KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070115

Pemuda & rakyat N.Sembilan diarah bantu mangsa banjir

Mesyuarat Pemuda NS dan Unit Amal NS pada 14 Januari 2007 di Seremban telah memutuskan agar semua pemuda NS agar bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir di Johor. Terdapat dua fasa bantuan, pertama ialah bantuan kewangan, makanan, selimut dan sebagainya dan kedua ialah bantuan pemulihan sekiranya banjir surut untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir, masjid dan surau yang terlibat.

Justeru itu semua jentera pemuda, Pasti, muslimat, kawasan, Nisa diarahkan mengumpulkan kewangan, logistik, perbekalan dan sebagainya.

Semalam Sdr Shamsul Kamal Ali dari Taman Tuanku Jaafar telah menghantar bantuan makanan ke daerah Segamat yang terjejas teruk.

Setakat ini Muslimat Negeri Sembilan telah berjaya mengumpulkan beberapa bekalan makanan dan keperluan serta sebuah bot digunakan untuk tugas membantu mangsa banjir.

Seluruh Pasti Kawasan dan Unit di Negeri Sembilan telah ditetapkan sebagai tempat pengumpulan keperluan mangsa-mangsa banjir.

Berikut adalah keperluan yang diperlukan untuk mangsa-mangsa banjir pada ketika ini :

1. Kewangan
2. Voucher petrol / diesel
3. Beras kampit dalam kampit 5 kg atau 10 kg
4. Sardin (sebaik tin yang mudah dibuka)
5. Biskut (sebaik dalam tin 0.5 – 1 kg untuk memudahkan pengagihan)
6. Selimut atau “sleeping bag” (kalau terpakai pastikan ianya telah dibasuh)
7. Tuala wanita
8. Lampin pakai buang bayi
9. “Life jacket”
10. Mee segera (sebaik dalam cawan)
11. Sebarang bantuan lain boleh dipertimbangkan

Bekalan makanan yang dihantar ke pusat pengumpulan hendaklah dibungkus dengan kemas dan dilabel bantuan mangsa banjir serta sumbangan dari pihak mana.

Untuk maklumat lanjut mengenai misi bantuan Pemuda serta Rakyat Negeri Sembilan sila hubungi :

Sdr Sufian 013-3589328 , Pengarah Amal NS
Us Nazri 016-9551158 , SU Unit Amal NS
Sdr Zulkarnain 013-6341990
Sdr Shazwan – 019-6619156 , Timbalan Pengarah Pasti NS
Pn Maznah – Wakil Muslimat NS 013-2718054
Us Fuad – 019-3941353 , SU Pemuda NS