KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100717

Gula dan Petrol Naik, Saman Ekor Camne ?


Gula dan petrol dah naik harga. Menteri Dalam Negeri tak nak kaji ke saman ekor ? Tolonglah kaji sikit saman ekor. Kalau Umno boleh ajak PAS untuk berbincang, tak boleh Menteri Dalam Negeri tak boleh bincang dengan PDRM dan JPJ isu saman ekor ni. Alhamdulillah saya tak ada saman ekor yang terkini. Tapi kesianlah sikit mereka-mereka seperti di bawah ini :

LAMA SANGAT BARU TERIMA SAMAN EKOR

Utusan Malaysia 17 Julai 2010

SAYA baru saja mendapat surat notis saman ekor dari Bukit Aman. Terkejut saya, bukan satu saman tetapi enam saman dari tahun 2003 hingga 30 Ogos 2009. Oleh itu jumlahnya pun banyak - beratus-ratus ringgit.

Maaf bukan tujuan saya hendak mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi soal kelemahan pada sistem saman ekor yang dilaksanakan sekarang. Lama sangat baru dapat notis. Kalau dinilai dari segi prestasi, kecekapan, produktiviti, kualiti dan kepuasan pelanggan, berapa markah hendak diberikan.

Saya kira saman ekor yang berkesan adalah sekiranya saya melakukan kesalahan memandu melampaui had laju pada tujuh hari lalu dan kemudian saya menerima notis pada hari ini. Bukannya selepas tujuh tahun saya melakukan kesalahan, baru hari ini saya menerima notis tersebut.

Mujur juga belum ada sakit jantung. Kalau tidak, tak mustahil jandalah isteri saya dan yatimlah anak-anak saya yang sedang bersekolah sekarang sebab terkejut menerima notis saman dari PDRM.

DANG RANI

Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Tiada ulasan: