KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060717

Taman Desa Dahlia Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun

Senawang 16 Julai – Pasukan dari Taman Desa Dahlia telah menjadi juara Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun menewaskan pasukan dari Taman Alamanda 2 – 0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Padang Taman Alamanda hari ini. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Masjid Bandar Baru Senawang sebagai sebahagian daripada aktiviti Sukaneka dan Hari Keluarga Masjid Bandar Baru Senawang yang akan diadakan pada 19 Julai 2006 nanti bermula jam 8.30 pagi.

Sementara itu pasukan dari Taman Kobena telah mendudukki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan dari Taman Anggerik 1-0.

Sebanyak 10 pasukan dari taman-taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

Usaha pihak Masjid Bandar Baru Senawang ini telah merapatkan ukhuwwah masyarakat Islam di sini yang terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, keluarga, pendidikan serta fahaman politik. Ini membuktikan acara sukan yang berlandaskan pandangan Islam secara tidak langsung dapat merungkaikan permasalahan masyarakat.

Berikut ialah keputusan penuh perlawanan :
Akhir : Dahlia 2 – Alamanda 0
Penentuan tempat ke 3 : Kobena 1 – Anggerik 0

Separuh akhir :
Alamanda 1 – Kobena 0
Dahlia 2 – Anggerik 0

Pusingan awal :
Senawang Indah 5 – Jasmin 0
Dahlia 2 – Teratai 0
Desa Melor 0 - Anggerik 1
Kobena 1 – Satria 0
Ixora 0 – Alamanda 2
Dahlia 2 – Senawang Indah 0