KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100721

Amaran Kes Pecah Rumah di tempat awak

Semalam berborak dengan rakan sekerja yang tinggal di Taman Desa Melor , Senawang. Katanya sekarang ni ada kes pecah rumah siang hari di taman dia, pukul 2 petang, ketika penghuni tiada di rumah. Juga ada kes ragut dalam rumah , lelaki tak dikenali datang bertanyakan sesuatu dan minta air , tuan rumah hulur air melalui gril, diragut barang kemas.

Juga kedai runcit di Taman Satria , Senawang juga kena pecah masuk. Walhal Taman Satria ramai keluarga polis dan tentera yang tinggal sini.

Oleh itu satu gerakan massa harus dilakukan , menyedarkan orang ramai bahawa kes jenayah sentiasa ada. Jangan terpedaya dengan indeks jenayah yang rendah.

Seperti contoh di taman perumahan ini, yang meletakkan beberapa papan tanda peringatan kepada penduduk sekitar ada kes pecah rumah di tempat mereka pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/07/awas-kes-pecah-rumah.html

Jangan jadi pula macam kes di bawah ini , nak cegah jenayah, akhirnya bergaduh sesama sendiri.

Mungkin Mufti Perak boleh nasihat spesis Melayu di bawah ini yang suka bergaduh.

HAMPIR DIBELASAH DI TANGGA SURAU
Sinar Harian 11 Julai 2010

SEREMBAN - Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini nyaris ditumbuk seorang penduduk yang berang apabila cadangannya untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak diterima, Isnin lalu.

Cerita sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/07/jenayah-berleluasa-kerana-jkkk-bergaduh.html

Tiada ulasan: