KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100722

OKU yang tabah di Pasar Malam Rembau, JOM bantu


Encik Mohd Noor adalah merupakan seorang OKU (masalah penglihatan). Beliau menyara kehidupan dengan menghibur orang ramai di Pasar Malam Chembong , Rembau , Negeri Sembilan. Beliau bukan peminta sedekah , beliau seorang yang tabah dan berdikari serta tidak ingin menyusahkan orang lain apatah lagi menipu orang lain.

Dimaklumkan untuk beliau mendapat rezeki melalui sumbangan orang ramai dengan kebolehan beliau mengiburkan orang yang lalu lalang , Encik Mohd Noor akur dengan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Rembau dengan membuat bayaran sebanyak RM 362.00 untuk bayaran pasar malam , plet lesen , deposit pasar malam serta bayaran sewa petak pasar malam.

Saya mendapat maklumat dan gambar ini melalui sahabat saya Sdr Norazizi A. Aziz yang merupakan Setiausaha Keadilan Cabang Rembau.

Kepada mereka yang mengunjungi Pasar Malam Chembong ini , saya syorkan agar kita berilah sumbangan seberapa banyak yang mungkin , agar berbaloi bayaran RM 362.00 yang dikenakan kepada Encik Mohd Noor.

Encik Mohd Noor bukannya peminta sedekah, bukan warga asing, bukan penipu, bukan penipu Skim Cepat Kaya, bukan kaki rasuah, beliau seorang yang tabah.

Antara kata-kata beliau menurut Sdr Azizi ialah : ”Saya tidak punya pilihan. Saya perlu buktikan bahawa OKU seperti saya juga mampu berdikari. Saya hanya mampu menurut lunas undang-undang serta prosedur yang ditetapkan. Namun saya juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada mereka yang masih prihatin terhadap nasib OKU seperti saya.”

Mereka yang ingin mengetahui kisah lanjut Encik Mohd Noor boleh menghubungi 012 3696474 Azizi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OKU di Kelantan di tindas oleh pihak 'penguasa' .... najib_ppak@yahoo.com.my