KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111130

Pameran Parang Mentaus 4 Dis 2011 di Shah Alam



PAMERAN DAN JUALAN PARANG MENTAUS
Tarikh : 4 Disember 2011, AHAD
Masa : 8 pg – 1 tgh
Tempat : "Pasar Karat" Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor

Untuk pertanyaan sila hubungi Azri 0133666552 , Qari 0172924060

Maklumat lanjut mengenai Parang Mentaus di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Rencana mengenai Pembuatan Parang di Mentaus Crafts, Jelebu telah disiarkan dalam Rancangan Majalah 3 pada 19 November 2011.

Mereka yang tidak berpeluang menonton segmen tersebut boleh menonton atau muat turun pada pautan di bawah ini :

http://hotfile.com/dl/135513245/b32486a/Majalah_3_-_Episod_46.flv.html

http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/unknowntitleibs14821_8ef24dbf6f4149daa3f39e5b0112182e/episode_46_9509f2f7dc344d9093839e5b0112172c

Bengkel Kaunseling PERCUMA 20 Dis 2011 di PD

BENGKEL KAUNSELING
Tarikh : 20 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Klana Beach Resort, Port Dickson
Penyertaan terbuka kepada 50 peserta yang daftar awal

Tiada sebarang yuran
Tempat adalah terhad
Penganjur tidak menyediakan penginapan

Anjuran : Pusat Kaunseling MAINS

Sukarelawan YKSNS yang ingin menyertai boleh berhubung terus dengan Urusetia di talian 06-4553066/4553067 atau faks 4553068.

Aturacara :
Slot 1 : Kaunseling Sebagai Ibadah oleh Tuan Haji Norazman bin Haji Amat
Slot 2 : Kaunseling Asas Pembinaan Insan oleh Encik Shamsul Bahrain bin Harun
Slot 3 : Pendekatan dan Cabaran Raudatul Sakinah oleh Pn Hjh Rosmawati Zainal
Slot 4 : Pengalaman Khidmat Tolong Bantu di Gaza, Satu Perkongsian oleh Prof Dr Zainur Rasyid

Sumber maklumat dari http://yksnegerisembilan.com/archives/868

Bengkel Kaunseling PERCUMA 20 Dis 2011 di PD

BENGKEL KAUNSELING
Tarikh : 20 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Klana Beach Resort, Port Dickson
Penyertaan terbuka kepada 50 peserta yang daftar awal

Tiada sebarang yuran
Tempat adalah terhad
Penganjur tidak menyediakan penginapan

Anjuran : Pusat Kaunseling MAINS

Sukarelawan YKSNS yang ingin menyertai boleh berhubung terus dengan Urusetia di talian 06-4553066/4553067 atau faks 4553068.

Aturacara :
Slot 1 : Kaunseling Sebagai Ibadah oleh Tuan Haji Norazman bin Haji Amat
Slot 2 : Kaunseling Asas Pembinaan Insan oleh Encik Shamsul Bahrain bin Harun
Slot 3 : Pendekatan dan Cabaran Raudatul Sakinah oleh Pn Hjh Rosmawati Zainal
Slot 4 : Pengalaman Khidmat Tolong Bantu di Gaza, Satu Perkongsian oleh Prof Dr Zainur Rasyid

Sumber maklumat dari http://yksnegerisembilan.com/archives/868

Bengkel Kaunseling PERCUMA 20 Dis 2011 di PD

BENGKEL KAUNSELING
Tarikh : 20 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Klana Beach Resort, Port Dickson
Penyertaan terbuka kepada 50 peserta yang daftar awal

Tiada sebarang yuran
Tempat adalah terhad
Penganjur tidak menyediakan penginapan

Anjuran : Pusat Kaunseling MAINS

Sukarelawan YKSNS yang ingin menyertai boleh berhubung terus dengan Urusetia di talian 06-4553066/4553067 atau faks 4553068.

Aturacara :
Slot 1 : Kaunseling Sebagai Ibadah oleh Tuan Haji Norazman bin Haji Amat
Slot 2 : Kaunseling Asas Pembinaan Insan oleh Encik Shamsul Bahrain bin Harun
Slot 3 : Pendekatan dan Cabaran Raudatul Sakinah oleh Pn Hjh Rosmawati Zainal
Slot 4 : Pengalaman Khidmat Tolong Bantu di Gaza, Satu Perkongsian oleh Prof Dr Zainur Rasyid

Sumber maklumat dari http://yksnegerisembilan.com/archives/868

Program KEM MONANG 18 ke 21 Dis 2011 di PD



KEM MOtivasi aNak cemerlANG (MONANG)
Tarikh : 18 - 20 Disember 2011 (Ahad-Selasa)
Tempat : Pusat Sains Marin 1, Universiti Putra Malaysia, Port Dickson
Peserta : Umur 11 - 17 tahun, lelaki/perempuan
Yuran :
RM240 jika daftar selepas 10 Dis 2011
RM120 jika daftar sebelum 10 Dis 2011

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi 0134031949 Shah, 0133154779 Fatin

MODUL PROGRAM :
- Modul Taqwa yang membicarakan persoalan aqidah.
- Modul Cemerlang Masa Depan yang membimbing peserta supaya memiliki matlamat kehidupan yang jelas. Matlamat tersebut dihuraikan secara holistik dengan menjadikan keredhaan Allah dan syurgaNya menjadi tujuan utama.
- Modul Cemerlang Amal yang membentuk 4 sikap utama yang perlu diamalkan apabila mahu melakukan sesuatu kerja iaitu (1) Doa pada permulaan kerja, (2) Usaha keras tanpa kenal putus asa, (3) Berterusan melakukan kebaikan dan (4) Bertawakkal pada Allah setelah melakukan sesuatu yang terbaik.

Sila buat pembayaran di Maybank atas nama Alfaliheen Management. No.akaun 555126111085.

Kemudian SMSkan ke (0134031949-Shah atau 0133154779 Fatin) 3 maklumat berikut :
1-Nama anak anda (peserta)
2-No.Kad pengenalan atau surat beranak
3-Maklumat bayaran (bila dan dimana)

Anda akan mendapat SMS pengesahan. Sila simpan SMS pengesahan tersebut, dan tunjukkan semasa pendaftaran di hari program 18 Disember nanti.

Sila bawa bersama Resit/Slip pembayaran ke tempat program.

Sumber : http://ms-my.facebook.com/events/147963195304527/?ref=notif&notif_t=event_invite

20111129

Kursus Refleksologi untuk Wanita 10 ke 11 Dis 2011 di Rembau



KURSUS REFLEKSOLOGI DAN ASAS URUTAN BADAN
Untuk Wanita Sahaja
Tarikh : 10 - 11 Dis 2011 (Sabtu-Ahad)
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Kolej Komuniti Rembau
Yuran : RM20 sahaja
Sijil oleh Kolej Komuniti Rembau
Tenaga Pengajar : Pn Haslina (Diploma Lanjutan Urutan Melayu)
Untuk pendaftaran sila hubungi Pn. Dila 019-5899156

Topik Merangkumi :
- Anatomi Badan dan Fisiologi
- Anatomi Struktur Tapak Kaki
- Teknik Urutan Badan
- Kontraindikasi
- Etika Terapis
- Professional Image
- Teknik Urutan Refleksologi

20% Teori dan 80% Praktikal

Jom bayar Saman Trafik PDRM



Entah macamana tetiba saya melayari laman web PDRM, ternampak ruangan untuk Sistem Semakan Online (SSO) , boleh periksa saman trafik di http://sso.rmp.gov.my/Login.aspx . Mula-mula kena daftar dulu di laman web SSO dengan memasukkan butiran peribadi dan kata laluan. Bila dah daftar, saya pun semaklah, kot-kot ada saman.

Sedikit terperanjat. Ada rupanya. Pelik, tak ada pula terima notis pembayaran melalui pos. Periksa nombor pendaftaran kereta, memang kereta saya, tapi bukan saya yang bawa, anak yang belajar di Universiti Malaya yang bawa.

Tengok tarikh saman, memang waktu dia belajar di UM tulah. Bukan satu saman, tapi dua saman. Mujur hanya RM50 setiap saman.

Setelah saya yakin memang saman ini kenderaan milik saya, saya pun beritahulah anak saya, kalau ada saman, beritahu lekas. Lepas tu jangan suka-suka beri sesiapa pinjam kenderaan. Pinjam pandai, bila kena saman tak pandai nak beritahu, nak bayar jauh sekali.

Lalu saya pun pergilah ke Cawangan Trafik IPD Seremban 2, terus bayar saman. Tanya juga kaunter , kot-kot boleh diskaun. Katanya tak ada, tak apalah, saya pun bayar sajalah.

Rasanya tak ramai yang tahu laman web Sistem Semakan Online PDRM ini, kerana jumlah pelawatnya sejak Jun 2011 hanya sebanyak 24,781 pelawat. Lagi banyak lagi pelawat yang melayari blog saya dalam tempoh sebulan.

Nampaknya semua pihak kenalah promosi sikit laman web Sistem Semakan Online PDRM ini. Tak perlulah tunggu saat akhir untuk bayar saman trafik macam selalu kecoh-kecoh sebelum ini.

Kalau dah semak, kalau yakin memang kita yang buat kesalahan, bayarlah cepat-cepat. Kalau yakin bukan kesalahan kita, buatlah pembetulan, rayuan, bantahan cepat-cepat.

Kepimpinan Melalui Tauladan. Menteri, wakil rakyat dari mana-mana parti, artis, selebriti cuba semak ada tak saman, bayar cepat-cepat, barulah rakyat atau peminat boleh ikut. Kalau tak salah, buat bantahan cepat-cepat.

20111128

Kuliah Dato Arshad 2 Dis 2011 Senawang



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Jumaat, 2 Disember 2011, Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Cheese Tart Mamaamal Homebiz



Cheese Tart Mamaamal Homebiz

Harga jualan :
RM15 sekotak (25 pcs)
RM25 untuk (50 pcs)

Boleh campur2perisa (blueberi, strawberry, kiwi dan lemon)

Hubungi 0194816647
FB : Juliana Shahri

Penghantaran percuma sekitar Port Dickson

Nurul Izzah Anwar 2 Dis 2011 di Rantau, N.Sembilan

CERAMAH PERPADUAN RAKYAT
Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas)
PENCERAMAH :
YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR )
YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR )
Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR )
YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan )
YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
CheGUBard (Ketua PKR Rembau )

Dato Mahfuz Omar di Tampin 3 Dis 2011

CERAMAH UMUM
Sabtu 3 Dis 2011
Jam 9 mlm
Di No 11, Pkt4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh (rumah YDP PAS Tampin)
Bersama Dato Hj Mahfuz Omar

20111125

JOM Intip Remaja 28 Nov ke 4 Dis 2011 di N.Sembilan



INTIP 2011
INtegrasi Ilmu dan Penghayatan
Tarikh : 28 Nov - 4 Dis 2011
Lokasi : Sekitar N.Sembilan
Peserta : Remaja 13 - 16 tahun
Yuran hanya RM40

Untuk pertanyaan atau penyertaan sila hubungi Afif 013-3582870, Fatimah 013-6767087

Pelbagai aktiviti menarik :
- Malam Bina Iman dan Taqwa
- Daki Gunung
- Futsal Ukhuwwah
- Remaja Urus Jenazah
- Fikir Hebat
- Seronoknya Boling
- Prihatin Palestin
- Chef Muda
- Dan banyak lagi …

Anjuran : Remaja IKRAM N.Sembilan

Maklumat lanjut di http://negeri9.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=124%3Aintip-2011-&catid=3%3Aberita&Itemid=7

20111124

Orang Melayu patut malu dengan jurulatih Eropah ini



Jurulatih terkemuka Eropah, Ottmar Hitzfeld merupakan salah seorang dari tiga jurulatih yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dengan dua kelab yang berbeza. Ottmar diberi tawaran untuk menjadi jurulatih kelab terkemuka Manchester United. Tetapi Ottmar menolaknya kerana dia hanya mahu menjadi jurulatih dengan menggunakan Bahasa Jerman untuk melatih pemain-pemainnya.

Bukannya Ottmar tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi dia lebih selesa untuk menggunakan Bahasa Jerman apabila melatih pemain-pemainnya.

Apa macam orang Melayu di Malaysia. Tak nak berbangga ke dengan Bahasa Melayu? Ong Kim Swee pun guna Bahasa Melayu yang molek apabila ditemuramah.

************
Karena Bahasa, Hitzfeld Tolak Jadi Pelatih MU
"Saya lebih bisa mengekspresikan emosi dalam Bahasa Jerman," Hitzfeld.
Selasa, 7 September 2010

Pelatih Swiss, Ottmar Hitzfeld mengaku sempat didekati klub raksasa Premier League, Manchester United. Terutama saat Sir Alex Ferguson ingin pensiun dari MU pada akhir musim 2001-02.

Hitzfeld, satu dari tiga pelatih di dunia yang mampu memenangkan Liga Champions dengan dua klub berbeda, bilang bahwa ia menjadi salah satu kandidat elite suksesor Sir Alex di Old Trafford.

“Saya tak ingin membicarakan detail terlalu banyak, karena saat itu hanya saya dan Manchester United. Saya memutuskan untuk bertahan di Jerman. Karena jika melatih, saya lebih suka menggunakan Bahasa Jerman, karena itu bahasa ibu saya," kata Hitzfeld seperti dilansir Telegraph.

http://sepakbola.infogue.com/karena_bahasa_hitzfeld_tolak_jadi_pelatih_mu

************
Switzerland coach Ottmar Hitzfeld rejected chance to manage Manchester United
06 Sep 2010

He said: “I don’t want to go into too many details because it was between myself and Manchester United, but I decided to stay in Germany because, when I am coaching I prefer to express myself in German because this is my mother tongue.

http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/england/7982821/Switzerland-coach-Ottmar-Hitzfeld-rejected-chance-to-manage-Manchester-United.html

Beberapa artikel sebelum ini berkaitan penghinaan terhadap Bahasa Melayu di bawah ini :

Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai komersial di http://waghih.blogspot.com/2011/11/bahasa-melayu-tidak-mempunyai-nilai.html

Orang Eropah kata Bahasa Melayu ada nilai komersial di http://waghih.blogspot.com/2011/11/orang-eropah-kata-bahasa-melayu-ada.html

Malaysia kembali dijajah oleh England, bermula di Putrajaya di http://waghih.blogspot.com/2011/11/malaysia-kembali-dijajah-oleh-england.html

Bangsat sangatkah Bahasa Melayu ini ? di http://waghih.blogspot.com/2011/11/bangsat-sangatkah-bahasa-melayu-ini.html

Ong Kim Swee , Pejuang Bahasa Melayu Unggul di http://waghih.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-pejuang-bahasa-melayu.html

Keris telah ditransformasi menjadi Senjata Api, Hidup BM di http://waghih.blogspot.com/2011/11/keris-telah-ditransformasi-menjadi.html

20111123

Keris telah ditransformasi menjadi Senjata Api, Hidup BM



Tahukah kita, keris, senjata unik di dunia ini, yang sinonim dengan orang Melayu telah ditransformasi menjadi senjata api menggunakan peluru saiz .45 yang ditembak secara otomatik pada kadar 4,500 pusingan seminit. Senjata api (sub mesingan) ini yang diberi nama KRISS Submachine Gun, dikeluarkan oleh sebuah syarikat persenjataan di Eropah.

Sub mesingan ini diberi nama Keris kerana mekanisma tembakannya diilhamkan dari mekanisma Keris Melayu.

Siapa kata Bahasa Melayu tiada nilai komersial?

Gambar dan artikel sub mesingan KRISS di http://waghih.blogspot.com/2008/01/mengangkasakan-keris.html

Hidup Bahasa Melayu !

Beberapa artikel sebelum ini berkaitan penghinaan terhadap Bahasa Melayu di bawah ini :

Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai komersial di http://waghih.blogspot.com/2011/11/bahasa-melayu-tidak-mempunyai-nilai.html

Orang Eropah kata Bahasa Melayu ada nilai komersial di http://waghih.blogspot.com/2011/11/orang-eropah-kata-bahasa-melayu-ada.html

Malaysia kembali dijajah oleh England, bermula di Putrajaya di http://waghih.blogspot.com/2011/11/malaysia-kembali-dijajah-oleh-england.html

Bangsat sangatkah Bahasa Melayu ini ? di http://waghih.blogspot.com/2011/11/bangsat-sangatkah-bahasa-melayu-ini.html

Ong Kim Swee , Pejuang Bahasa Melayu Unggul di http://waghih.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-pejuang-bahasa-melayu.html

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

20111122

Orang Eropah kata Bahasa Melayu ada nilai komersial



Saya cukup marah apabila satu tulisan dalam Utusan Malaysia mengatakan Bahasa Melayu tiada nilai komersial. Satu kenyataan yang menghina bangsa dan Bahasa Melayu. Bangsat sangatkah Bahasa Melayu ? Orang Eropah memandang tinggi Bahasa Melayu tapi kita di Malaysia ada yang kata Bahasa Melayu tiada nilai komersial.

Tahu tak orang Belanda di Eropah amat meminati Nasi Goreng? Mereka tak sebut Fried Rice, mereka akan sebut Nasi Goreng. Berikut satu artikel dalam bahasa Belanda mengenai Nasi Goreng “ Nasi goreng met corned beef - Je kunt de Corned Beef bakken als bijgerecht, maar je kunt er ook een lekkere en eenvoudige nasi goreng van maken. http://surinaams-eten.blogspot.com/2011/11/nasi-goreng-met-corned-beef.html

Diterjemah ke Bahasa Melayu – “Nasi goreng dengan daging kisar – Kita boleh masak saja daging kisar, atau kita boleh buat hidangan yang mudah dan enak dimakan bersama nasi goreng“.

Tak tahulah saya apa lagi nak kata mengenai memartabatkan Bahasa Melayu ni.

Kita perlukan lebih ramai orang macam Ong Kim Swee untuk memartabatkan Bahasa Melayu seperti tulisan saya sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-pejuang-bahasa-melayu.html

Kalau sesiapa pergi Belanda atau Nederland, kalau pergi restoran di sana jangan minta Fried Rice, minta Nasi Goreng. Orang Eropah akan tercengang-cengang kalau kita minta Fried Rice.

Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai komersial



Satu kenyataan yang menghina Bangsa dan Bahasa Melayu ! Mari kita tengok adakah agenda memartabatkan Bahasa Melayu akan dijadikan topik perbahasan utama dalam perhimpunan terbesar orang Melayu pada 29 November hingga 3 Disember 2011 nanti.

Koleksi artikel sebelum ini yang membayangkan betapa hinanya Bahasa Melayu di bawah ini :

Malaysia kembali dijajah oleh England, bermula di Putrajaya di http://waghih.blogspot.com/2011/11/malaysia-kembali-dijajah-oleh-england.html

Bangsat sangatkah Bahasa Melayu ini ? di http://waghih.blogspot.com/2011/11/bangsat-sangatkah-bahasa-melayu-ini.html

Ong Kim Swee , Pejuang Bahasa Melayu Unggul di http://waghih.blogspot.com/2011/11/ong-kim-swee-pejuang-bahasa-melayu.html


PROJEK KOMERSIAL PERLU GUNA BAHASA MELAYU
Utusan Malaysia 22 Nov 2011

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Projek-projek komersial yang akan dibangunkan di ibu kota diwajib menggunakan bahasa Melayu kecuali melibatkan nama khas.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai kecenderungan pemaju projek komersial di ibu negara termasuk projek perumahan mewah untuk menggunakan bahasa Inggeris.

Ahmad Fuad berkata, ANTARA ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH PEMAJU UNTUK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS TERMASUK BAHASA ITU BOLEH DIGUNAKAN SEBELUM INI DAN JUGA KONONNYA BAHASA MELAYU TIDAK MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2012



PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2012
KAFA Taman Alamanda , Senawang
Kini dibuka hingga hujung Januari 2012

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , 019-3465659
Ustazah Fatimah 019-8540300

Alamat :
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , N.Sembilan
Laman web http://kafa-alamanda.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain)
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah

20111121

Mari kita bersama pikul tanggunjawab sosial ini



Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang begitu aktif membimbing saudara-saudara baru serta lain-lain kerja kebajikan menyeru kepada orang ramai yang prihatin untuk bersama memikul tanggungjawab sosial sebagai seorang Islam dengan menyumbang ke akaun YKSNS.

Maklumat lanjut mengenai YKSNS di laman web http://yksnegerisembilan.com/

Sumbangan boleh disalurkan melalui Cek/Transfer/Bank In:-
Nama Akaun :
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
No Akaun : 05021010019276
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Sumbangan juga boleh dihantar ke alamat :
Pejabat Urusan YKSNS
No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 06-4810092 / 0122 Faks: 06-4810576
Pegawai Bertugas: Puan Zarinah binti Abdul Kabor

Rumah Kasih Sayang ( Kuala Pilah )
Kompleks Masjid Tok Muar,
No. 1 Taman Cemerlang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel : 06-4810 068
Pegawai Bertugas: Ustaz Muhammad Aiman Danial bin Abdullah

One Stop Center
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Pusat Dakwah Islamiah Paroi
Tel: 06-678 1021
Pegawai Bertugas: Puan Rehan binti Kassim

Sumber : http://yksnegerisembilan.com/archives/803

Bengkel atasi Marah 24 Nov 2011 di Seremban



Alangkah baiknya kalau bengkel sebegini dibuat pada bukan waktu dan hari bekerja. Kenapa selalu buat program umum hari bekerja. Yang perlukan bengkel macam ni ialah mereka yang bekerja. Kalau macam ni hanya orang tua-tua dan orang pencen yang akan hadir program sebegini. Jangan Marah ya, pihak penganjur, ini pandangan peribadi saya saja.

SEREMBAN 20 Nov. 2011 - Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan bengkel pengurusan marah dan tekanan di Dewan Kuliah, Majlis Negeri di sini, 24 November ini.

Jurucakap pusat itu berkata, bengkel sehari itu antara lain akan membincangkan cara untuk mengenali simptom tekanan, kesan marah, kemahiran menyelesaikan masalah dan strategi menguruskan marah dan tekanan mengikut perspektif Islam.

Bengkel terhad untuk 50 peserta dan tarikh tutup penyertaan 23 November.

Yuran penyertaan RM40 seorang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 06-7679905/4. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Jangan pandang remeh rakyat alami masalah mental



KUALA LUMPUR, 19 Nov 2011 : Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor. Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita.

Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020.

"Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang.

Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan.

"Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara.

"Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol.

Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu.

"Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga.

Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama.

"Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya.

Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja.

"Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6593-jangan-pandang-remeh-rakyat-alami-masalah-mental

20111120

Ong Kim Swee , Pejuang Bahasa Melayu Unggul



Tahniah kepada skuad Bawah 23 tahun Malaysia bimbingan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee yang akan menentang negara jiran kita Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011. Saya tabik kepada Ong Kim Swee bukan setakat kejayaan beliau di padang bola, tapi lebih menarik lagi apabila ditemuramah, beliau menggunakan Bahasa Melayu yang cantik gaya bahasanya. Orang Melayu pun kalah.

Ada orang Melayu tu, temuramah TV Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris. Ada pula cakap Bahasa Inggeris entah ke mana “grammar” nya. Ada tu pula, cakap Bahasa Melayu jadi Bahasa Rojak, Bahasa Pasar.

Mungkin terlalu awal untuk menganugerahkan Ong Kim Swee sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Tak apalah, kita boleh kategorikan Ong Kim Swee sebagai Pejuang Bahasa Melayu.

Ada orang tu pejuang bangsa dengan menghunus keris, tapi bila ditemuramah, ada saja nak selit cakap Bahasa Inggeris.

Promosi Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab



BENGKEL 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB
Promosi Terhad
- Buku Motivasi berwarna-warni 33 tip kuasai Bahasa Arab pada harga RM29.90
- Para peserta diberi bimbingan secara PERCUMA selama 4 jam oleh Dr ARABIC
- Pihak sekolah/penganjur tidak perlu membayar kos yuran konsultan
- Pihak sekolah/penganjur hanya menyediakan tempat dan menguruskan pelajar.

Untuk pertanyaan sila hubungi Dr Abd Razak bin Abu Chik 019 278 8055 atau emel drarabiah@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://drarabic.blogspot.com/

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Senawang




PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Bintang bolasepak Malaysia penyelamat akidah umat



Ramai pihak memperkatakan mengenai isu negatif, isu murtad, isu seksualiti merdeka, isu gejala buang bayi, isu penyalahgunaan kuasa, isu rasuah, isu dadah dan sebagainya. Semuanya negatif belaka, begitu kurang digembar gemburkan isu positif, seperti ulama Negeri Sembilan yang merupakan tokoh saintis, tokoh matematik, tokoh trigonometri yang paling hebat di Malaysia yang boleh mengalahkan barisan para professor di universiti.

Begitu juga isu tokoh bolasepak Malaysia, secara khususnya bintang bolasepak Negeri Sembilan yang menjaringkan gol kemenangan pasukan Negeri Sembilan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, satu gol “first timer scissors kick” yang paling cantik yang saya saksikan.

Saya ingatkan gol Hairudin Omar tu yang paling cantik, rupa-rupanya yang paling cantik ialah gambar Hairudin Omar mengimamkan solat Isya di bilik persalinan selepas pertandingan. Walaupun gambar ini telah lama berlegar-legar di internet, dan diambil secara spontan, bukan dirancang, tetapi nampaknya isu ini kurang dijadikan modal untuk menarik para belia untuk menjadikan isu solat sebagai isu paling utama untuk menyelamatkan akidah umat.

Sehubungan dengan itu Blog Waghihdi http://waghih.blogspot.com/ dan Buku Muka Waghih di www.facebook.com/Rozmal menobatkan Hairudin Omar sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 H (Maaflah Hai O, setakat nobat yo, den bukan jutawan nak bagi wang ringgit sebagai hadiah atau nak boghi banglo sebuah atau pergi umrah)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua pengunjung Blog Waghih

Sila baca artikel saya sebelum ini berkenaan 12 juta orang Melayu di Malaysia yang setiap hari meruntuhkan agama Islam di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

20111119

RM1000 boleh bantu 34 keluarga yang memerlukan



Baru-baru ini, tiba-tiba ada orang beri saya RM1000 , minta saya belanjakan untuk kebajikan dan amal jariah. Pening juga kepala fikirkan , saluran mana yang terbaik untuk dimanafaatkan sepenuhnya RM1000 ini. Kalau beri RM100 pada seorang pelajar, tak kiralah ibu bapa pelajar tadi gaji RM1000 ke, RM10,000 ke, RM100,000 ke sebulan, baru 10 pelajar yang dapat.

Itu pun tak tentu lagi pelajar tadi beri emak ayahnya untuk beli baju sekolah atau bayar yuran PIBG yang mungkin lebih RM100. Silap-silap ada yang pergi kafe siber, beli rokok, tengok wayang, beli top up dan sebagainya.

Fikir punya fikir punya fikir, sebab tak nak pegang duit orang lama-lama, kalau ikut Nabi SAW, dengar cerita baginda tak akan balik rumah selagi duit yang orang sedekahkan tidak habis diberikan kepada orang yang memerlukan (kalau silap tolong betulkan ya).

Jadi saya telefonlah kawan saya seorang ni, yang selalu agihkan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan. Tanya ada nak beras tak. Dia kata stok memang dah habis, lalu dia kata tambahlah beberapa bahan makanan lain.

Lalu saya pun pergilah ke sebuah kedai runcit yang terletak tidak jauh dari pejabat kawan saya tadi. Buat kira-kira dengan taukeh kedai, kalau satu keluarga saya peruntukkan beras sekampit, gula, kicap, minyak, tepung dan 2 tin susu, dapatlah buat 34 bungkusan. Bermakna dapat memberi makanan asas kepada 34 keluarga yang memerlukan.

Lepas tu saya minta taukeh kedai tadi beri barang yang berkualiti, tak mahu yang kualiti generik macam …. (faham-fahamlah sendiri).

Taukeh kedai tadi tanya bila nak hantar barang ni. Saya kata, hubungi sahabat saya bila dia perlukan barang ni, agar tidak penuh pula pejabat dia. Saya pun bayarlah, jumlah semuanya RM1003.

Alhamdulillah, Fuh, bukan main lega, lepas tanggungjawab saya.

Saya harapkan dan doakan agar Allah menerima hajat kawan saya tadi dan hajat orang yang memberikan RM1000.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan tetapi tidak tahu caranya, atau tidak kenal siapa keluarga yang susah sekeliling kita, cubalah tanya tok-tok imam dan mereka yang sewaktu dengannya.

20111118

Menarik Pesta Konvo USIM 1 ke 4 Dis 2011 di Nilai N9



PESTA KONVO USIM (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA) 2011
Tarikh : 1 ke 4 Dis 2011
Tempat : Stadium Tertutup Nilai, Nilai, N.Sembilan

Antara Acara Menarik :
- Pertandingan Nasyid Terbuka
- Pertandingan Memancing
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
- Karnival Kerjaya
- Gerai Jualan
- Pameran Kereta
- Pameran Model Islamik
- Kejohanan Futsal
- Dan banyak lagi

Untuk sewaan gerai sila hubungi Subini 014-5098646,Taqi 019-5529364, Mas 013-2596525.
Kadar sewa:RM600

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Sekretariat Festival Konvokesyen USIM kali ke-9
Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar USIM
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai Negeri Sembilan
Phone : 06-798 6116
Fax : 06-798 6117
Email : cfest9.usim@gmail.com
Blog : http://cfestusim1109.blogspot.com/

Alangkah bagus kalau ada Kaunter Bergerak Baitul Mal



Alangkah bagus perkhidmatan Kaunter Bergerak (Bas Bergerak) untuk kutipan zakat seperti di bawah ini diperluaskan untuk perkhidmatan lain terutamanya untuk agihan wang zakat atau wang bantuan kepada yang memerlukan seperti Kaunter Bergerak Baitul Mal, Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kaunter Bergerak Aduan Rakyat dan seterusnya.

Urusan bayar zakat dimudahkan
Kosmo 18 Nov 2011

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk membuat pembayaran zakat menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank, Datuk Mahdi Murad berkata, terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah.

“AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.

“Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian diri mereka,” katanya pada majlis pelancaran Zakat@AmIslamic Bank di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Cara buat parang Melayu di TV3, 19 Nov 2011, 9 malam



Jangan lupa nonton TV3 , Sabtu 19 November 2011 jam 9 malam, Rancangan Majalah 3 akan memaparkan rencana mengenai pembuatan parang oleh pakar pembuat parang Melayu, Encik Zamri dari Mentaus Craft, Jelebu, Negeri Sembilan

Mentaus Craft bukan setakat buat sarung parang, malahan membuat bilah parang, yang tidak ramai generasi masa kini terutama orang Melayu yang dapat menguasai kemahiran ini.

Maklumat lanjut mengenai Mentaus Craft di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Tawaran belajar Al Quran Teknik Al Baghdadi di Seremban



KELAS MUDAH BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI
Di AL AMAL Islah Training Center (NS0078145-P)
82, Jalan Matahari 2, Taman Matahari Heights, Senawang, N.Sembilan

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :
Tel Pejabat: 06-678 0254
Ustaz Nazri Esa: 013-309 8775/ 012-677 5537
Ustazah Zarina Saad: 013-3098779
E-mel : alamalislahtc@yahoo.com , albaghdadiseremban@yahoo.com

KELAS AL-BAGHDADI REMAJA, DEWASA & WARGA EMAS
Tempoh Pembelajaran : 2 Jam Seminggu
Selama 3 Bulan
Yuran RM300
Belajar membaca Al-Quran menggunakan teknik yang inovatif, kreatif dan efektif dalam mempelajari Al-Quran pada masa kini. Asas Al-Quran dapat dikuasai dengan menggabungkan teknik dan alat ketuk yang mampu mendisiplinkan pelajar.
Sesuai untuk pelajar baru dan yang sudah mempunyai asas A-Quran.

KELAS TAJWID AL-BAGHDADI
Semua Peringkat Umur
Tempoh Pembelajaran : 2 Jam Seminggu
Selama 3 Bulan
Yuran RM250
Pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan mengelakan pelajar daripada menghafal teori tajwid yang agak kompleks. Susunan pembelajaran yang ringkas dan mudah difahami serta disukai dalam tempoh yang singkat.

KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI
Anak-anak 4-12 Tahun
Tempoh Pembelajaran : 2 Jam Seminggu
Selama 6 Bulan
Yuran RM300
Belajar Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi yang menyeronokan, belajar sambil bermain set “playtime” dan teknik ketukan, mengaktifkan otak kanan dan otak kiri serta psikomoto kanak-kanak agar pembelajaran lebih efektif, seronok dan berkesan.

PAKEJ AL-BAGHDADI
Untuk Pasangan Suami Isteri
Tempoh Pembelajaran : 2 Jam Seminggu
Selama 3 Bulan
Yuran RM550

20111117

Siapa Ulama N.Sembilan yang tinggi ilmu sains dan teknologi



Sesiapa yang pernah berjumpa atau berguru dengan seorang ulama dari Negeri Sembilan iaitu Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) pasti tidak mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Ibrahim ini bukan sahaja seorang ulama yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini (setakat yang saya ketahui).

Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat dengan tepat.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini saya telah menziarahi Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan berjumpa dengan cucu kepada Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff.

Saya pehatikan di satu sudut surau itu dalam almari kaca yang berkunci satu alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf.

Dalam fikiran saya , mungkin ini alat yang digunakan untuk mengira takwim solat.

Lalu saya bertanya kepada Ustaz Khairuddin, beliau berkata memang itu alat yang digunakan oleh datuknya untuk mengira takwim solat. Menurut beliau ada buku yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.

Malangnya buku tersebut tiada dalam simpanannya, dan tiada siapa yang tahu bagaimana cara perkiraan takwim solat tersebut dibuat.

Saya terasa begitu sedih sekali, satu kerugian yang amat besar kepada umat Islam di Malaysia ini jika ilmu seperti ini tidak ada sesiapa yang mampu mempelajarinya.

Jangan dipandang rendah para ulama ini, mereka ini memang diam-diam ubi berisi. Memang mengkagumkan, tanpa komputer, tanpa kalkulator, Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim dapat membuat perkiraan trigonometri, sain, kosain, tanjen dan sebagainya.

Ulama kita ini hebat bukan sebab belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka belajar dan mengajar menggunakan tulisan Jawi, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Seorang lagi ulama Negeri Sembilan yang hebat ialah Almarhum Syeikh Haji Ahmad yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Saya diberitahu bahawa beliau dapat melihat anak bulan hanya menggunakan mata kasar, tanpa memerlukan teropong. Dan beliau pasti akan dapat melihat anak bulan apabila tepat waktunya.

Berbanggalah menjadi orang Melayu, umat Islam dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Maklumat mengenai Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di http://madrasahbongek.blogspot.com/






Astrolabic quadrant, made by Muhammad ibn Ahmad al-MizziFrom Damascus, Syria, AD 1333-34

This instrument is signed by Muhammad ibn Ahmad al-Mizzi, the muwaqqit (official time-keeper) of the Great Umayyad Mosque of Damascus. The muwaqqit is responsible for determining the correct times for Muslim prayer, which must be carried out five times a day at specific intervals. There are four other astrolabic quadrants signed by the same craftsman, and they are the earliest known examples of this type of quadrant.
http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/highlight_objects/me/a/astrolabic_quadrant.aspx




The Inventor
It has been accepted that the astrolabe quadrant was invented by Jacob ben Machir ibn Tibbon of Montpellier (c.1236-1305) who was a member of a family that originated in Granada, his forebears noted for their translations from Arabic into Hebrew.
http://www.bonhams.com/cgi-bin/public.sh/pubweb/publicSite.r?sContinent=EUR&screen=lotdetailsNoFlash&iSaleItemNo=3186987&iSaleNo=14878




In 1529, Muṣṭafā ibn ʿAlī wrote Kifāyat al‐waqt li‐maʿrifat al‐dāʾir wa‐ faḍlihi wa‐ʾl‐samt (in Turkish). Some 120 copies of the work, also known as Risāla fī al‐muqanṭarāt, are extant; it deals with various aspects of geometry, trigonometry, and astronomy and also mentions an astronomical instrument called rubʿ al‐muqanṭarāt (astrolabic quadrant).
http://islamsci.mcgill.ca/RASI/BEA/Ali_al-Muwaqqit_BEA.htm

PORT DICKSON 24 Sept. - Projek pembinaan balai cerap dan sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini telah siap 35 peratus.

Projek ini yang didirikan di kawasan seluas 1.2 hektar adalah projek usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang merupakan pemilik tanah.

Mengulas mengenai projek pembinaan balai cerap itu, beliau berkata antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran.

"Balai cerap ini memusatkan semua kegiatan daripada melihat anak bulan, kajian bintang, cakerawala dan planet bagi menjana kemajuan ilmu falak. Ia akan menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting."

"Dengan terlaksananya projek ini, ia juga adalah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam bidang astronomi di kalangan pelajar dan orang ramai. Balai cerap ini akan dilengkapkan dengan teleskop 24 inci yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia bagi kemudahan mencerap bintang, planet, langit dan sebagainya," katanya.

Kamal Amran berkata pengurusan balai cerap itu akan dibuat secara usahasama dengan Universiti Malaya (UM).

Apabila siap kelak, katanya UM bersetuju untuk menempatkan para pegawai dan penyelidiknya untuk membantu menguruskan balai cerap tersebut.

Katanya salah satu keunikan yang terdapat di balai cerap itu ialah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut. Jam ini menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari.

"Di samping itu, balai cerap ini juga akan mempunyai galeri yang akan menempatkan bahan-bahan sejarah berkaitan dengan cerapan dan astronomi dalam Islam," katanya.

Sementara itu, katanya, hotel setinggi empat tingkat yang mempunyai 84 bilik serta tiga pangsapuri adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan di antara kemudahan yang terdapat di situ ialah restoran, surau, tempat riadah dan parkir.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

Sarjana Falak http://mufti.penang.gov.my/pusat_falak/SARJANA%20FALAK.pdf

Kaedah ringkas utk menghitung waktu solat http://syihanf.blogspot.com/2011/01/kaedah-ringkas-utk-menghitung-waktu.html

Nemu Kuadran Terbesar http://iin-aina.blogspot.com/2011/04/nemu-kuadran-terbesar.html

20111116

Buat pahala dengan besi buruk



Minggu lepas emak bersih halaman rumah di kampung. Ada kereta sorong buruk yang tak guna lagi. Emak suruh buang. Saya pun letaklah dalam kereta besi buruk kereta sorong tadi, berat juga angkat dengan anak. Puas fikir mana pula nak buang. Susah-susah pergi saja pekan Chengkau beri pada kedai jual besi buruk di sana.

Saya isi minyak dulu di pekan Rembau. Malas pula rasanya nak pergi pekan Chengkau. Fikir punya fikir, hati tergerak nak buang di tong sampah dekat pasar Rembau, harap-harap adalah orang akan ambil untuk jual sebagai besi buruk.

Lalu pasar Rembau dah tengahari, tak ada orang di pasar. Di kawasan tong sampah tersebut ada seorang lelaki sedang mencari-cari kotak dan besi buruk dalam tong sampah. Saya pun tanya lelaki tersebut, nak kereta sorong buruk tak. Lelaki tadi macam orang mengantuk disorongkan bantal.

Dia bukan main suka dapat besi buruk, saya pula bukan main suka dapat buang kereta sorong tadi pada orang yang memang memerlukan.

Beberapa minggu lepas surau saya ada kerja mengecat atap, dinding dan pagar surau oleh kontraktor. Tin-tin cat kosong pekerja kontraktor tadi buang dalam lubang sampah belakang surau, bukan main banyak. Saya pun kutiplah semula, nanti jadi tempat biak nyamuk pula.

Saya kemekkan tin tadi dengan tukul gergasi dan masukkan dalam plastik sampah. Dapat dua plastik besar. Letak saja luar pagar surau. Esoknya tengok, dua plastik sampah berisi tin-tin cat kosong tadi telah tiada.

Senang bukan buat pahala. Ini serampang lebih dari dua mata. Orang yang memerlukan dapat duit jual besi buruk. Kita dapat amalkan konsep kitar semula. Alam sekitar lebih baik untuk jangka masa panjang.

Jadi kalau ada besi-besi buruk dalam rumah, luar rumah, dalam kereta, luar kereta. Kumpulkan elok-elok, kalau nak jual sendiri besi buruk pun boleh. Kalau tak nak jual, berilah pada kepada sesiapa yang mencari besi buruk. Kalau susah sangat nak cari orang yang perlukan besi buruk, letak elok-elok tepi tong sampah, pasti ada yang mengambilnya.

Bukan setakat besi buruk, kotak, plastik pun elok dibuat begitu.

Kempen Kitar Semula yang dibuat oleh kerajaan boleh dikatakan GAGAL. Tak percaya pergi stesen-stesen minyak yang ada 3 tong berlainan warna untuk diisi bahan buangan kitar semula, dah jadi tong sampah.

Jadi jayakan kempen kitar semula untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak dapat duit, kita dapat pahala insyaAllah.

20111114

Malaysia kembali dijajah oleh England, bermula di Putrajaya

Orang Melayu pada ketika ini telah kembali dijajah. Mental orang Melayu telah dijajah dengan begitu teruk sekali pada ketika ini. Lebih memalukan, penjajahan orang Melayu oleh orang England berlaku di Putrajaya secara terang-terangan.

Kalau tak percaya dengan kenyataan di atas, sila baca satu artikel bertajuk KELMARIN SAYA PERGI KE BANDARAYA NEW ENGLAND di pautan berikut http://al-lavendari.blogspot.com/2011/11/kelmarin-saya-pergi-kei-bandaraya-new.html

HIDUP PPSMI !



Bapa OKU 7 anak mohon bantuan sertai program



Saya terbaca ruangan komen mengenai Program Cuti Sekolah Nov 2011 ini. Seorang bapa yang OKU mempunyai 7 orang anak teringin sangat nak hantar anaknya ke program tersebut yang diadakan di Rembau. Pada saya penganjur telah menyediakan kos yang amat berpatutan, RM300 untuk 15 hari termasuk makan minum.

Setakat ini saya tak jumpa lagi Program Cuti Sekolah yang amat kompetitif kosnya seperti ini.

Kepada sesiapa yang prihatin yang ingin menaja anak kepada bapa OKU ini dari SMK KLIA sila rujuk ruangan komen pada pautan berikut http://madrasahbongek.blogspot.com/2011/10/motivasi-pelajar-1umat-20-nov-4-dis.html

Komennya ialah : “saya bapa yang OKU ada 7 anak ,teringin nak masukkan anak yang tingkatan 2(14 thn) sekolah di SMK KLIA saya tak mampu ,mohon ustaz beri ruang dan peluang- tel saya 013-6946535”

Kita marah bila orang menganjur Program Seksualiti Merdeka, Konsert dan sebagainya. Tapi apa peranan kita untuk mempromosi dan menyemarakkan program seumpama ini , lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah ?

PROGRAM CUTI SEKOLAH
Tema : Asas-Asas Muslim
Tarikh : 20 Nov – 4 Dis 2011
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 19 tahun lelaki sahaja
Yuran : RM 300 sahaja ( termasuk makan minum 5 kali sehari, asrama tempat tinggal, bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Jumlah peserta : Terhad kepada 50 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)

20111113

Ramai orang Melayu kita perangai macam Yahudi



Kita ni orang Melayu yang mengaku Islam marah bila umat Islam di Palestin ditindas. Kita marah bila kedaulatan Raja Raja kita disentuh. Tetapi secara tidak sedar ramai orang Melayu kita ni, perangai macam Yahudi. Dah lama saya tak dengar khutbah Jumaat yang beri kesedaran kepada para jemaah. Tapi pada 11 November 2011, khutbah Jumaatnya bertajuk “MEMBUDAYAKAN KEBERSIHAN ”. Eloklah , kena batang hidung kita semua.

Tengok sahaja halaman rumah orang Melayu, kebersihan kereta orang Melayu, kebersihan surau dan masjid. Bersih rumah harap isteri, bersih kereta harap Car Wash, bersih masjid surau harap siak.

Antara hadith dalam khutbah tersebut ialah :

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya”.(Riwayat at-Tabarani).

Isi khutbah sepenuhnya di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/khutbahjakim/upload/rumi/doc/membudayakan_kebersihanrumi.doc

Negara sedang dilanda bala sakit mental dan gejala bunuh diri



Pesakit mental meningkat 15.6%
KOTA KINABALU 12 Nov. 2011 - Bilangan pesakit mental mencatat peningkatan drastik di negara ini dan jumlahnya kian bertambah setiap tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Menurutnya, berdasarkan statistik daripada kementerian tersebut, jumlah pesakit mental mencatat peningkatan 15.6 peratus tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya. Katanya, 400,227 orang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berhubung penyakit mental pada 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Gemar menyendiri punca penyakit mental
KUALA LUMPUR 12 Nov 2011 – Golongan yang suka menghabiskan masa seorang diri tanpa menghiraukan kewujudan ahli keluarga dan sahabat handai berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental. Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain menjelaskan, disebabkan sikap gemar menyendiri itu, masa yang sepatutnya dihabiskan bersama rakan atau keluarga dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melayari Internet atau bermain permainan video.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Khutbah Jumaat perlu tekan Sakit Mental, Bunuh Diri
Khutbah Jumaat sepatutnya menyedarkan jemaah yang hadir agar insaf dan bersatu bertindak atas kemelut iman yang semakin serius. 11.3 peratus atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun serta hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara. Maka para khatib sepatutnya menyedarkan jemaah agar bersatu menghadapi pelbagai bencana iman, hilang pedoman, sakit mental dan bunuh diri yang juga adalah merupakan bala bencana di Malaysia ketika ini. Ulasan selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

Jangan jadikan Khutbah Jumaat semakin membosankan. Ulasan selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Kelas Mahir alQuran 22 Nov ke 15 Dis 2011 Senawang



KELAS KEMAHIRAN AL QURAN
Pengisian : Tajwid , Asas Taranum, Hafazan
Tarikh : 22 Nov- 15 Dis 2011 anjuran Biro Pembangunan Insan,Taman Desa Melor.
Hari : Selasa, Rabu,Khamis
Masa : 9 pg - 12 tgh
Tempat : Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Bayaran RM 30 (makan, minum tidak disediakan)

Syarat penyertaan:
- Boleh mengaji al Quran
- Berumur 7 - 15 tahun

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ustazah Siti Nor Hayati Khalip (019 6719768)
Cikgu Hjh Nurciana Hj Nasaruddin (017 3629686)

Program Motivasi AlQuran dan Selebriti Nov Dis 2011



PROGRAM MOTIVASI AL-QURAN (MAQ) 2011
Hari : Isnin – Khamis
Masa : 8.30 pg – 12.30 tgh
21 Nov – 10 Dis 2011 di Masjid UKM, Bangi
29 Nov – 17 Dis 2011 di Masjid Kuarters KLIA, Nilai
29 Nov – 17 Dis 2011 di Masjid Al Taqwa, Kg Paroi, Seremban
29 Nov – 17 Dis 2011 di Madrasah Nahdhatul Islamiah, Seksyen 3, Shah Alam
5 Dis – 24 Dis 2011 di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya
5 Dis – 24 Dis 2011 di Masjid Al Muttaqin, Wangsa Melawati, KL

Peserta : 9-16 tahun lelaki/perempuan
Yuran : RM350 seorang (sebelum 15 Nov 2011), RM450 seorang (selepas 15 Nov 2011)

Maklumat lanjut boleh terus hubungi kami:
Ustaz Arif Asa'ad: 016-3733607
Mohd Noor : 013-2006840
Badrul Hisyam: 019-3812580
Anwar: 0196370661

Atau layari http://www.motivasialquran.com/

PENGISIAN MENARIK :
Hafazan
Solat Itu Mudah
Tujuan Hidup
Klinik Bela Diri
Tranformasi Qalbu
Eksplorasi Mantap
Membina Legasi
Motivasi Belajar Cemerlang

SLOT BERSAMA SELEBRITI :
Imam Muda Asyraf http://www.imamudasyraf.com/
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil http://www.saifulislam.com/
Tuan Fazrul Ismail http://www.casicgallery.com/
Tuan Zuhairi Mohd Nopiah http://www.zuhairinopiah.com/

20111111

JOM, Kem Anak Soleh 20 Nov ke 4 Dis 2011 di Rembau


PROGRAM CUTI SEKOLAH
Tema : Asas-Asas Muslim
Tarikh : 20 Nov – 4 Dis 2011
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 19 tahun lelaki sahaja
Yuran : RM 300 sahaja ( termasuk makan minum 5 kali sehari, asrama tempat tinggal, bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Jumlah peserta : Terhad kepada 50 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240

Penceramah Motivasi :
Ustaz Nor Azman bin Mohammad dari Imtiyaz Training
Ustaz Mohamad bin Mohshin dari Alfaliheen Management

Anjuran : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim

ANTARA AKTIVITI YANG MENARIK :
- Kembara Alam
- Perkelahan di Lubuk Petai
- Riadhah
- Smart Solat
- Dan banyak lagi, sila rujuk Tentatif Program di bawah ini.

OBJEKTIF :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

PENGISIAN :
- Kelas Al Quran, Tauhid, Fiqh dan Adab
- Kelebihan Amalan, Sirah Nabi dan Sahabat
- Sembahyang Berjemaah Lima Waktu dan Qiamullail
- Sembahyang-Sembahyang Sunat, Zikir dan Doa
- Riadhah dan Aktiviti Kemasyarakatan

KEPERLUAN PESERTA :
- Pakaian yang cukup dan sesuai untuk aktiviti agama dan luar
- Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun dll
- Bantal, sarung bantal, selimut dan cadar
- Alat membasuh, baldi, hanger dan sepit baju
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk tempoh 2 minggu

TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (AHAD) 20.11.2011
10.00 am – 11.30 am Ketibaan dan Pendaftaran Peserta, Pembahagian Kumpulan & Tempat Tidur
11.45 am – 12.30 pm Taklimat Budaya Program
12.30 pm – 2.00 pm Adab Makan, Makan tengahari ,Solat Zuhur Berjemaah dan Wirid
2.30 pm – 4.30 pm Aktiviti Berkumpulan 1 – Asas Bersuci 1
4.30 pm – 7.00 pm Solat Asar Berjemaah dan Wirid, Bacaan Sirah Nabi, Belajar Bercakap Kebesaran Allah Taala, Riadhah dan Sukan, Minum Petang, Khidmat Diri
7.00 pm – 8.30 pm Solat Maghrib Berjemaah dan Wirid, Tazkirah Maghrib 1- Apa itu Agama?, Solat Isyak Berjemaah dan Wirid
8.45 pm – 9.30 pm Makan Malam
9.30 pm – 10.30 pm Ceramah 1
10.30 pm – 11.30 pm Minum Malam , Muhasabah Diri, Adab Tidur

Untuk Aturcara Program penuh hingga HARI KELIMA BELAS (AHAD) 04.12.2011 sila ke http://madrasahbongek.blogspot.com/2011/10/motivasi-pelajar-1umat-20-nov-4-dis.html


Jambori Amal N9 16 ke 18 Dis 2011 Port Dickson



JAMBORI AMAL 2011
Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Anjuran : Unit Amal N.Sembilan

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 , Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.

Maklumat lanjut mengenai Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/

Simposium Tareqat 3 Dis 2011 di Seremban



SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF SIRI 2
Tarikh : 3 Dis 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Madrasah As-Saidiyyah, Surau Kg Pondok Rasah, Seremban
Pembentangan Kertas Kerja oleh :
1. Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek , Khalifah Tareqat Nasyabandiah Khalidiyah (Tajuk : Penyakit dan masalah-masalah dalam Tareqat Tasawuf)
2. Dr. Abdul Manam Muhammad Al-Merbawi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Tajuk : Peranan Zikir dan kesan-kesannya)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Bayaran RM 10 untuk fail, kertas kerja, dvd serta jamuan makan

Diharapkan para hadirin dapat datang awal kerana pihak penganjur serta di bantu oleh beberapa agensi serta jabatan kerajaan dan tareqat-tareqat berdaftar akan membuat pameran ilmu dan jualan buku serta cenderamata.

Maklumat lanjut http://pondok-rasah.blogspot.com/ dan http://alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

20111110

BANGSAT SANGATKAH BAHASA MELAYU INI ?

Satu artikel yang menarik untuk renungan kita bersama, khususnya orang Melayu di Malaysia ini sebagai cerminan untuk kita semua. Sila baca artikel oleh seorang penulis blog dari Seremban bertajuk BANGSAT SANGATKAH BAHASA MELAYU INI ? di http://al-lavendari.blogspot.com/2011/11/bangsat-sangatkah-bahasa-melayu-ini.html

Kepada mereka yang ragu-ragu akan kemajuan teknologi orang Melayu di zaman kesultanan Islam dahulu kala yang tidak memperkasakan Bahasa Inggeris dan Tulisan Rumi sila baca sedikit kemajuan teknologi zaman Melayu silam di http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com

20111109

Sedih lihat Tanah Perkuburan Seremban, berair, berlubang















Di Seremban ada dua tapak perkuburan Islam yang utama. Yang lama dan hampir penuh di Makam Sheikh Ahmad di Sikamat. Yang baru ialah di Tanah Perkuburan Senawang berhampiran Enconsave dan Taman Forest Height. Akan tetapi keadaan Tanah Perkuburan Islam di Senawang ini amat menyedihkan, walhal ini lah satu-satunya kawasan tumpuan perkuburan Islam di Seremban ketika ini.

Kawasan perkuburan ini sentiasa lecak dan basah, walaupun hari tidak hujan, menyebabkan kesukaran kepada para pengunjung untuk menziarahi kubur, apatah lagi untuk urusan pengkebumian jenazah.

Lebih memeranjatkan ada 2-3 tapak kubur telah menjadi semacam kolam atau perigi. Tidak pasti tapak kubur ini kosong atau telah digunakan memandangkan sekeliling kolan ini telah pun ada penghuninya.

Tanah Perkuburan Islam di Senawang ini menurut sumber adalah kawasan tanah tambak, di bahagian bawah sebelah hujung adalah berpaya. Tanah Perkuburan Islam Senawang ini telah sedia ada sebelum adanya Econsave dan Taman Forest Height. Apabila jalan ke Taman Forest Height telah dibuat, ianya menyebabkan aliran sungai di kawasan paya tersebut telah tersekat, mengakibatkan “back flow” ke kawasan perkuburan.

Banyak agensi berkaitan perlu turun padang melihat sendiri kawasan kubur ini, jangan tunggu nak jadi jenazah baru nak turun padang. Walaupun tanah kubur ini milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, pengurusannya adalah dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Sementara Jabatan Pengairan dan Saliran pula bertanggungjawab untuk memastikan aliran air tersebut dapat berjalan lancar ke parit, sungai atau anak sungai yang berhampiran.

Takkan perkara macam ni nak tunggu Tan Sri Muhyiddin Yasin turun padang, baru nak turun peruntukan membaik pulih kawasan perkuburan Islam di Seremban ini seperti lawatan beliau tempoh hari ke Flat Senawang yang betul-betul sebelah tanah perkuburan ini.

Pihak media dan wartawan pula, cubalah tengok sendiri kedaifan kawasan tanah perkuburan Senawang , pasti lentok dan meleleh air mata.

Tak percaya tengok gambar-gambar sekitar tanah perkuburan Islam Senawang yang saya ambil pada jam 9.30 pagi Rabu 9 Nov 2011 di atas.