KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100726

Pesakit jantung mohon sumbangan orang ramai


Sinar Harian 26 Julai 2010

SEPRI, Rembau - Adik Siti Nur Ramlah Abu Bakar mengidap penyakit jantung dan sindrom down perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Ogos ini dengan kos sebanyak RM30,000 membabitkan caj katil, makanan, prosedur pembedahan, penjagaan, ubat-ubatan dan ujian, namun malangnya jumlah itu masih tidak mencukupi.

Ibunya, Siti Meriam Ali, 43, berkata, dia tidak memiliki wang sebanyak itu, apatah lagi hidup mereka sekeluarga bergantung kepada pendapatan suami yang baru sahaja bekerja dua bulan sebagai pengawai keselamatan.

Menurutnya, sebelum ini suaminya bekerja di pasar malam untuk membesarkan sembilan anaknya yang kini meningkat dewasa dan dua lagi masih bersekolah namun suaminya terpaksa berhenti bekerja sebagai pembantu di pasar malam kerana penyakit sawan serta kencing manis yang dihidapi.

“Saya pula sememangnya tidak bekerja kerana menumpukan perhatian menjaga Siti Nur Ramlah. Saya perlu bersamanya sepanjang masa kerana dia tidak normal seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penajis Sepri, di sini.

Menurutnya, dia baru sahaja menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan buat masa ini juga pihak Baitulmal telah meluluskan bantuan untuk membiayai kos rawatan sebanyak RM2,500 sebaik sahaja rawatan dijalankan ke atas anaknya.

“Pihak JKM juga bersetuju memberi bantuan cuma jumlahnya masih tidak diketahui lagi. Apa yang merunsingkan saya ialah perbelanjaan sepanjang berada di IJN, selain tidak memiliki kenderaan sendiri untuk ke sana. Dengan pendapatan suami yang tidak menentu manalah cukup buat kami sekeluarga menampung perbelanjaan di sana,” katanya.

Malah katanya, penyakit jantung berlubang anaknya kini semakin membimbangkan apabila terdapat dua lubang yang dikenal pasti dan pembedahan perlu dijalankan dengan segera.

“Ketiadaan wang menyebabkan anak saya terpaksa menunggu untuk tempoh yang agak lama sebelum dibedah. Disebabkan itu, saya memohon masyarakat luar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi nombor akaun 05300-29-00013201-2 atas nama Siti Meriam Ali atau Siti Nur Ramlah Abu Bakar dan boleh juga menghubungi talian 0123127573.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7992929.asp

1 ulasan:

jusdelima berkata...

SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA-AMAT Bagus untuk penyakit jantung