KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100715

Kes Pecah Kedai pula berleluasa di Seremban


Indeks jenayah sebenarnya makin turun atau makin naik ? Hari demi hari berlaku macam-maca kes jenayah. Kali ni kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, Seremban di pecah masuk. Habis semua diambil pencuri termasuk duit derma orang ramai untuk Tabung Sekolah Rendah Islam Al Munawarah , Durian Tunggal , Melaka dan Tabung Anak Yatim Paroi pun disapunya.

Selamat ke tidak Malaysia ni ?

*********************
Polis diminta kerap buat rondaan di Ampangan
Faiz Abdullah

SEREMBAN, 15 Julai 2010 : Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Rashid Latiff meminta agar pihak polis melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu kerana banyak kes jenayah terutama kecurian dan penagihan dadah.

Sementara polis menjalankan tugas, beliau juga ingin menyeru kepada peniaga dan penduduk Ampangan agar turut sama mengambil langkah pencegahan dengan memasang gril besi jika mampu.

"Sekurang-kurangnya pasanglah lampu di belakang rumah atau kedai kerana ini akan meminimumkan risiko rumah atau kedai mereka dipecah masuk,” katanya.

Rashid yang juga Bendahari PKR negeri berkata, terdapat desakan daripada penduduk setempat yang memohon polis membina sekurang-kurangnya sebuah pondok di kawasan Ampangan terutama di kawasan Flat Uda.

"Kepadatan penduduk di kawasan Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail, Kampung Jiboi dan persekitaran adalah lebih 20,000 orang. Sewajarnya sebuah pondok polis harus didirikan untuk membendung dan mengawal kadar jenayah di sini," ujarnya lagi.

Sementara itu, kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, Ishak Adam, 54, dipecah masuk kelmarin.

Ishak yang merupakan pengedar utama untuk seluruh Negeri Sembilan menyedari kedainya dipecah masuk apabila memulakan perniagaan lebih kurang 7.30 pagi.

Pencuri dipercayai memasuki kedai dengan memecahkan bumbung dan siling di bahagian belakang.

Ishak mengalami kerugian lebih RM5,900 termasuk kad prabayar, rokok, wang tunai dan dua bilah keris hiasan.

Apa yang lebih mendukacitakan, turut dicuri ialah dua buah tabung derma masing-masing daripada Rumah Anak Yatim Anakku Sayang Panchor, Paroi dan Sekolah Rendah Islam Al-Munauwarah Durian Tunggal, Melaka.

Pihak pengurusan rumah anak yatim dan sekolah agama tersebut meletakkan tabung derma di kedai Ishak untuk kutipan derma ikhlas daripada orang ramai.

"Saya percaya mereka masuk dengan menyelinap daripada bumbung dan siling yang dipecahkan oleh mereka.

"Sepanjang 25 tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rahang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27621:polis-diminta-kerap-buat-rondaan-di-ampangan-&catid=53:negeri-sembilan&Itemid=98

Tiada ulasan: