KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100712

Jenayah berleluasa kerana JKKK bergaduh

Patutlah jenayah semakin berleluasa sekarang ini. Apa ke tidaknya Pengerusi JKKK nya bergaduh dengan mereka yang nak tubuh Rukun Tetangga. Bergaduh di Surau pula tu. Memalukan negeri dan tempat tinggal den yo. Sebelum ni orang Umno dan PAS bertumbuk dalam masjid di Melaka. Macam ni, tergelaklah para penjenayah, makin berleluasalah jenayah di Malaysia.

Jangan nak salahkan polis sahaja. Cuba tanya berapa banyap patrol car atau MPV yang ada disetiap balai, yang boleh beroperasi ? Jangan terperanjat dan jangan terkeliru dengan indeks jenayah yang rendah.

Inilah dia Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai. Kau tuduh aku CIA, aku tuduh kau CIA, akhirnya penjenayah masuk kampung kita, pecah rumah macam kacang je.

Kes pecah rumah tidak terkawal lagi di Lavender Height , Senawang http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-semakin-tak-terkawal-di.html

Kes pecah rumah berleluasa di Taman Alamanda , Senawang http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-berleluasa-di-senawang.html

Orang Umno dan orang PAS bergaduh di masjid Melaka http://waghih.blogspot.com/2010/07/jemaah-pas-dan-umno-bertumbuk-di-masjid.html

*********************************
HAMPIR DIBELASAH DI TANGGA SURAU
Sinar Harian 11 Julai 2010

SEREMBAN - Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini nyaris ditumbuk seorang penduduk yang berang apabila cadangannya untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tidak diterima, Isnin lalu.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Husin, 50an, berkata, lebih dikesali, dalam kejadian kira-kira jam 8.35 malam itu berlaku dalam kawasan surau kampungnya.

"Sebelum kejadian, seorang penduduk menyarankan supaya KRT ditubuhkan. Saya maklumkan langkah itu tidak perlu kerana kampung ini telah melaksanakan skim kepolisian masyarakat.

``Namun, seorang lelaki lain yang turut berada di surau ketika itu tiba-tiba mempertikaikan jawapan saya dalam nada suara tinggi,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, suasana di dalam surau bertukar kecoh ekoran tindakan lelaki terbabit tidak berpuas hati penjelasan diberikan.

Husin berkata, beliau kemudiannya keluar dari surau kerana tidak mahu isu berkenaan berpanjangan dan bagi menghormati rumah ibadat itu.

``Malangnya, sebaik sahaja berada di tangga surau, lelaki yang sama menghampiri saya dan menunjukkan penumbuk ke muka saya.

``Bagaimanapun, dia tidak menumbuk saya walaupun dicabar. Sebelum beredar, dia memberi amaran kepada saya supaya jangan bercakap tentang skim kepolisian masyarakat di dalam surau lagi,” katanya.

Beliau berkata, pertelingkahan antara lelaki terbabit dan dirinya turut disaksikan oleh lima lelaki lain yang berada di surau pada masa kejadian.

Menurut Husin, satu laporan dibuat di Balai Polis Paroi dekat sini, sehari selepas itu kerana bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga susulan insiden kurang menyenangkan itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7934570.asp

*********************************
TUJUH KALI DIROMPAK DALAM LIMA BULAN, RUGI RM20,000
Sinar Harian 11 Julai 2010

MASJID TANAH – Sebuah keluarga di Tanjung Agas, di sini, mengalami kerugian RM20,000 akibat tujuh kali dirompak dalam tempoh lima bulan.


Terbaru, kejadian 6 Julai lalu, berlaku jam 2.30 pagi dan 5.30 pagi pada hari sama menyebabkan mereka kehilangan sebuah motosikal jenis LC dan empat telefon bimbit.

Mokti@Khalid Lebai Hitam, 65, berkata, kehilangan motosikal dan empat telefon bimbit berkenaan disedari anak perempuannya ketika membuka pintu pada jam 7.30 pagi.

“Dalam kejadian pertama jam 2.30 pagi, kehilangan empat telefon bimbit, saya dan anak membuat laporan polis dan pulang semula selepas itu, tetapi perkara sama berlaku pada jam 5.30 pagi.

“Pagi Selasa itu, anak perempuan saya mengambil kunci dan mahu keluar pada jam 7.30 pagi dan menyedari motosikal jenis LC milik abangnya sudah tiada di hadapan rumah,” katanya.

Khairul Azhar Mokti, 27, berkata, kejadian berlaku ke atas keluarganya adalah dipercayai perbuatan orang sama dan memasuki rumahnya melalui tempat sama.

“Sejak kali pertama rumah ini dipecah masuk, perompak itu menggunakan laluan sama dengan mengumpil tingkap bahagian belakang rumahnya,” katanya.

Badrul Hisham Mokti berkata, ketika menuju ke Kuala Sungai Baru pada hari itu, dia terserempak suspek dipercayai memakai baju, seluar dan kasut miliknya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljit Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan Curi Kenderaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan Pecah Rumah.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7938209.asp

Tiada ulasan: