia tak minat Gotong Royong


Nampaknya orang kita tak minat dah gotong royong ni. Walaupun Bala Wabak Denggi melanda negara orang buat tak kisah je. Halaman rumah depan belakang semak samun tak kisah, apatah lagi nak gotong royong bersih taman perumahan, surau, kubur dan sebagainya. Kita dah sibuk dengan Astro, Facebook, SMS, Cyber Cafe , Saham , MLM , Part Time , Kopitian , Pasir , Konsert , Drift , Rempit , Politik , dan lain-lain. Gotong royong ni buang masa je.

Macam mana nak gotong royong , ramai yang saya jumpa buat part time. Cikgu pun buat part time kontrak wiring. Apa taknya, semua kos sara hidup dah meningkat, minyak naik harga, gula naik, elektrik naik , saman ekor lagi.

Tapi yang peliknya anak-anak muda, remaja, belia yang tak bekerja ramai pula melepak di pasaraya, tepi jalan, ronda-ronda ke hulu ke hilir naik motosikal, emak bapa tunggang langgang kerja nak tanggung dia orang.

Kisah sebelum ini Semangat Gotong Royong Melayu Makin Luntur di
http://waghih.blogspot.com/2010/07/semangat-gotong-royong-melayu-makin.html

******************************
Gotong-royong kurang sambutan
Sinar Harian 29 Julai 2010

RUMAH RAKYAT LUKUT – Program Gotong-royong Ganyang Aedes di Rumah Rakyat Lukut kurang mendapat sambutan penduduk.

Menerusi 700 jumlah isi rumah, hanya satu peratus sahaja keluar melaksanakan kerja gotong-royong.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tenaga kerja dalam kalangan ahli Combi dijemput membantu menjayakan program berkenaan.

Penduduk terlibat hanya beberapa orang dengan jumlah kecil disertai beberapa kanak-kanak menyertai pertandingan mengumpul sampah.

Penduduk ditemui, Latifah Nor Abd Rahman, 57, berkata, dia kecewa melihat tidak ramai penduduk keluar bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar taman itu.

“Hanya beberapa orang sahaja keluar bergotong-royong dan mujur dibantu dua pasukan Combi dari taman perumahan lain serta kakitangan pejabat Jabatan Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran Port Dickson dan SWM.

“Sebenarnya majoriti penduduk di sini bekerja dengan pihak swasta, justeru, pada setiap Sabtu memerlukan mereka bekerja dan ada yang jadualnya kerjanya mengikut syif,” katanya pada Program Gotong-royong Ganyang Aedes.

Menurutnya, kebiasaannya pada Ahad adalah hari cuti mereka dan jika program gotong-royong diadakan pada berkenaan, kemungkinan mendapat sambutan menggalakkan.

Sementara itu, seorang penduduk lagi, Rohani Zainal Abidin, 52, berkata, kebanyakan sampah ditemui adalah tayar buruk dan tong cat.

“Sebenarnya jika mahu diceritakan banyak faktor menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan ini, antaranya disebabkan kekangan waktu pemilik rumah berkenaan,” katanya.

Ketua kampung, Dzul Ghaffar Hussin berkata, Program Gotong-royong Ganyang Aedes itu diadakan kerana sejak kebelakangan ini jumlah penduduk dijangkiti denggi semakin meningkat.

“Berikutan itu, gotong-royong berkenaan untuk menghentikan jangkitan itu. Bagaimanapun, rekod daripada Jabatan Kesihatan Daerah menunjukkan pesakit denggi memperoleh jangki-tan denggi bukan di kawasan perumahan ini.

“Ada yang dijangkiti di kawasan pejabat dan mendapat cuti serta balik ke kampung seterusnya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di sini,” katanya.

Dzul Ghaffar berkata, walaupun punca jangkitan bukan daripada kawasan taman perumahan di sini, perkara itu perlu dianggap serius dan langkah pencegahan perlu digerakkan supaya semua tempat menjadi potensi pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

“Semua penduduk perlu memainkan peranan masing-masing membersihkan kawasan dalam dan luar rumah mereka,” katanya.

Rumah Rakyat Lukut terletak di kawasan pekan Lukut dan mempunyai 700 penduduk daripada 200 unit rumah di sini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8002815.asp

Tiada ulasan: