KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070105

JIM tubuh DERU bantu mangsa banjir

DERU ialah Unit Bantuan Bencana dan Kecemasan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwujudkan berikutan banjir di Johor pada 19 Disember 2006. Bermula 20 Disember, petugas JIM DERU telah digerakkan untuk menolong mangsa banjir daerah-daerah yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan berbentuk wang, makanan, barangan keperluan dan pakaian. DERU mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Johor.

Maklumat lanjut di: http://www.freewebs.com/jimderu/

Mereka perlukan bantuan anda. Sumbangan anda bakal menceriakan semula hidup mereka dan merupakan amal jariah yang berkekalan.

"Seorang Muslim bersaudara kepada sesama orang Muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa menyampaikan hajat saudaranya, nescaya Allah menyampaikan hajatnya. Dan siapa membebaskan kesukaran seorang Muslim di dunia, nescaya Allah membebaskan kesukarannya di Hari Qiamat. Dan siapa menutup aurat seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi kejelekannya di akhirat."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sila buat pembayaran cek/kiriman wang atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di Bank Islam Malaysia Berhad, no. 01014010010372 dan maklumkan kepada Sdr Ainullotfi Abdul Latif, YDP JIM Johor (012-7113785) atau Sdr Abdul Razak Jambari, Bendahari JIM Johor (012-7010489).

DERU juga mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai (yang masih elok) kerana ramai mangsa yang tinggal sehelai sepinggang. Sila hantar ke Pejabat JIM Johor di alamat berikut. Kedudukannya di tingkat atas Kedai Runcit Teng, di lot hujung barisan kedai sebelah Stesen Minyak Shell.

31A Jalan Harmoni 12
Taman Desa Skudai
81300 Skudai
Johor