KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070125

Apa nak dipelikkan kaca keluar dari badan ?

Adik Siti Suhana dari Alor Gajah menggemparkan kita semua apabila kaca, kristal, guli kaca keluar dari ibu jarinya. Itu semua kuasa Allah. Malah mereka yang disantau pun akan keluar cebisan kaca juga dengan izin Allah. Ianya pelik kerana biasanya kulit kita mengeluarkan darah, peluh, jerawat dan kudis. Tidak pelikkah kita sebelum ini kita hanya dari setitis air yang kotor boleh menjadi daging, tulang, gigi dan sebagainya. Jadi kalau setakat kaca yang keluar ianya bukanlah pelik, cuma belum dapat dijelaskan lagi menurut saintifik. Ianya turut berlaku kepada seorang gadis di Nepal pada tahun 2006 yang juga belum ada penemuan saintifik asal kejadian kaca daripada badan manusia. Kun Fayakun.

Mungkin ada baiknya Kementerian Kesihatan dan pakar perubatan Malaysia mendapat maklumat lanjut dari Nepal untuk memudahkan kajian mereka untuk mengubati apa yang menimpa adik Siti Suhana, insyaAllah.

***********************************************
Girl in far western Nepal emits 'glass pieces' from forehead
By J PANDEY
September 21, 2006

NEPALGUNJ, Sept 21 - In what seems to be a bizarre case that has baffled medical practitioners, a young girl in the district of Kailai, far western Nepal, has been emitting transparent solid objects, purported to be glass pieces, from her forehead.

A team of doctors from the Nepalgunj Teaching Hospital (NTH) at Kohalpur Wednesday began their research on 12-year-old Sarita Bista, who has been excreting glass pieces from the side of her forehead for the last three years.

According to family sources, Bista, who is currently under constant medical observation, has emitted more than 130 "glass pieces", averaging 4 cm in length and 1 mm breadth, since January 18, 2006.

“The CT scan report indicates that she has some kind of problem in her forehead skin," said Dr M Kiduwai who is involved in the research, "The pieces do not seem to be coming out from the bone. But we can give more details only after further investigation."

Dr. Keduwai also informed that the girl would be put under medical observation for the next three days "to study the process of formation and emission of the glass pieces." Professors SM Mishra, SK Gupta, Dr CP Pandey and Dr Anir Shrestha of Kohalpur Medical College are involved in the research.

The doctors claim this to be the first case of its kind in the history of medical science. "There are many examples where cranial bones have grown unnaturally to give the impression of horns. But the human body does not produce glass,” Dr Kiduwai said, adding, "It's a strange case."

The doctors have said that they would seek help from scientists at Nepal Academy for Science and Technology (NAST).

“Something that looked like shining glass pieces could be seen coming out of her forehead skin but there is no glass inside the cranium,” said Dr. Jitendra Mahaseth, deputy director of the NTH. Mahaseth also informed that Bista's skin sample would be sent to NAST for further investigation.

The girl has been emitting "triangular glass pieces" everyday since August 7 this year, according to her family sources. “Once she excreted 12 pieces of glass in one day,” said Sarita’s mother Dhansara Bista.

"At the beginning, there was a blister at the side of her forehead. When we scratched it, a piece of glass came out," Dhansara said explaining how her daughter started "emitting glass pieces."

Sometimes Sarita loses consciousness when she begins to "emit" glass pieces, Dhansara said, adding her daughter has never met with any accident.

Generally, Sarita starts emitting glass pieces from 9 a.m. to 12 p.m., Dhansara claimed.

Sarita's parents have already spent over Rs. 300,000 for her treatment but to no avail. They have sought financial help for her further treatment.

http://www.ufoarea.com/paranormal_emitingglass.html

****************************************
Ibu jari kaki keluar guli kaca

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad

ALOR GAJAH: “Setiap kali bebola itu hendak keluar, saya akan berasa loya dan sakit seolah-olah seperti sakit gigi selama kira-kira 10 minit. Ketika itu kulit dari celah kuku ibu jari kaki kiri saya terus ternganga.

“Saya terpaksa menariknya keluar menggunakan pemotong kuku dan selepas itu, lubang yang ternganga terus tertutup seolah-olah tiada apa yang berlaku,” kata Siti Suhana Saadon, 23, yang mencetuskan kegemparan apabila ibu jari kaki kirinya mengeluarkan hampir 100 biji bebola kecil dan hirisan kaca sejak Jumaat lalu.

Siti Suhana berkata, dia tidak tahu kenapa bebola, hirisan kaca dan guli berkenaan boleh berada dalam badannya dan keluar melalui ibu jari kaki kirinya.

Menurutnya, ketika batu sebesar guli itu hendak keluar, bawah ibu jari kakinya akan menggelembung.

“Apabila bebola, guli atau hirisan kaca itu keluar, badan saya berasa lemah dan tidak berdaya selama beberapa minit selain sakit kepala sebelum pulih seperti sediakala beberapa minit kemudian,” katanya.

Kejadian pelik itu menyebabkan rumah Siti Suhana di Rumah Awam Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, dekat sini, menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kejadian itu dari dekat.

Siti Suhana, anak keempat daripada tujuh beradik hanya bersekolah sehingga darjah tiga. Dia banyak menghabiskan masa menjaga adiknya yang juga kanak-kanak istimewa, Mohd Shamsuri Arshad, 11.

Ibu dan bapanya penoreh getah.

“Saya tidak mengalam penyakit serius sebelum ini dan kejadian pertama berlaku Oktober lalu. Pada waktu itu keluar batu karang bergerigi berwarna putih dari celah ibu jari kaki kiri.

“Saya berjumpa doktor untuk memastikan sama ada terkena kuku cekam atau sebaliknya. Doktor yang melakukan X-ray tidak menjumpai apa-apa atau penyakit pelik.

“Bagaimanapun, batu kecil berbentuk kristal itu muncul semula kira-kira jam 3.30 petang Jumaat lalu dan terus berlarutan sehingga sekarang,” katanya.

Katanya, dia tidak mengalami mimpi aneh sebelum kemunculan batu kaca itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20070124090226/Article/indexm_html