KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110212

Kecekalan seorang Pengetua Sekolah Tahfiz Port Dickson

Petang tadi Sabtu 12 Feb 2011 saya telah menziarahi Ustaz Hassan Alias yang merupakan Pengetua Sekolah Tahfiz di Pusat Pendidikan Al Quran At Tohirah di Taman Selasih, Lukut, Port Dickson setelah mendengar berita bahawa beliau masih terlantar di rumahnya selepas beberapa lama mendapat rawatan di hospital sebelum ini.

Alhamdulillah dapat juga berjumpa beliau di rumah, buat pertama kali saya menjejakkan kaki di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pendidikan Al Quran At Tohirah ditemani sahabat saya Nazri Esa.

Seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkan hati sahabat saya yang lain, tidak lama kemudian sampai pula Ustaz Nazri, Ustaz Ghani dan Ustaz Zul.

Ustaz Hassan hanya terlantar atas katil, namun kedatangan kami semua amat menceriakan sekali raut wajahnya. Ada saja orang nak masuk rumah beliau, tertanya-tanya si … kah itu. Seolah-olah beliau amat menantikan timbalan beliau dulu.

Kini Sekolah Tahfiz dibantu oleh seorang tenaga pengajar. Sementara kedai koperasi untuk menampung perbelanjaan sekolah tahfiz tersebut diuruskan oleh anaknya.

Ana satu produk yang menambat hati saya. Iaitu air jus delima dari Iran, hanya RM1. Apa lagi, saya pun boronglah untuk anak-anak.

Kepada sesiapa yang ingin menziarahi Ustaz Hassan bolehlah pergi terus ke rumah beliau di Taman Selasih, Port Dickson.

Tiada ulasan: