KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100715

Kes Ragut pula berleluasa di Senawang



Nampaknya Senawang sudah menjadi kawasan hitam. Bukan kes pecah rumah semakin menjadi-jadi, kes ragut pun semakin menjadi-jadi. Bukan sekali diragut, malah orang yang sama telah diragut kali kedua. Malaysia bukan lagi negara selamat, adakah rakyat perlu sentiasa mengikat keris atau parang di pinggang untuk menjaga keselamatan diri ?

Kisah sebelum ini :
Jenayah berleluasa kerana JKKK bergaduh
http://waghih.blogspot.com/2010/07/jenayah-berleluasa-kerana-jkkk-bergaduh.html
Kes pecah rumah tidak terkawal lagi di Lavender Height , Senawang http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-semakin-tak-terkawal-di.html
Kes pecah rumah berleluasa di Taman Alamanda , Senawang http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-berleluasa-di-senawang.html

*************************
Trauma diragut kali kedua
Sinar Harian 15 Julai 2010

REMBAU - Belum pun reda dengan kejadian ragut dialami sebelum ini, seorang gadis terpaksa melalui situasi sama apabila diragut kali kedua.

Nini Nur Dilla Mohamad Zura, 26, berkata, walaupun peragut tidak berjaya meragut begnya namun kesan daripada kejadian itu masih dirasai.

Mengimbau kembali kejadian, ketika itu Nini Nur Dilla berjalan kaki dari Pejabat Pos Taman Tuanku Jaafar untuk ke tempat kerja di kawasan berhampiran tanpa menyedari dia diekori sebuah motosikal.

Menurutnya, peragut terbabit gagal mendapatkan beg tangannya kerana dia berjaya menariknya semula.

"Namun akibatnya saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan tangan kerana terseret di jalan raya.

"Semuanya berlaku terlalu pantas. Apa yang saya nampak, ada pembonceng motosikal cuba menarik beg tangan tetapi gagal. Selepas melihat saya jatuh, mereka terus memecut laju. Mujurlah kecederaan yang dialami tidak serius,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Selemak, di sini.

Nini Nur Dilla berkata, laporan polis dibuat sehari selepas kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau kerana kesihatan diri yang tidak mengizinkan, ditambah pula dengan trauma dialaminya.

“Kejadian kali kedua ini benar-benar buat saya fobia untuk berjalan seorang diri kerana bahaya sentiasa ada di mana-mana. Lagipun kawasan ini (Taman Tuanku Jaafar) dihuni ramai warga asing.

“Sebelum ini pun di kawasan sama, saya pernah diperas ugut seorang warga asing yang terdesak sewaktu berjalan kaki ketika pulang dari tempat kerja. Disebabkan rasa bimbang mengenai keselamatan diri, saya memberikan wang kepadanya supaya melepaskan saya,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu meningkatkan rondaan supaya kejadian tidak berulang.

"Soal keselamatan perlu dipandang serius bagi memastikan kawasan di sini selamat daripada jenayah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955160.asp

Tiada ulasan: