KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110807

Judi boleh membawa maut

Satu kisah benar di Malaysia pada 6 Ogos 2011, dimana lima orang telah maut angkara judi seperti dilaporkan dibawah ini. Malah di Malaysia ketagihan judi ini adalah merupakan sakit mental. Laporan pakar mengatakan sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghadapi pelbagai sakit mental. Jadikan Ramadhan bulan membebaskan penghambaan diri , meminta-minta kepada manusia, agar kita menjadi hamba, taat, meminta dan patuh hanya pada Allah.

Analisis isu : Ketagihan judi sakit mental di http://waghih.blogspot.com/2011/07/ketagihan-judi-sakit-mental.html

Isu 3.3 juta rakyat Malaysia menghidap sakit mental dan negara memerlukan lebih banyak klinik dan hospital mental di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html



LIMA LEMAS TERJUN SUNGAI

SUNGAI PETANI 6 Ogos - Lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas hari ini selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau dekat sini ketika cuba mengelak daripada ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.

Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun ditemui terapung di sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.

Mayat pertama ditemui pukul 2 petang, diikuti mayat kedua pukul 5.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dikatakan terjun.

Mayat ketiga pula ditemui pukul 7.30 petang manakala dua mayat terakhir ditemui serentak pukul 7.45 petang ini.

Seorang penduduk kampung berkata, lebih 30 lelaki dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung itu kira-kira pukul 6 petang semalam.

"Selepas menyedari polis mengadakan serbuan, kesemua mereka melarikan diri dan ada yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditangkap," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Mingguan Malaysia difahamkan, tujuh daripada mereka terjun ke dalam sungai itu ketika serbuan. Dua lagi dipercayai dapat menyelamatkan diri.

Kumpulan itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menahan 12 lelaki yang terlibat dalam perjudian yang dinamakan 'judi belangkas' itu.

"Mayat kesemua lima lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.



ORANG ramai melihat mayat seorang lelaki yang lemas selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, semalam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm

Tiada ulasan: