KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060730

Gejala Murtad Makin Kritikal !! 9 Ogos Senawang

Ceramah Isu Terkini !!
Gejala Murtad Semakin Serius ! Adakah anak-anak kita terancam ?
Kupasan isu Kumpulan Artikel 11, IFC dan Lina Joy serta sokongan penuh umat Islam terhadap Mufti-Mufti dan kenyataan Perdana Menteri supaya Kumpulan Artikel 11 dan IFC tidak campurtangan isu kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia

Oleh : Sdr Zulkefly Mohamad Omar – AJK FORKAD (Front Bertindak Anti Mutad)
RABU 9 Ogos 2006
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
(Belakang Pasaraya Giant Senawang, antara Taman Desa Dahlia dan Taman Satria)

Muslimin dan Muslimat Semua Dijemput Hadir

Anjuran :
FORKAD (http://groups.yahoo.com/group/forkad )
TERAS
Surau Taman Alamanda

PANTANG Umat Islam Malaysia DICABAR !!! 5 Ogos Masjid Negara

Seperti yang dimaklumi, isu-isu yang berkaitan dengan cabaran ke atas status Islam di Malaysia dewasa ini sudah boleh diklasifikasikan sebagai meruncing.

Di samping usaha-usaha yang telah berjaya dilakukan oleh pelbagai pihak yang prihatin, untuk menambah dan mengukuhkan usaha tersebut, PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG, MALAYSIA (ALKIS) dengan kerja sama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mencapai persetujuan untuk menjayakan program seperti di bawah:

Program : Forum Islam di Malaysia Tercabar?
Tarikh : SABTU 5 Ogos 2006 8.30pg
Tempat : Dewan Muktamar Pusat Islam, berhampiran Masjid Negara

Panel (yang telah confirm) :
Dato' Osman Desa (SU Politik PM)
Ust Ahmad Awang (Mantan YDP PUM)
Tn Hj Azmi Hamid (Pengerusi TERAS)
Zainur Zakaria (Pengerusi PPI, Mantan Presiden Majlis Peguam)

Pembentang Isu - Nasir Desa, Jabatan Peguam Negara
Moderator - Prof. Madya Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan, Pensyarah Universiti Malaya

SEMUA UMAT ISLAM YANG PRIHATIN DIJEMPUT HADIR

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
tel:// 013-3252167 - Shahool Hameed
email:// sekretariat@alkis.org.my

PERSATUAN ALUMNI KOLEJ ISLAM KLANG, MALAYSIA (ALKIS)
http://www.alkis.org.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=67&Itemid=27

CELAKA Israel !! Seremban 31 Julai

ROADSHOW 1 : Ceramah dan Tayangan Multimedia Isu Terkini Di Palestin

Oleh : Dr Zainurrasshid bin Zainuddin (International Medical University, Sukarelawan AMAN Palestin)

ISNIN 31 Julai 2006 Selepas Solat Maghrib
Di Balairaya / Surau Taman Pinggiran Golf, Seremban

Anjuran : Rukun Tetangga & Belia dan Beliawanis Taman Pinggiran Golf serta Pertubuhan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Pinggiran Golf

Semua Dijemput Hadir
CELAKA ISRAEL, BOIKOT ISRAEL. BOIKOT TESCO, MCDONALD, WALT DISNEY DLL BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA

*********************************
ROADSHOW 2 : Ceramah dan Tayangan Multimedia Isu Terkini Di Palestin

Oleh : Dr Zainurrasshid bin Zainuddin (International Medical University, Sukarelawan AMAN Palestin)

AHAD 13 Ogos 2006 Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua Dijemput Hadir
CELAKA ISRAEL, BOIKOT ISRAEL. BOIKOT TESCO, MCDONALD, WALT DISNEY DLL BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA

20060727

Jahanam Israel, Boikot Tesco, Henti Rokok !

Buktinya : Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan YahudiWillesden , London, England

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat “search” di internet dengan menaip “Tesco Jewish” dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

Dari Laman Web Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm
Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Senarai Barangan Boikot

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.

Strategi Untuk Memurtadkan Orang Melayu Islam

A. Strategi Untuk Memurtadkan Orang Melayu Islam
1. Pikat perempuan Melayu, ajak mereka berkahwin. Perempuan Melayu perlu murtad dahulu untuk berkahwin dengan lelaki agama lain.
2. Lalaikan Melayu dengan dadah, hiburan melampau, mat rempit, lepak, bohsia dll
3. Pecah belahkan institusi masyarakat Melayu terutama institusi masjid dan surau
4. Pecah belahkan antara Melayu berfahaman Islam fundamental , berfahaman Islam tradisi, tasauf dan sebagainya
5. Wujudkan kumpulan Melayu Islam Liberal, Islam Plural dan sebagainya
6. Wujudkan banyak kedai makan, restoran yang tidak halal tetapi dapat memperdaya orang Melayu Islam pergi makan.

B. Strategi Untuk Melawan Gerakan Murtad
1. Perkukuhkan institusi masjid dan surau tanpa membezakan jurang fahaman politik, mazhab dan sebagainya
2. Perkukuhkan institusi masyarakat Melayu tanpa membezakan jurang fahaman politik, mazhab dan sebagainya
3. Perkukuhkan institusi keluarga.
4. Asas Tiang Agama iaitu Solat diperkukuhkan.
5. Sentiasa mengikuti kuliah di masjid dan surau. Dampingi mufti, ulamak dan pendakwah
6. Sokong ekonomi, perniagaan orang Melayu Islam, terutama bidang makanan dan minuman

Semua Umat Islam Doakan Ibu Lina Joy !!!

Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajjat dan berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama anak gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini

--- ~CyberRyder~
Date: Thu, 27 Jul 2006 17:00:31 +0800
From: ~CyberRyder~ Subject: Fwd: Fw: Menziarahi keluarga Azlina Jelani (Lina Joy)


Assalamu'alaikum,

Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin da! ri UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang
perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia.

Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah). Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran ! dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion)

Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan
sempurna. Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut
dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila
kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna!

Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.
Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".

Kata kakanya, Azlina ni very vocal! , firm, English speaking dan agak dominant da! lam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya
kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad.

Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk
berkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harap! an mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya.

Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Wassalam. al Qurawiyy.

20060726

Program Munajat Pelajar 26 Ogos di Masjid Ampangan

Program Motivasi dan Munajat Peperiksaan 2006

Tarikh : 26 & 27 Ogos 2006 ( Sabtu dan Ahad )
Tempat : Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban
Sasaran Peserta : Pelajar yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM & STPM
Yuran peserta : Cuma RM 20 seorang
Tarikh tutup pendaftaran : 20 Ogos 2006

Untuk pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi atau SMS ke :
Hj Norazman b Hj Mohamad 019-6400062
En Rosli b Che Man 019-6547354
Pn Hamnah bt Husain 019-2214706

Anjuran : Biro Belia dengan kerjasama Biro Muslimat Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban

TENTATIF PROGRAM
SABTU 26 Ogos 2006
7.30 am – Pendaftaran
8.45 am – Taklimat & Budaya Program
9 am – Memburu Kecemerlangan oleh Us Zulkarnain b Itam (GPK1 SMA Dato Hj Mustafa)
10.30 am – Kudapan
11 am – Tips Kecemerlangan Peperiskaan oleh En Abd Halim b Sulaiman (Pengetua SMA Sains Kuala Pilah)
12.30 pm – Makan tengahari, solat Zuhr
2.30 pm – Menggalas Amanah oleh En Zamzan Omar (Kaunselor SMKA Pedas)
4.30 pm – Minum petang, solat Asr
5 pm – Sesi bersama ibubapa dan penjaga, Ceramah Motivasi Kekeluargaan oleh Ustazah Nik Norsaha bt Nik Mohamad (SMA Dato Hj Tan Ahmad, Jelebu)
7.15 pm – Solat Maghrib, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dipimpin oleh Us Hj Mohd Muhsin b Sheikh Ahmad (Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban)
9 pm – Solat Isya, makan malam, taklimat Qiamullail dan urus diri

AHAD 27 Ogos 2006
4.30 am – Qiamullail
6 am – Solat Subuh dan Kuliah Subuh oleh Us Syuhada b Mahmud, Imam Masjid Jamek Tunku Besar Tampin
7 am – Resolusi dan Penyampaian Sijil
7.30 am – Sarapan pagi
8 am - Bersurai

Program SMART Solat Masjid Ampangan 12 Ogos

Program Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad saw & Forum Perdana Sambutan Isra dan Mi’raj

Sabda Nabi Muhammad saw : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku menunaikan solat”

Tarikh : SABTU 12 Ogos 2006
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban, NS

A. Program Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad saw
7.30 am – Pendaftaran
8.30 am – Rahsia Solat Khusyuk oleh Us Sofhan Halim (Madrasah Al-A’liyah)
10.30 am – Rehat & minum
11 am – Sifat Solat Nabi : Teori dan Praktikal oleh Us Khusyairi Hamdan (Imam Surau Bandar Seremban Selatan)
1 pm – Rehat, makan tenghari, solat Zuhr
2 pm – Solat Jamaah : Teori dan Praktikal oleh Us Syuhada’ Mahmud (Imam Besar Masjid Jamek Tunku Besar Tampin)

Yuran penyertaan cuma RM 20 termasuk makan pagi, makan tengahari dan kertas kerja
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi atau SMS nama, alamat, tajuk Program Sifat Solat Nabi ke :
Us Safrizal b Tarmizan – 019-3098979
Us Danial Farhan b Dolmat – 017-3879630
Us Norazman b Mohamad – 019-6400062
Anjuran : Biro Dakwah Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan

*************************************
B. FORUM PERDANA ISRA’ & MI’RAJ
Tarikh : SABTU 12 Ogos 2006
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban, NS
Masa : Selepas solat Maghrib
Tajuk : SEGALANYA BERMULA DI SINI …..

Ahli Panel :
Ustaz Abd Ghani Zaighu (Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin)
Ustaz Norazamir b Alias (Pegawai Agama Islam Daerah Rembau)

20060723

MESTI TonTon ! Masjid BB Senawang Sabtu 29 Julai

Islam Dan Isu Antarabangsa : Apakah Peranan Kita Sebagai Muslim ?

SABTU 29 JULAI 2006
JAM 8 MALAM
DI Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Bersama :
TN HJ AHMAD AZAM BIN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Global Peace Mission
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM
Pengarah Pengasas Union of Islamic NGO’s Islamic World

MESTI TONTON !

Anjuran ABIM NS & Masjid Bandar Baru Senawang

Kumpulan Anti Murtad Tumbuh Macam Cendawan

Setelah Islam dihina, gerakan memurtadkan orang Islam khususnya orang Melayu di Malaysia ini berleluasa, begitu banyak Kumpulan Anti Murtad terbentuk di Malaysia sekarang ini. Terbaru ialah FORKAD singkatan untuk Front Bertindak Anti Murtad yang sekarang ini sedang mengedar beratus-ratus ribu risalah bertajuk “ISLAM DIHINA! UMMAT ISLAM DICABAR..! APA TINDAKAN KITA ke seluruh Malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FORKAD sila ke laman web berikut http://groups.yahoo.com/group/forkad

Untuk mendapatkan maklumat terkini sila hantar e-mel kosong ke forkad-subscribe@yahoogroups.com

KAMI BERDIRI TEGUH DIBELAKANG RAJA-RAJA MELAYU DAN MUFTI-MUFTI MALAYSIA !!!!

Rayuan Sumbangan Semurni Kasih di Sabah

Yayasan Amal Malaysia akan menjalankan Program Semurni Kasih pada bulan Ogos 2006. Dalam program ini mereka akan memberikan sumbangan Al Quran, Muqaddam, Sejadah, Telekung, Kain Pelikat, Baju Melayu, Jubah, Iqra dan sebagainya. Sumbangan ini akan diagihkan kepada keluarga miskin, anak-anak yatim, pelajar-pelajar serta saudara baru (mualaf) di kawasan Sabah.

Justeru itu adalah diharapkan umat Islam di Semenanjung Malaysia ini khususnya dapat menyalurkan sumbangan yang baik, iaitu bahan yang baru, bukannya barangan yang terpakai sebelum 31 Julai 2006.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Sufian Ibrahim 013-3589328 atau melalui e-mel xupmxutm@yahoo.com

Kuliah Mingguan Muslimat Masjid Bandar Baru Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimat sekitar Masjid Bandar Baru Senawang dijemput hadir ke :

Kuliah Mingguan Muslimat
Hari : Setiap hari Sabtu
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Muslimat Masjid Bandar Baru Senawang

Taman-taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
Flora, Ixora, Teratai, Kobena, Bandar Senawang, Senawang Indah, Jasmin, Widuri, Anggerik, Alamanda, Dahlia, Satria, Desa Melor, Kuarters Balai Polis Senawang

20060722

Borang 1 juta tandatangan lawan murtad Malaysia

Borang 1 juta tandatangan lawan murtad Malaysia
Dilampirkan borang Kempen Tandatangan sekurang-kurangnya 1 juta umat Islam di Malaysia untuk menentang gerakan terancang memurtadkan orang Islam terutamanya orang Melayu di Malaysia ini.

Sila cetak, edarkan, dapatkan tandatangan dan pos, e-mel atau faks ke :
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa
No. 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tal : 03-77106900 / http://ai-nidaa.com.my / urusetia@al-nidaa.com

Jika tidak menerima lampiran borang boleh buat sendiri borang menggunakan perisian Excel.

Tuliskan tajuk : SOKONGAN KEPADA PEGUAM PEMBELA ISLAM MALAYSIA
Buat 5 kolum : BIL , NAMA , NO K.P., TALIPON/E-MEL/ALAMAT DAN TANDATANGAN
Tulis dibawah sekali :
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa,No. 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tal : 03-77106900 / http://ai-nidaa.com.my / urusetia@al-nidaa.com

Ekspo Usahawan Terbesar N.Sembilan 4-6 Ogos

Jangan Lepaskan Peluang Ini !!
Ekspo Usahawan MARA (Zon Selatan)

Tarikh : 4 - 6 Ogos 2006 (Jumaat – Ahad)
Jam 10 pagi hingga 10 malam
Di Seremban Plaza, Jalan Dato’ Muda Linggi, Seremban ( berhampiran Allson Klana Resort )

Antara Aktiviti Yang Pasti Menarik !!
Gerai-gerai jualan usahawan dari seluruh Malaysia
Pertandingan dan hadiah-hadiah menarik
Klinik usahawan oleh MARA, Bank Pembangunan, Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Jabatan Koperasi, SIRIM, PKNNS dan banyak lagi !
Program keusahawanan oleh MARA
Kemudahan premis perniagaan di Zon Selatan

Tunggu Apa Lagi ?

Hubungi Pejabat MARA N.Sembilan 06-7622429 atau faks 06-7626478

DATANG ! JANGAN TAK DATANG !

Jahanam Israel, Jahanam Amerika 28 Julai ini di KL

Ayuh teruskan bantahan kita. Hadiri Demonstrasi Besar Besaran 100,000 Orang Umat Islam Malaysia untuk membantah dan mengutuk kekejaman, kezaliman, kebiadaban tentera pengganas rejim zionis selepas Solat Jumaat 28 Julai di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Mana yang boleh ambil cuti, ambil cuti. Mana yang tidak boleh ambil cuti , taja sesiapa yang sanggup pergi tetapi tidak mampu.

JAHANAM ISRAEL ! JAHANAM AMERIKA !

Palestin Di Hati Ku – 13 Ogos , Senawang

PALESTIN DI HATI KU

CERAMAH DAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Oleh : DR ZAINURRASHID - International Medical University, Sukarelawan AMAN Palestin

AHAD 13 OGOS 2006
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
DI MASJID BANDAR BARU SENAWANG, N.SEMBILAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

20060721

Motivasi SPM Sambil Bersantai di PD 5-6 Ogos

Program Kecemerlangan SPM

Sertai program kecemerlangan SPM selama 2 hari sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba.

Tarikh : 5 – 6 OGOS 2006 (Sabtu 9 pagi & Ahad 5 ptg)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Port Dickson
Yuran Pendaftaran : RM180.00
- Bayaran merangkumi penginapan, makanan, fail dan bahan program.
- Pembatalan : Jika dibuat 12 hari sebelum program yuran akan dikembalikan.
- Jika dibuat pada hari seminar, yuran tidak akan dikembalikan tetapi peserta
boleh diganti.

Dikendalikan oleh:
En. Shamsuri Abdullah - MSc (IT) (UUM), BSc (Econ) (Hull), Dip. Training & Development (Leicester) & Cert. Ed (MPT).

Berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan sesi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi di Malaysia

MANAFAAT PROGRAM
Penyerlahan Potensi Diri , Pembinaan Matlamat, Teknik Membaca Berkesan,Teknik Membuat Nota Berkesan, Teknik Mengingat Berkesan,Teknik Menghadapi Peperiksaan, Pengurusan Masa, Perancangan Strategik Peribadi

KONSEP
Konsep program adalah secara holistik(bersepadu)
Pemupukan persepsi yang betul terhadap kemampuan diri.
Pembentukan sahsiah diri yang positif
Berlandaskan Tasawwur Islam.
Penekanan kepada kepentingan ilmu
Keperluan mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran
Pembentukan peribadi Muslim sejati
Teknik belajar yang berkesan untuK skor A dalam SPM

KAEDAH PROGRAM
Syarahan, perbincangan, latihan/amali dan permainan

ANJURAN
JBI Training Centre
No. 9, 1st. Floor, Jln Bunga Raya 8, Senawang Business Centre, 70400 Taman Tasik Jaya, Seremban, N. Sembilan

Maklumat Lanjut Hubungi
En. Ahmad Zamali tel: 06 – 679 5677 atau 017-7499720
Atau e-mel ke En Shamsuri cengal58@yahoo.com

Pendaftaran On Line (Sila isi maklumat berikut)
Nama Penuh Peserta:
No. Kad Pengenalan :
Sekolah :
No. Tel:
Alamat:

Bayaran dalam bentuk tunai/cek atas nama “JBI TRAINING CENTRE”

20060720

Palestin Di Hati Ku – Senawang 13 Ogos 2006

Ceramah dan Tayangan Multimedia Palestin
Tajuk : “Palestin Di Hati Ku”

Penceramah :
Dr Zainurrashid Zainuddin
(Pensyarah International Medical University, Sukarelawan Aman Palestin)

Tarikh : Ahad 13 Ogos 2006
Masa : Selepas solat Maghrib ( 8 malam )
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua Dijemput Hadir

Peniaga Melayu Pasar Rembau Lingkup, Gulung Tikar

Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang meliputi kawasan seluas 402.76 kilometer persegi. Terdapat 17 mukim yang terdiri daripada 204 buah kampung dalam daerah Rembau. Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Rembau menjadi kebanggaan orang Melayu yang penuh dengan adat dengan usianya yang hampir setengah abad.

Sekarang Rembau tidak kurang hebatnya. Menara Masjid Jamek Rembau yang tinggi dari jauh dapat dilihat apabila kita memandu menghampiri pekan Rembau. Diwaktu malam pula persimpangan jalan utama di pekan Rembau disinari cahaya lampu jalan yang pelbagai corak dan warna yang amat terang benderang. Malah pekan Rembau masih mengekalkan stesen keretapinya yang penuh nostalgia.

Masuk ke pekan Rembau Pasar Baru Rembau adalah merupakan satu lagi mercu tanda. Dengan kos pembinaan RM 3 juta, pasar ini telah beroperasi sepenuhnya pada awal Mei 2006. Namun disebalik bangunan pasar ini yang tersergam indah timbul pelbagai pertanyaan.

Hari demi hari para peniaga di pasar Rembau ini mengeluh. Masalahnya pelanggan yang datang ke pasar baru ini tidaklah seramai pelanggan yang datang seperti mereka berniaga di pasar lama yang terletak beberapa meter sahaja dari pasar baru ini.

Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan bangunan pasar baru yang bernilai RM 3 juta ini. Nak katakan para peniaga ini baru nak belajar berniaga, rata-rata yang berniaga di pasar ini adalah mereka yang berniaga di pasar lama. Nak katakan orang Rembau tidak nampak atau tidak jumpa bangunan pasar baru ini, pasar baru ini terletak beberapa meter sahaja daripada tapak pasar lama. Nak katakan tiada tempat letak kereta di bangunan pasar baru, tempat letak kereta di bangunan pasar baru jauh lebih luas daripada tapak pasar lama. Nak katakan ada saingan daripada pasar terdekat, pasar lain yang terdekat ialah di Tampin atau pun Seremban yang jauhnya lebih 20 kilometer. Nak katakan rekabentuk pasar Rembau terdapat banyak dinding penghalang menyebabkan pelanggan tidak nampak gerai-gerai dalam pasar tersebut, ada juga pasar lain yang ada dinding-dinding penghalang seperti di pasar Ampangan, Seremban yang majoriti peniaganya orang Melayu. Nak katakan orang Melayu tidak pandai berniaga, dikhabarkan orang Cina yang dapat lot dalam pasar Rembau pun tidak mampu bertahan lalu menjalankan perniagaan serupa di bangunan lot kedai yang lain.

Jadi dimana silapnya hinggakan bangunan pasar baru Rembau yang harganya RM 3 juta ini tidak mendapat sambutan ? Yang pasti hari demi hari peniaga Melayu di pasar Rembau ini mula gulung tikar, dan mereka ini adalah peniaga tradisi yang pernah menjalankan perniagaan di tapak lama pasar Rembau.

Para peniaga telah mengadu kepada banyak pihak untuk membantu menyelesaikan masalah mereka, ke Majlis Daerah sudah, ke wakil rakyat sudah, ke Menteri Besar sudah, ke media cetak sudah, ke media elektronik pun sudah. Namun belum nampak lagi satu usaha yang serius secara kolektif dengan mengambil sikap berlapang dada serta bertolak ansur dilakukan.

Apakah ada pendinding atau pun hijab yang menyebabkan bangunan pasar baru Rembau ini tidak dapat menggamit kedatangan pengunjung yang biasa mengunjungi tapak pasar lama Rembau apatah lagi pengunjung baru ?

Sekiranya semua pihak mengambil sikap berlapang dada, ingin membantu bukan sahaja peniaga Melayu malah peniaga bangsa lain di pasar Rembau ini, yang akan mendapat manafaatkan bukan hanya para peniaga malah semua pihak. Para peniaga akan mendapat mencari rezeki dengan sempurna, para pelanggan dapat membeli dengan selesa, pihak Majlis Daerah Rembau pula dapat mengutip hasilnya dengan konsisten.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menarik orang ramai mengunjungi pasar Rembau. Media boleh membantu mempromosi, agensi kerajaan ataupun swasta boleh mengadakan hari bersama pelanggan di pasar Rembau. Boleh juga diadakan beberapa aktiviti sampingan untuk menarik orang ramai mengunjungi pasar Rembau seperti beberapa pertandingan dan peraduan , seperti Peraduan Teka Kacang percuma dan sebagainya yang dianjurkan oleh pelbagai agensi mahu pun persatuan.

Semua pihak harus lakukan sesuatu , bukan hanya untuk menyelamatkan peniaga Melayu pasar Rembau, tetapi untuk menyelamatkan imej penduduk Rembau sendiri samada mereka mampu menjadikan pasar Rembau sehebat Pasar Payang di Kuala Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

20060718

Pemuda UMNO & PAS Bersatu Lawan Kumpulan Artikel 11

Dari segi tradisinya PAS dan Umno adalah merupakan musuh politik sejak sebelum negara merdeka lagi. Masing-masing berpegang kepada dasar dan pendekatan perjuangan yang berbeza.

Namun kedua-dua buah parti ini dianggotai rata-rata oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam. Oleh itu suka tak suka di sana samada disedari atau tidak pasti akan ada titik pertemuan dan persamaan.

Malahan dari segi pertalian darah kita lihat lantaran berasal dari satu rumpun pasti akan ada orang-orang PAS dan Umno yang mempunyai kaitan darah dan keturunan. Abangnya PAS adiknya Umno atau sebaliknya. Sehinggakan isteri Umno dan suaminya PAS pun ada.

Lalu apabila akhbar THE SUN hari ini melaporkan yang kedua-dua Pergerakkan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS Johor membantah penganjuran forum oleh Kumpulan Artikel 11 yang dijadual diadakan di JB pada hari Sabtu ini, ianya tidak menghairankan.

Kumpulan Artikel 11 yang mempelopori liberalisma dan pluralisma dalam beragama ini dijadualkan menganjurkan forum yang akan disertai anatara lain oleh Shad Faruqi dan Malik Imtiaz Sarwar dijangka membincangkan tajuk PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: PERLINDUNGAN UNTUK SEMUA.

Menurut Khalid Mohammad Ketua Pemuda Umno Johor bantahan dibuat oleh kerana adalah dipercayai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam forum itu kelak akan melibatkan isu-isu sensitif khasnya yang melibatkan Islam yang jika tidak dihalang akan pasti mencetuskan huru-hara.

Manakala menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS akan membuat laporan polis dan juga laporan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) agar majlis itu nanti dibatalkan dan penyiasatan dibuat terhadap penganjurnya.

Jelas kumpulan ini bertegas mahu meneruskan agenda mereka walaupun ditentang oleh masyarakat Islam.

Besar kemungkinan kumpulan ini akan menganggap tentangan dari parti-parti politik ini sebagai menyekat hak kebebasan mereka. Dalam hal ini kerajaan perlu bertegas dengan menyatakan adakah majlis-majlis forum yang membincangkan isu Islam sempama ini dengan maksud mahu memberikan pentafsiran semula Islam dengan menyuntik idea liberalisma dan pluralisme boleh diteruskan ataupun tidak.

Saya kira jika benar kumpulan ini ikhlas dan mahu mencari penyelesaian mereka sepatutnya mengambil inisiatif untuk duduk dan berbincang dengan pakar-pakar agama. Dengan menjaja dan menaja individu seperti Shad dan Malik yang tidak memiliki AUTHORITY tentang Islam (walaupun mereka mungkin penganut Islam) hanyalah akan mencetuskan seribu-satu kekeliruan dan kekusutan.

Mungkin selepas ini satu lagi titik persamaan boleh diteroka. Mungkin mereka boleh pula bersama-sama berarak ke Kedutaan AS bagi menuntut AS agar jangan memberikan sokongan dan bantuan kepada Regim Haram Israel yang pada saat ini sedang teruk melanyak dan membunuh umat Islam di Palestin dan Lubnan.

Biar umat Islam di Palestin dan Lubnan melihat sokongan secara terbuka Pemuda-pemuda Islam di Malaysia yang sanggup berarak menyatakan sokongan terbuka mereka
Kepada rakyat kedua-dua buah negara itu.

posted by Roslan SMS

Jom Minum Teh Sambil Bantu Palestin 29 Julai ini !

Majlis Hi Tea PALESTINTarikh : SABTU 29 Julai 2006
Masa : 2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Dewan Persidangan Junior, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

Penceramah :
Dr Hafidzi Mohd Noor – Sejarah Pergolakan di Palestin
Azahari Abd Kadir – Peranan Masyarakat Malaysia Menangani Isu Palestin
Prof Madya Dr Maznah Daud – Tanggungjawab Muslim Membela Rakyat Palestin
Maszlee Malik – Maklumat terkini dari bumi Palestin (yang baru kembali dari Beirut)

Anjuran : JIM Daerah Hulu Langat
Hubungi :
013-3670142 (Syed Omar)
012-6349160 (Norzuriati)
013-363 4400 (Hasbullah)

PALESTIN BERDARAH ….. BANGKITLAH !!!

Harga Tiket RM50 seorang atau RM500 semeja

20060717

Melayu Telah Di Bangangkan Sejak Sekian Lama !!!

Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.

Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.

Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.

Diterjemah dari laman web http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=27058&hl=

Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api. Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk “Beberapa Pertemuan Di Tembeling”. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.

Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke sekutunya di India iaitu Zamorin dari Calicut.

Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang kaya. Meriam-meriam orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat menghancurkan kapal-kapal perang Eropah ; antaranya Syarikat Belanda India Timur hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18 apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan. Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari kualiti yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun orang Belanda yang memulakan peperangan).

Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua meriam yang berukuran 22 kaki dan 7 inci. Meriam-meriam ini amat berjasa dalam mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas di tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar Pattani telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam, Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa. Yang satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand.

Alahai, Melayu dibangangkan sejak sekian lama, yang lelaki dengan imej keris dan perempuan dengan imej berkemban. Sepatutnya lelaki dengan imej pistol atau senapang dan perempuan dengan tudungnya. Melayu lebih canggih dan mempunyai kepakaran yang bukan setanding tapi lebih hebat dari orang Eropah, walaupun dengan berBahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi.

Taman Desa Dahlia Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun

Senawang 16 Julai – Pasukan dari Taman Desa Dahlia telah menjadi juara Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun menewaskan pasukan dari Taman Alamanda 2 – 0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Padang Taman Alamanda hari ini. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Masjid Bandar Baru Senawang sebagai sebahagian daripada aktiviti Sukaneka dan Hari Keluarga Masjid Bandar Baru Senawang yang akan diadakan pada 19 Julai 2006 nanti bermula jam 8.30 pagi.

Sementara itu pasukan dari Taman Kobena telah mendudukki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan dari Taman Anggerik 1-0.

Sebanyak 10 pasukan dari taman-taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

Usaha pihak Masjid Bandar Baru Senawang ini telah merapatkan ukhuwwah masyarakat Islam di sini yang terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, keluarga, pendidikan serta fahaman politik. Ini membuktikan acara sukan yang berlandaskan pandangan Islam secara tidak langsung dapat merungkaikan permasalahan masyarakat.

Berikut ialah keputusan penuh perlawanan :
Akhir : Dahlia 2 – Alamanda 0
Penentuan tempat ke 3 : Kobena 1 – Anggerik 0

Separuh akhir :
Alamanda 1 – Kobena 0
Dahlia 2 – Anggerik 0

Pusingan awal :
Senawang Indah 5 – Jasmin 0
Dahlia 2 – Teratai 0
Desa Melor 0 - Anggerik 1
Kobena 1 – Satria 0
Ixora 0 – Alamanda 2
Dahlia 2 – Senawang Indah 0

20060715

Kempen 1 juta tandatangan lawan kafir Malaysia

Pertemuan Satu Juta Umat
“PERTAHAN AQIDAH , TEGAKKAN SYARIAH”

Forum : Syariah Dan Cabaran Semasa

AHAD 23 JULAI 2006
Jam 9 pagi

Di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Anjuran :
Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan
TERAS Pengupayaan Melayu

Dengan kerjasama : JAWI

Maklumat lanjut hubungi : 012-8384312

20060714

Taklimat Hidup Mati Islam di M’sia 16 Julai ini !!

Assalamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat semua,

Saya panjangkan jemputan di bawah:

PENTING DAN SEGERA: PERBINCANGAN KHAS TINDAKAN NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU LINA JOY
---------------------------------------------

Rujukan Kami : 2 dlm 108/4( A10)
Tarikh: 13 Julai 2006/17 Jamadilakhir 1427H

Kepada:

Yang Berbahagia;
Presiden/ Pengerusi / Yang Dipertua
Gabungan NGO/Yayasan/ Persatuan/
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari,

PENTING DAN SEGERA: PERBINCANGAN KHAS TINDAKAN NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU LINA JOY
----------------------------------------------------------
Didoakan semoga Y.Bhg.Tan Sri/ Dato’/Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari, sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.

Ada beberapa perkembangan perbicaraan kes Lina Joy yang kini cuba diambil kesempatan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, satu sidang taklimat dan perbincangan tindakan susulan yang perlu bagi mobilisasi isu ini dipelbagai peringkat masyarakat.

Perkembangan kes Lina Joy (Azalina Jailani) ini sangat penting kerana, implikasi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan kelak, sekiranya memihak kepada penukaran nama dan tafsiran mengenai Artikel 11 sebagaimana yang penghujahan peguam pemerhati yang menyokong pihak Lina Joy akan memberi implikasi yang sangat serius dalam perundangan negara sekaligus memberi kesan langsung kepada institusi dan seluruh peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam.

Oleh yang demikian pimpinan dari organisasi Y.Bhg.Tan Sri/ Dato’/Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari diundang untuk hadir di perbincangan tersebut seperti mana butiran berikut:

Tarikh : 16 Julai 2006 / 20 Jamadilakhir 1427H (Ahad)
Tempat : Bilik Seminar 1, Anjung Rahmat, Jalan Gombak, Gombak, Selangor.
(Lokasi tempat-layari laman web ABIM: www.abim.org.my )
Masa : 2:30 petang
Agenda :
1. Ucapan aluan
2. Taklimat dan penerangan oleh barisan Peguam
3. Sesi perbincangan & menyusun pelan tindakan
4. Rumusan/Resolusi perbincangan dan bersurai

Sehubungan itu, adalah diharapkan kehadiran dan partisipasi aktif organisasi Y.Bhg.Tan Sri/ Dato’/Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari akan membantu menjayakan usaha murni mempertahankan Islam dan memastikan keharmonian serta kepentingan kita dalam masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. SILA PANJANGKAN JEMPUTAN INI KEPADA INDIVIDU /NGO-NGO /PERTUBUHAN LAIN. SOKONGAN DAN KEHADIRAN RAMAI AMAT DIALUKAN.

Sila maklumkan kehadiran pihak Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari melalui Sekretariat ABIM dengan menghubungi:

Setiausaha Agung ABIM: Sdr. Khairul Arifin (SMS 0193691377: taipkan ,, ,
Sekretariat ABIM Pusat (Saudari Hilwah/Saudari Marlinda)
No Tel: 03-61880300
Emel: arifin@abim.org.my / sap@abim.org.my
Fax: 03-61896700

Sekian, terima kasih, Wassalam

Yang Benar;
YUSRI MOHAMAD
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Merangkap Pengerusi ACCIN
(Allied Co-Ordinating Committee of Islamic
Non-Government Organisations, Malaysia-ACCIN)

20060711

Mampukah ATM mempertahankan negara ?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah banyak berjasa kepada negara. Bermula daripada Perang Dunia Kedua hinggalah ke era komunis , ATM telah memberikan khidmat mempertahankan negara demi menjaga keselamatan dan keamanan rakyat di negara ini.

Namun apakah kemampuan ATM sekarang ini dapat mempertahankan negara dari sebarang anasir yang boleh mengancam keselamatan negara ? Mengapakah Amerika Syarikat sebelum ini meragui kemampuan ATM untuk menjaga Selat Melaka dari ancaman lanun dan pengganas hinggakan mereka mendesak untuk menempatkan tentera mereka di Selat Melaka ?

Jika dibandingkan kemampuan dan keupayaan pertahanan negara kita Malaysia dengan jiran kita Singapura dari segi pertahanan darat, ternyata Singapura mempunyai keupayaan pertahanan yang jauh lebih besar walaupun keluasan Singapura hanyalah 699 kilometer persegi berbanding Malaysia yang mempunyai keluasan 329,758 kilometer persegi.

Tentera Singapura mempunyai 2646 kereta kebal tempur, kereta kebal ringan dan kereta perisai berbanding ATM yang hanya mempunyai 1087 kereta kebal ringan dan kereta perisai. Ini bermakna Tentera Singapura mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk setiap 0.26 kilometer persegi manakala ATM hanya mempunyai 1 kereta kebal atau kereta perisai untuk setiap 303 kilometer persegi.

Kekuatan pertahanan Tentera Singapura adalah begitu luar biasa walhal keluasan Singapura yang seluas 699 kilometer persegi adalah lebih kecil berbanding dengan negeri Perlis yang luasnya 810 kilometer persegi.

Angkatan Tentera Malaysia hanya mempunyai 26 kereta kebal ringan Scorpion, 184 kereta perisai Sibmas, 211 kereta perisai Adnan, 111 kereta perisai K200 KIFV, 460 kereta perisai Condor, 25 kereta perisai Stormer, 70 kenderaan peninjau Harimau. 62 kereta kebal tempur PT91M sedang ditempah oleh Malaysia.

Sementera Tentera Singapura pula mempunyai 100 kereta kebal tempur Centurion, 350 kereta kebal ringan AMX-13SM1, 24 kereta perisai AMX-10P, 22 kereta perisai AMX-10PAC90, 100 kereta perisai Bionix II, 300 kereta perisai Bionix, 300 kereta perisai Bionix 40/50 , 200 kereta perisai V-200, 250 kereta perisai V-150, 700 kereta perisai M113 ULTRA, 300 kereta perisai M113 ULTRA OWS

Adalah agak membimbangkan dikala kemampuan pertahanan negara dipersoalkan oleh negara luar, menteri-menteri di Malaysia ini masih memikirkan bagaimana untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengadakan lebih banyak pesta, konsert, karnival, melanjutkan waktu operasi kelab malam hingga 5 pagi, mengurangkan cukai arak dan sebagainya.

Bagaimana negara mampu mempertahankan negara sedangkan peralatan tenteranya jauh ketinggalan dengan negara jiran dan dalam pada masa yang sama para remaja, belia dan golongan tua terjebak dengan pelbagai gejala sosial dan penyakit masyarakat, leka dengan hiburan, leka dengan dadah, leka dengan pil ecstasy, leka dengan arak, leka dengan perlumbaan dan sebagainya.

From Wikipedia, the free encyclopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Army
http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Army

Akhil D'Riyadh - Aku, Rock dan Dakwah

Petikan Dari Blog http://rockterusrock.blogspot.com/

WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya ramai rockers yang mengenali D’Riyadh. Band yang dianggotai empat anak muda dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan menghasilkan album sulung – ‘Media 88-89’.

Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E (dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute dan hensem!

D’Riyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 37, yang sudah ‘berhijrah’ dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan pendakwah bebas.

Atas bantuan saudara Aliph (rakan se’rock’ aku), kami berdua sempat duduk berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.

Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu, bila mendapat hidayah dan pengalamannya.

Apa aktiviti sekarang?

Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam. Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh negara termasuk la Singapura.

Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team. Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.

Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?

Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri kahwin kan? Pengalaman pertama D’Riyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada 1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording contract daripada PMC.

Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. D’Riyadh sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul habis la! Tak terlawan la masa tu.

D’Riyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?

Heheh… saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng. Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan GARISAN = D’RIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so, lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.

Masa mula-mula buat band dulu macamana?

Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh… rasanya cerita jual durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la.

Dalam banyak konsert D’Riyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?

Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila! Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar Search aje la…

Err… sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.

D’Riyadh pun tak lama kan?

Ha ah… Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi Hikayat Rok, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem, bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain, tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa A’ah, bekas drummer Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab banyak sangat problemnya.

Akhirnya kami tinggal bertiga. D’Riyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan, masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la! Hahaha! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan habuk pun tarak!

Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi apabila projek tu pun tak menjadi.

Bagaimana ‘penghijrahan’ itu berlaku?

Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada, tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa, walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la…

Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya. Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996. Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha… bermula dari situ orang sudah mula mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.

Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah tu?

Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya, jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya adalah umat pertengahan – tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil tahu.

Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.

Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?

Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.

Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi, kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup tu!

Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak perbezaannya, kan?

Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami pun nak buat sama!

Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima teguran daripada mereka.

Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan Allah swt, ceramah saya terus diterima.

Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.

Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.

Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?

Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema. Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!

Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh. Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah, golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi sama-samalah kita kawal.

Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga akhirnya boleh diterima orang.

* Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah, buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun, Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang peminatnya ketika bersama D’Riyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dua pompuan.

- ara payung -

posted by Kutu Rock at 11:02 AM

Bermula dengan penampilan istimewanya secara komersial dalam album Mawi; Berzanji, Qasidah dan Marhaban, Ustaz yang terkenal dengan gelaran Ustaz Rock ini muncul lagi. Kali ini dalam album istimewa terbitan Inteam Records.

Jangan ketinggalan mendengarkan kemantapan vokal USTAZ AKHIL HAYY dalam alunan lagu-lagu nostalgia dan klasik yang termuat dalam album AKHIL HAYY: NASYID LEGENDA. Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Kembara Di Tanah Gersang, Seroja, Selimut Putih dan duet bersama Inteam dalam lagu Perjalanan 2.

20060710

Kursus Anak Cemerlang 12-13 Jul Seremban

Kursus Anak Cemerlang
Tarikh : 12 - 13 Julai 2006 ( Rabu – Khamis )
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban

Anjuran :
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury

Yuran penyertaan :
Hanya RM20 sahaja untuk individu
Hanya RM30 sahaja untuk pasangan suami isteri

Penyertaan terhad kepada 200 orang sahaja.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak penganjur di talian 06-7672446/ 2450

20060707

Formula Kanak-Kanak Diam Semasa Khutbah Jumaat

Puas sudah memikirkan kaedah dan cara supaya kanak-kanak terutama yang duduk di saf belakang tidak membuat bising dan bermain terutamanya ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Fenomena ini berlaku dikebanyakkan masjid di seluruh Malaysia dan Masjid Bandar Baru Senawang tidak terkecuali mengalami fenomena yang sama.

Pihak jawatankuasa masjid telah beberapa kali melakukan usaha agar kanak-kanak yang hadir solat Jumaat ini tidak membuat bising dan bermain-main ketika khatib sedang berkhutbah. Ada beberapa kali khatib sebelum memulakan khutbah menasihatkan kanak-kanak di belakang agar tidak membuat bising. Namun hanya sekejap sahaja, malah nasihat tersebut tidak didengari kanak-kanak kerana mereka sedang bercakap-cakap dan bermain ketika itu.

Ada juga pihak jawatankuasa masjid mencadangkan supaya diletakkan poster-poster supaya kanak-kanak tidak membuat bising ketika khutbah Jumaat, namun masih belum terlaksana.

Maka pada Jumaat 7 Julai 2006 dicubalah usaha mengedarkan risalah kecil bersaiz 4 inci x 6 inci dan diedarkan kepada kanak-kanak yang duduk di saf belakang sebelum khatib berkhutbah.

Dengan izin Allah, usaha ini berjaya. Sebaik khatib menaiki mimbar, suara kanak-kanak yang pada mulanya bising beransur-ansur senyap dan akhirnya sunyi sepi. Apa yang kedengaran ialah bunyi kipas-kipas yang sedang berpusing.

Ini membuktikan kanak-kanak orang Islam sebenarnya boleh diberi nasihat, tetapi perlu kena caranya. Dengan itu tidaklah sepatutnya diletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kanak-kanak yang membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah. Orang dewasa serta ibu bapa harus memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman.

Mungkin kaedah ini sesuai digunakan di kawasan Senawang, kalau keadah ini tidak sesuai digunakan tidak tempat lain maka perlu difikirkan pula keadah lain.

Apa yang tertulis pada risalah yang diedarkan pada kanak-kanak di Masjid Bandar Baru Senawang sebelum khutbah Jumaat ialah :
ANAK-ANAK HENDAKLAH DIAM KETIKA KHATIB SEDANG BERKHUTBAH PADA HARI JUMAAT DAN TIDAK BERMAIN-MAIN

IBU BAPA DISARANKAN MENASIHATI ANAK-ANAK MENJAGA ADAB KETIKA BERADA DI MASJID

DIAM SEWAKTU MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT. Hadis Abu Hurairah r.a. : “Rasulullah saw telah bersabda : Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai.” Sahih Muslim

20060706

Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?

Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya. Dalam masa tidak sampai sebulan satu pesawat Hawk telah terhempas, satu pesawat Hawk telah melakukan pendaratan kecemasan dan satu helikopter Nuri juga telah melakukan pendaratan kecemasan.

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak selaku Menteri Pertahanan telah menyarankan agar pegawai-pegawai kerajaan dapat memberi pandangan, teguran serta cadangan kepada menteri-menteri dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kementerian masing-masing.

Dalam Kementerian Pertahanan sudah pasti yang lebih arif mengenai keperluan pertahanan negara adalah pegawai-pegawai serta anggota-anggota tentera sendiri dari yang tidak berpangkat hinggalah ke Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai rakyat biasa yang tiada kepakaran dalam bidang pertahanan negara atau pun ketenteraan, statistik kekuatan TUDM yang dipaparkan dalam beberapa laman web adalah amat menggusarkan. Ianya menggambarkan bahawa pertahanan udara negara jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran yang kerdil dan lebih sediki jumlah penduduknya iaitu Singapura.

Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.
TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.

Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat VIP F28-100. Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military A400M.

Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.

Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.

Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.

Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic Singapura (RSAF – Republic of Singapore Air Force) semua negara yang kerdil. RASF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.

Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.

RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.

Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.

Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.

RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST Firefly.

Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.

RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.

Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.

Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut. Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.

Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50. Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP ?

Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.

Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter, TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.

Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.

Di samping itu kecanggihan senjata juga mestilah diiringi dengan kecanggihan mental dan spiritual anggota-anggota keselamatan. Anggota-anggota keselamatan yang beragama Islam haruslah diperkukuhkan iman dan amalan mereka agar mereka dapat mempertahankan negara ini dalam apa jua keadaan sekali pun. Ini adalah berdasarkan pengalaman yang diberikan oleh orang tua saya sendiri yang baru-baru ini “memberi” rahsia ketika beliau berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja dan menyertai beberapa operasi membanteras pengganas komunis dimana beliau mengamalkan apa yang diajar dalam Al Quran ketika bertugas. Dan salah satu daripada amalannya ialah mengamalkan beberapa zikir yang diajar oleh Al Marhum Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sheikh Mohd Said. Dan untuk mengamalkan semua ini yang pasti amalan yang fardhu antaranya solat lima waktu hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Elakkan daripada amalan-amalan yang syirik, khurafat, tangkal dan sebagainya untuk menjadikan diri seseorang itu kebal, ghaib dan sebagainya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.

Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force

Rozmal bin Malakan
Negeri Sembilan

20060702

Demo Bantah Keganasan Israel 7 Julai K.L.

AYUH !! Sertai Demonstrasi Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Orang Awam dan Rakyat Palestin selepas Solat Jumaat 7 Julai 2006 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Yang bekerja sila mohon cuti. Yang tidak dapat bercuti beri sumbangan kepada mereka yang hendak pergi tetapi tidak mampu.

Mereka daripada Negeri Sembilan yang ingin pergi atau ingin menyumbang sila hubungi koordinator di Seremban Tn Hj Mohd Taufek 019-6576540

Rakyat Malaysia, orang ramai yang prihatin, Islam atau bukan Islam, Persatuan-Persatuan , AJK Masjid dan Surau, individu, parti-parti politik digalakkan hadir.