KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100712

Malaysia perkenal Wawasan Sidratul Muntaha

WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA . Teks Khutbah Jumaat 9 Julai 2010.
Berdasarkan projek Allah di Sidratul Muntaha ini jelas bahawa solat fardhu lima waktu adalah program mega atau program raksaksa yang Allah fardhukan kepada umat Islam. Solat fardhu menjadi program mega kerana ia menjadi ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan samada semasa sihat atau sakit, menjadi tonggak kekuatan agama, menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur. Selain itu kualiti solat ini juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah-ibadah yang lain.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, akhlak yang kurang baik yang dideritai oleh segolongan umat Islam kini berpunca daripada solatnya tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan berdosa.

Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini. Oleh itu sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj sebagai mukjizat yang besar ini, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk dan sempurna agar ia mampu membangunkan anak-anak dan keluarga kita menjadi insan yang soleh selari dengan wawasan Sidratul Muntaha.

Teks khutbah sepenuhnya di
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Wawasan%20Sidratul%20Muntaha%20(rumi).doc

Tiada ulasan: