KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081217

Boleh buat sendiri alat jimat minyak





Baru-baru ini saya jumpa biras saya. Dia guna kereta Iswara Otomatik. Sebelum ni banyak guna minyak. Beberapa bulan sudah dia pasang alat jimat minyak yang dipasang oleh sebuah bengkel kereta di Pulau Kambing , Kuala Terengganu. Harga kit dan kos pemasangan hanya RM80. Sejak dia pasang katanya memang banyak jimat minyak sekitar 40% dan kereta pun lebih berkuasa.

Alatnya mudah sahaja , boleh didapati di kedai alat ganti atau kedai hardware. Hos getah kecil, valve besi , pengunci plastik dan bekas air plastik.

Mereka yang ada kemahiran asas baiki kereta mungkin boleh mencubanya.

Juga boleh juga cuba alat jimat minyak Sham Hidro dari Seremban http://fuelsaver-on9.blogspot.com/

7 ulasan:

syridzam berkata...

kalau nak pasang kat wira injection ade tempat tak?

Unknown berkata...

Jiran taman saya ada pasang benda yang jimatkan minyak ni, konsep yang sama pada kereta kancil dan proton saga dan memang dia kata jimat minyak. Dia tak pasang kat kereta waja sebab takut apa apa hal berlaku.

Tanpa Nama berkata...

alat ni memang sesuai utk kereta guna kaburator. memang terdapat penjimatan.
utk injection tak sesuai bahkan makan lagi kuat minyaknya.

Tanpa Nama berkata...

alat ini menggunakan air. Tak sesuai jika kereta yang kurang digunakan. Jika enjin tidak dihidupkan dalam beberapa hari, air akan menyerap masuk dalam enjin dan akan menyebabkan enjin dimasuki wap air tersebut

@iz@t berkata...

saya berminat nak tau la..saya guna kancil 660 karburator auto..minyak kuat sangat rm 10 dapt 40km je..alasan bengkel sebb auto..tolong saya...sms ke 0126247858

Unknown berkata...

valve besi tu apa nama yg lebih spesifik?

Unknown berkata...

Boleh tunjuk ajar macam mana nak buat