KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111229

Mari kita ceriakan keluarga daif ini di Johol, N.Sembilan



Baru-baru ini rombongan PAS DUN Johol, Negeri Sembilan telah berkesempatan mengadakan lawatan menziarahi keluarga miskin di Kampung Kepis Hilir (lorong Lonek) iaitu sebuah keluarga pasangan suami isteri yang mempunyai 4 orang anak.

Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang.

Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh sendiri getahnya.

3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang.

Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi.

Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga membina rumahnya.

Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi beliau iaitu Roos Noor Faizli bin Razali ( 012-2682373 ) Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.

Foto keadaan rumah keluarga tersebut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/12/mari-kita-ceriakan-keluarga-daif-ini-di.html

Forum Perdana 31 Dis 2011 di Dataran Senawang



FORUM PERDANA
Tarikh : 31 Dis 2011 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Senawang
Bersama :
Tn Hj Shamsuri Abdullah (IKRAM N9)
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA)
Ustaz Nor Azamir Alias (Timbalan Mufti N9)
Ustazah Razidah Adam (Wanita ISMA N9)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/presiden-isma-akan-tampil-dalam-forum-perdana-sempena-malam-tahun-baru-2012/

20111228

Tazkirah 3 Ustaz 12 Jan 2012 di Johol, N.Sembilan



MUNAJAT DAN TAZKIRAH PERDANA
Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun
Bersama :
YB Ustaz Taib Azamudin (bekas Imam Masjid Negara)
Ustaz Kamal Asha'ari (bekas Imam Masjid Shah Alam)
Ustaz Norazman Mohamad (bekas Imam Masjid Ampangan)

Tarikh : 12 Jan 2012 (Khamis)
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran Al-Ikhwan Air Mawang, Johol, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 PR Rembau



SAMBUTAN TAHUN BARU 2012
Tarikh : 31 Dis 2011, Sabtu
Masa : 11 pagi - 12 tgh mlm
Tempat : Kg Sawah Raja (DUN Kota), Rembau
Bersama : Ustaz Dr Badrul Amin, YB Ustaz Firdaus, YB Sivakumar, YB Chang Lih Kang, YB Taufek che'GuBard dan Pak Jabit

Tentatif Program :
11 pg : Gotong Royong Persiapan Kenduri Rakyat
5 ptg : Pendaftaran petugas/sukarelawan Pakatan Rakyat Rembau
7 mlm : Solat Maghrib/Isya berjemaah, Tazkirah, Zikir (diimamkan oleh Ust Dr Badrul Amin)
8.30 mlm : Jamuan Makan Malam / Kenduri Rakyat
8.45 mlm : Ceramah umum oleh Ust Dr Badrul Amin, YB Ust. Firdaus (MP Jerai), YB Sivakumar (Mantan Speaker DUN Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Perak), YB Taufek (PJ PAS NS), che'GuBard dan kemunculan khas 'Pak Jabit' (Man Kadir) pelakon Hantu Kak Limah
12.00 tgh mlm : Zikir Munajat

Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-3696474

Anjuran Pakatan Rakyat Rembau

Layari laman blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1001 CARA



PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1001 CARA
Tarikh : 15 Januari 2012, Ahad
Tempat : Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Penceramah : Dr. Ridzuan Mohamad Noor, Ketua Eksekutif EHS Mind Power Consultancy “Peneraju Transformasi Minda”

Hubungi : Mohd Nazlin Bakrullazi (Bandar Enstek, Nilai) 019 – 356 3442

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang :

1. Membongkar Rahsia Kelebihan Kekuatan & Kelemahan Diri bagi menjadi orang yang LUAR BIASA HEBAT.
2. Kenali Rahsia Kekuatan OTAK & MINDA untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
3. Teknik Disiplin Minda, Diri & Strategi utk membuang VIRUS Negatif dalam minda.
4. TEKNIK LAW OF ATTRACTION, LAW OF CAUSE & EFFECT, NLP.
5. TEKNIK Merancang VISI, MATLAMAT & MISI dalam Kehidupan Diri & Keluarga untuk mencapai 100% impian.
6. Teknik Strategi untuk melipat gandakan wang anda

Cara yang mudah, cepat & tepat untuk anda:

“MENJADI SEORANG HEBAT & LUAR BIASA DI DALAM KERJAYA, PELAJARAN, KEBAHAGIAN, KEPIMPINAN, KESIHATAN, KEWANGAN, KEAGAMAAN & KEHARMONIAN”.

Harga Biasa RM350 - **YURAN PERCUMA**
(Tidak termasuk Kos Pengurusan RM50 seorang)

20111227

Pendaftaran Pelajar PASTI Al-Haazim, Senawang



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Haazim
208, Lorong Ixora 1/17, Taman Desa Ixora
70450 Senawang, Negeri Sembilan

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Aishah 019-3535026
Ustazah Azlina 012-9172423
Hj Baharudiin 019-3303647

Waktu pendafataran : 9 pagi - 11.30 pagi (Isnin-Jumaat)

Menyediakan Perkhidmatan :

1. Pendidikan Pra Sekolah bagi anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun (Asas Bahasa Arab/Melayu/Inggeris, Al Quran, Fardhu Ain, Matematik dan Sains)

2. Kelas Tambahan/Tusyen : Membaca Iqra’ , Bahasa Melayu dan Jawi

3. Kelas Mengaji Al Quran

Nota : Makanan dan kenderaan disediakan

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

20111226

Tabung Baik Pulih Masjid Tok Muar, Negeri Sembilan





Mari kita bersama membantu menyelamatkan masjid tertua di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu Masjid Tok Muar yang kini diancam tanah runtuh akibat hakisan tebing sungai yang semakin teruk terutama di musim hujan ketika ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui Cek/Transfer/Bank In:-
Nama Akaun : YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
No Akaun : 05021010019276
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Atau hubungi :
Pejabat Urusan YKSNS
No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 06-4810092 / 0122 Faks: 06-4810576
Pegawai Bertugas: Puan Zarinah binti Abdul Kabor

Atau :
Kompleks Masjid Tok Muar,
No. 1 Taman Cemerlang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel : 06-4810 068
Pegawai Bertugas : Ustaz Muhammad Aiman Danial bin Abdullah

Maklumat lanjut di http://yksnegerisembilan.com/archives/912

Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20111224

Kenapa orang kita mudah ditipu tapi sukar untuk berderma

Kenapa orang kita begitu mudah ditipu terutama dalam skim pelaburan dan sebagainya hingga sanggup bergolak bergadai tetapi tidak ramai yang ringan tangan untuk menghulurkan derma atau sumbangan untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, golongan memerlukan dan sebagainya?

Artikel saya sebelum ini bertajuk : “Pendakwah perlu tiru kesungguhan penjenayah warga Nigeria” di http://www.waghih.blogspot.com/2011/12/pendakwah-perlu-tiru-kesungguhan.html

259 warga tua mahu jadi jutawan segera kena tipu
Berita Harian 24 Di 2011

SEREMBAN: Seramai 259 warga emas dari beberapa negeri yang mahu bergelar jutawan segera, terpedaya lebih RM400,000 dengan skim pelaburan anjuran dua lelaki, termasuk seorang mendakwa dirinya ‘Datuk.’

Setiap mangsa sanggup mencagarkan tanah kepada bank selepas mendengar taklimat suspek berusia 51 dan 47 tahun itu, membayar RM1,600 kepada lelaki berkenaan yang kononnya sebagai bayaran menguruskan pinjaman itu. Mangsa berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an itu dikatakan tertarik dengan pulangan ‘Skim Dana Persisiran Pantai Labuan Kepada Pemilik Tanah Bumiputera' yang didakwa memberi pulangan sebanyak RM5 juta dengan setiap pelaburan berjumlah RM1,000.

Difahamkan, mangsa yang mahukan keuntungan berlipat kali ganda kemudian dipujuk supaya membuat pinjaman bank dengan mencagarkan tanah masing-masing dan suspek berjanji untuk menguruskan proses berkenaan.

Mereka kemudian menyerahkan dokumen berkaitan dengan disertai bayaran RM1,600 setiap seorang kepada suspek melalui orang tengah Mac lalu, sebelum menyedari tertipu apabila suspek itu gagal dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ramli Mohd Nor, berkata susulan itu, mangsa melantik seorang wakil yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis, awal bulan lalu.

“Siasatan awal mendapati, tiada pinjaman bank dipohon bagi pihak mangsa dan mereka bernasib baik kerana tanah milik mereka tidak tergadai.

“Kita percaya, suspek sememangnya mahu menipu wang bayaran itu kononnya untuk menguruskan pinjaman berkenaan yang secara keseluruhan berjumlah lebih RM400,000,” katanya, semalam.



Pada masa sama, beliau meminta dua lelaki tampil untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka adalah Sabari Mansor, 47, beralamat terakhir di No 3, Jalan Nibong 35, Taman Daya, Johor Bahru dan Ibrahim Hashim, 51, di alamat terakhirnya di No 25, Jalan Cendrawasih, Taman Paroi Jaya, Seremban.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/259wargatuamahujadijutawansegerakenatipu/Article

20111221

Program Jom Lepak d Masjid 28 ke 30 Dis 2011 Senawang



PROGRAM JOM LEPAK
Tarikh : 28 ke 30 Dis 2011 (Rabu-Jumaat)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Peserta : Remaja lelaki 12 - 19 tahun
Yuran : RM60

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Arif 019-6746628

Antara Acara Menarik :
Lepak Jiwa Tenang
Tanyalah Ustaz
Rahsia Percaya, Berjaya dan Bergaya
Larian Kembara Mukmin
Dan banyak lagi ….

Maklumat mengenai Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/

Malaysia amat perlukan lebih banyak hospital pesakit mental


Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital, klinik dan doktor khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan begitu sedikit pakar sakit jiwa seluruh Malaysia hanya ada 233 orang pakar sakit jiwa.

Saya sendiri pernah dihubungi oleh pembaca blog saya yang tidak tahu lagi ke mana hendak diluahkan perasaan kerana mempunyai ahli keluarga yang sakit mental yang boleh membahayakan keluarga dan penduduk setempat. Hospital, penjara tidak mahu menerima mereka yang sebegini seperti dilaporkan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

Peristiwa di bawah ini saya yakin bukan yang pertama dan terakhir yang berlaku di negara kita. Akan ada lagi peristiwa di bawah ini sekiranya pemerintah negara dan rakyat tidak mengambil serius untuk menangani masalah ini, antaranya pembinaan lebih banyak hospital dan klinik pesakit mental serta menambah bilangan doktor yang pakar dalam bidang ini.

**********
Lelaki mengamuk, nenek cedera
Utusan Malaysia 21 Dis 2011

Orang ramai melawat Hasipah Ngah Kassim yang cedera selepas menjadi mangsa amuk di Teluk Intan, Perak, semalam.

TELUK INTAN 20 Dis. – Seorang nenek berusia 81 tahun menempuh saat-saat paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dibelasah seorang lelaki dalam satu kejadian amuk di Kampung Tersusun Alor Bakong, Langkap di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, warga emas, Hasipah Ngah Kassim dicekik, diheret dan dipijak sebelum kepalanya dipukul serta dihantukkan ke dinding oleh lelaki dipercayai kurang siuman yang tiba-tiba memasuki rumahnya.

Ekoran kejadian itu, Hasipah yang mengalami cedera di leher, kepala serta lebam di seluruh badan, dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan, di sini.

Keadaan warga emas itu, bagaimanapun kini dilaporkan stabil tetapi masih trauma ekoran kejadian tersebut.

Cucu mangsa, Mohd. Izwan, 12, yang menyedari kejadian itu memberitahu, insiden berlaku ketika neneknya itu baru selesai menunaikan solat di salah sebuah bilik di rumah mereka.

“Tiba-tiba saya terdengar suara nenek menjerit-jerit kesakitan dan saya bergegas cuba menyelamatkan nenek tetapi lelaki itu memukul dan mengugut membunuh saya jika masuk campur.

“Saya kemudian meminta pertolongan jiran-jiran yang akhirnya dapat menyelamatkan nenek yang terkulai kesakitan di lantai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Penduduk, Roshaidah Shamsudin, 33, memberitahu, lelaki kurang siuman itu sering menakut-nakutkan penduduk yang mengamuk secara tiba-tiba tanpa mengira siang atau malam.

Malah, dia mendakwa, lelaki tersebut yang selalu dilihat membawa parang, pernah cuba menikam anak saudaranya sendiri selepas didapati cuba memasuki rumah untuk mencuri.

“Kita harap, pihak berkuasa segera mengambil tindakan. Kita tidak mahu peristiwa berdarah di Taman Mawar Langkap pada 2009 melibatkan seorang lelaki yang menetak mati isterinya ketika bersahur akan berulang di kampung ini,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supritendan Muhammad Zaki Harun ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang dikenali sebagai Zali Abdullah, 32, kini ditahan untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, kita dimaklumkan suspek menghidap penyakit mental, tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

20111220

Pakar Motivasi Dr Abdullah Khairi 24 Dis 2011 di Seremban



CERAMAH MOTIVASI MASYARAKAT
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 9 Mlm
Tempat : Dataran Senawang
Oleh Pakar Motivasi Ustaz Dr. Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Dzuha 019-0196651176 , Aki 019-2171942 , Kak Ros 019-3572101

***************
BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 2 ptg - 5 ptg
Bersama Pakar Motivasi Ustaz Dr. Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan

Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga

Yuran penyertaan RM10 seorang

Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar

Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.

Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi : Sufian 013-3589328 , Pn Wani 013-013-3851202 , Hakki 013-3840022 , Sahrizal 017-4680125 , Shukur 017-3627238 , Rozmal 012-2267406

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
Umur : 45 tahun
Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

20111218

Ini pasaraya ke masjid yang saya pergi ni?



Ahad 18 Dis 2011 jam 9.10 pagi, saya ke Pasaraya Sabasun di Gong Badak, Kuala Terengganu membeli beberapa barangan keperluan. Memasuki pasaraya, sistem penyiaran setempatnya mendendangkan alunan zikir Asma ul Husna. Manakala skrin-skrin iklan LCDnya memaparkan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Selepas membayar dikaunter pula, saya disambut dengan pelaburan akhirat, iaitu tabung-tabung derma untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.

Terasa begitu tenteram dan tenang sekali apabila membeli belah dan keluar dari pasaraya tersebut.

Semoga lebih banyak lagi pasaraya, pasar malam, pasar tani dan kedai-kedai di Malaysia ini boleh mencontohi Sabasun terutamanya yang dijalankan oleh orang Melayu dan orang Islam, harga pun berpatutan.

Maksud Hadith – “Sebaik-baik(yang disukai) tempat bagi Allah ialah masjid-masjid dan seburuk-buruk(yang dibenci) tempat bagi Allah ialah pasar-pasar.” (rawahul Muslim)

Penduduk gusar, Rembau sering dipanah petir ketika ini



Pada awal Disember 2011 seorang lelaki telah meninggal dunia akibat dipanah petir ketika melakukan kerja di projek landasan keretapi berkembar di Rembau. Seorang penduduk menggesa supaya ada pihak yang mengkaji serta menyediakan pelan tindakan untuk mengurangkan risiko panahan petir yang boleh membawa kepada kemusnahan nyawa dan harta benda. Apakah apabila landasan keretapi elektrik berkembar beroperasi kelak akan menaikkan lagi kadar panahan petir di Rembau?

Saya juga berpendapat selain pendekatan sains, kita juga seharusnya menggunakan pendekatan Islam serta mendekati golongan ulamak agar mereka memberi pandangan terhadap punca kenaikan kadar panahan petir ini serta langkah yang perlu diambil.

Saya telah mengumpulkan berita dan kejadian kemalangan akibat petir sekitar Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Lokasi sering disambar petir
Sinar Harian 17 Dis 2011

REMBAU – Penduduk dari Kampung Ara, di sini, memohon pihak berkaitan supaya dapat mengkaji kawasan yang sering disambar petir berikutan ia berdekatan kediaman sekali gus bagi mengelak ancaman terhadap keselamatan dan nyawa penduduk di situ.

Kebimbangan itu susulan kejadian buruh maut dipanah petir ketika kerja-kerja membina jambatan berhampiran landasan kereta api berkembar di kampung berkenaan, kira-kira jam 4.00 petang, 4 Disember lalu.

Menurut Azman Ahmad, 41, kediaman keluarganya terletak betul-betul berhampiran jambatan berkenaan.

Katanya, ketika kejadian buruh maut dipanah petir itu berlaku, dia berada di rumah bapanya.

“Kawasan ini boleh dikatakan ‘kawasan petir’ kerana ia sering disambar petir kuat sehingga bapa saya pernah menceritakan tembok konkrit pintu pagar rumah dan cermin peti surat pecah dipanah petir tahun lalu.

“Jika sebelum ini, masih belum terdapat kes membabitkan kehilangan nyawa penduduk, namun kejadian ini (buruh maut dipanah petir) benar-benar membimbangkan saya sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, dia berharap supaya pihak berkaitan dapat mengkaji kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara buruk berulang kembali.

Malahan, dia turut berharap aliran elektrik berarus tinggi bagi landasan kereta api berkembar itu dikaji supaya tidak menambah risiko kejadian panahan petir di perkampungan berkenaan.

“Saya sangat berharap kajian dapat dilaksanakan di kawasan ini bagi mengelak perkara buruk berulang selain bagi menyelamatkan nyawa penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lokasi-sering-disambar-petir-1.13058

20111217

Sudut Hijau Muslimah eratkan perpaduan masyarakat



Sudut Hijau Muslimat (SUHIM) atau “Muslimah Green Corner (MGC)” yang terletak bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya , Senawang telah didirikan hasil gotong royong masyarakat setempat serta derma dari orang ramai. Tujuan SUHIM atau MGC adalah merupakan pusat mini setempat untuk pengumpulan produk usahawan serta jualan amal barangan terpakai untuk memperkemaskan aktiviti sosio masyarakat setempat khususnya yang melibatkan wanita antaranya ibu tinggal, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu SUHIM menjemput orang ramai untuk hadir di program Hari Terbuka pada hari Ahad 25 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi dimana antara acara yang akan diadakan pada hari tersebut ialah jualan amal barangan terpakai, promosi produk usahawan serta khidmat kesihatan asas percuma.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut perjalanan SUHIM ini serta Hari Terbuka SUHIM bolehlah menghubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Dewan Muslimat Kawasan Rembau di BANK ISLAM dengan No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Premis SUHIM terletak di No 22 , Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban , N.Sembilan

20111216

CERAMAH MOTIVASI UMUM



CERAMAH MOTIVASI UMUM
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 9 Mlm
Tempat : Dataran Senawang
Oleh Pakar Motivasi Ustaz Dr Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon

Semua Dijemput Hadir

Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Penerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

20111215

Program Motivasi Keluarga 24 Dis 2011 di Rembau



BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 2 ptg - 5 ptg
Bersama Pakar Motivasi Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan

Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga

Yuran penyertaan RM10 seorang

Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar

Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.

Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi :
Sufian 013-3589328
Pn Wani 013-013-3851202
Hakki 013-3840022
Sahrizal 017-4680125
Shukur 017-3627238
Rozmal 012-2267406

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
Umur : 45 tahun
Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

Kuliah Maghrib Ustaz Nik Abduh 18 Dis 2011 di Senawang



KULIAH MAGHRIB
Oleh Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Surau An-Nur, Taman Seremban Selatan Fasa 3, Senawang
Masa : 7.30 mlm

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20111214

Ceramah Ust Nik Abduh 18 Dis 2011 di Jelebu



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Balai Islam, Kg Kuala Pah, Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Masa : 9 mlm
Penceramah :
Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.
Sdr Adli Azhari , Pesuruhjaya PAS Melaka.

Semua di jemput hadir

Majlis Minum Petang 18 Dis 2011 di Senawang

MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Masa : Selepas Asar

Anjuran : PAS Cawangan Taman Pinggiran Senawang

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Sdr Husaini, Ketua Cawangan 017-3999122

Kisah 7 ekor lembu di N.Sembilan terseksa



Ini ada satu kisah benar yang berlaku semasa Hari Raya Idil Adha 1432 H baru-baru ini di Negeri Sembilan, tapi bukan di Gemas dan tidak melibatkan lembu NFC. Sahabat saya menceritakan ada satu taman perumahan, sebelum ini, setiap tahun program korban dianjurkan oleh surau di taman perumahan tersebut dengan menjemput imam masjid kariah setempat yang begitu dihormati dan amat merendah diri sebagai tukang sembelih.

Tapi pada tahun ini program ibadah korban di taman tersebut telah diambil alih oleh sebuah pertubuhan. Sebanyak 7 ekor lembu akan dikorbankan. Pengerusi yang menganjurkan program korban tersebut telah menjemput tukang sembelih dari luar kariah beberapa kilometer jauhnya untuk menyembelih.

Apabila kesemua 7 ekor lembu tersebut telah diikat dan ditumbangkan untuk disembelih , tukang sembelih tak muncul-muncul. Hari dah panas, lembu semua dan terikat, kalau lama lagi boleh terseksa, berbuih-buih mulut lembu ni, silap-silap mati terikat.

Dah lah yang tukang sembelih tak datang, pengerusi yang menguruskan program korban tersebut pun tak kelihatan semasa kekecohan tersebut.

Lalu wakil penduduk pun pergilah ke masjid kariah semula untuk mencari tukang sembelih. Imam masjid kariah tersebut tiada, mujur ada seorang hamba Allah sukarela untuk bantu menyembelih, kerana tidak mahu melihat lembu-lembu yang telah terikat tadi tersiksa, kerana ianya sudah menjadi amanah untuk disembelih lembu tadi.

Lalu saya menceritakan pada sahabat saya kisah yang berlawanan dengan kisah diatas, juga pada Hari Raya Korban 1432H. Setelah selesai ibadah korban di satu surau, malamnya saya solat maghrib di satu surau lain, disebuah kampung, bukan di kawasan bandar atau taman perumahan.

Saya tanya ustaz di surau tersebut, berapa ekor korban tahun ini? Ustaz tadi dengan nada perlahan dan merendah diri kata 23 ekor. Terkejut saya dengar sebuah surau di kampung boleh korban sampai 23 ekor lembu. Saya tanya lagi hari ni berapa ekor. Ustaz kata hari ni 19 ekor, habis pukul 5 ptg tadi, esok lagi 4 ekor.

Kemudian saya tanya berapa kos sebahagian peserta. Katanya tak silap saya RM257.60. Saya tanya kenapa sampai begitu sekali tak dibulatkan saja kosnya. Katanya memang dari dulu lagi mereka amalkan begitu. Dan memang ada yang beri kos yang tepat sampai ke sen.

Kata ustaz tadi , semasa arwah atoknya dulu pernah mencecah sampai 27 ekor. Begitu barakah sekali surau peninggalan seorang ulama di Negeri Sembilan ini.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.

20111212

Alhamdulillah, anak yatim nak belajar di Maghribi telah cukup duit

Pada 7 Dis 2011 saya telah menulis satu kisah bertajuk “Mari kita bantu anak yatim ini belajar di Maghribi” mengenai adik Said Mohamad Zainudin , bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan yang memerlukan wang untuk tiket penerbangan untuk ke Maghribi (Morocco) setelah mendapat tawaran ke Universiti Muhammad El-Khamis.

Saya dimaklumkan ramai yang telah menghulurkan bantuan dan menurut adik Said dan keluarga wang tambang yang diperlukan sudah pun lebih dari mencukupi.

Sehubungan dengan itu adik Said sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan , termasuk mereka yang menyiarkan kisah tersebut melalui e-mel, blog dan facebook.

Alhamdulillah.

20111209

Pendakwah perlu tiru kesungguhan penjenayah warga Nigeria



Pelik kadang-kadang saya tengok, golongan professional, terpelajar ada kalanya menjadi mangsa penipuan internet melibatkan ratusan ribu dan jutaan ringgit. Tidak semua warga Nigeria atau warga Afrika ini yang terlibat dalam skim penipuan internet, tapi kesungguhan mereka meyakinkan pengguna internet adalah merupakan satu sikap yang perlu dicontohi oleh para pendakwah samada yang sukarela apatah lagi dari JAKIM, Majlis Agama dan Jabatan Agama.

Untuk kita umat Islam kita yakin pada Allah, tapi kita tidak dapat meyakinkan umat Islam lain untuk membuat pelaburan akhirat. Jarang-jarang kita dengar orang derma ratusan ribu untuk masjid, surau, sekolah tahfiz dan anak yatim.

Salah siapa? Salah kita yang tidak dapat meyakinkan umat Islam lain, atau kita sendiri pun tidak yakin dengan pelaburan akhirat?

Kalau selepas Perang Badar tawanan perang Badar diberi hukuman untuk mengajar ilmu kepada orang Islam. Apa salahnya warga Nigeria dan warga Afrika yang ditangkap dalam kes penipuan internet ini memberi kursus kepada para pendakwah sukarela lebih-lebih lagi dari JAKIM, Majlis Agama dan Jabatan Agama agar mereka bergiat aktif di internet untuk menyakinkan pengguna internet membuat pelaburan akhirat.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Lelaki Nigeria tipu suri rumah RM315,000

KUALA LUMPUR 8 Dis. 2011 - Polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penipuan cinta siber yang didalangi warga Afrika dengan tertangkapnya enam ahli sindiket itu termasuk dua pelajar lelaki dari Nigeria dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Johor kelmarin.

Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas seorang suri rumah dari Melaka yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis pada November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa terjerat dengan sindiket itu setelah berkenalan dengan salah seorang daripada anggota kumpulan penjenayah itu melalui laman web AsiaDating.com di Internet pada Ogos lalu.

Beliau berkata, dalam perkenalan tersebut, suspek dipercayai warga Nigeria telah menyamar kononnya lelaki Inggeris dari Britain dan bekerja sebagai ahli kimia dengan syarikat Petronas di negara ini.

"Setelah sebulan berkenalan, suspek mula memerangkap mangsa dengan memperdayakan suri rumah itu agar membantunya membayar cukai keuntungan kerajaan (GST), levi dan cukai pendapatan konon bagi membolehkannya menyambung kontrak bekerja dengan Petronas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, disebabkan percaya dan dijanjikan keuntungan lumayan jika menjadi pemegang amanah bagi kontrak itu, mangsa tanpa berfikir panjang bersetuju memasukkan wang secara berperingkat melalui akuan milik beberapa individu tempatan di negara ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat pembayaran sebanyak RM315,000 dalam tempoh tiga bulan berkenalan dan gagal menghubungi suspek selepas itu.

"Hasil maklumat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Risikan, JSJK Bukit Aman menjalankan siasatan dan berjaya memberkas enam anggota sindiket, masing-masing dua wanita dan lelaki tempatan serta dua lelaki Nigeria kelmarin.

"Empat rakyat tempatan ditahan di Seri Petaling dan Sungai Besi di sini serta Sungai Mati, Muar, Johor manakala dua lelaki Nigeria dicekup di sebuah pangsapuri di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini," katanya.

Dalam serbuan itu, Syed Ismail berkata, polis turut merampas lapan unit telefon bimbit, empat keping kad ATM, dua komputer dan sekeping kad kredit dipercayai digunakan sindiket untuk memperdayakan mangsa.

Beliau berkata, siasatan mendapati rakyat tempatan terbabit bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria yang mendaftar sebagai pelajar di Kolej Boston Web dan Kampus Teknik Puchong itu dengan membenarkan akaun mereka digunakan.

Katanya, keenam-enam suspek telah dibawa ke Melaka untuk didakwa di mahkamah semalam, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1209&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

20111208

Pertandingan Fotografi Gerhana Bulan Penuh


Sempena peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada Sabtu 10 Disember 2011 ini, Kelab AMAL NS ( Kelab Aero Angkasa Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://amal-ns.blogspot.com/ ) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Gerhana Bulan Penuh.

Cuma satu hadiah ditawarkan setakat ini iaitu wang tunai RM50.

Syarat pertandingan ialah :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur
2. Mempunyai akaun di Facebook
3. Menghantar gambar ke Facebook Penasihat Kelab AMAL NS iaitu Tuan Hj Taufek di http://www.facebook.com/hjtaufek samada post di wall atau lampir pada komen.
4. Gambar hendaklah diambil di mana-mana lokasi di Malaysia pada mana-mana bahagian gerhana bulan pada 10 Disember 2011.
5. Hanya satu keping gambar untuk satu pemegang akaun Facebook
6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Disember 2011.
7. Pemenang akan diumumkan melalui Facebook Tuan Hj Taufek pada 26 Dis 2011.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menaja lebih banyak hadiah kepada lebih ramai peserta adalah amat-amat dialukan. Sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com untuk sumbangan



Solat Gerhana Penuh anjuran PAS N.Sembilan

SOLAT GERHANA BULAN PENUH
Tarikh : 10 Dis 2011 , Sabtu
Masa : Selepas Isya
Tempat : Surau At Taufiqiyyah, Taman Pinggiran Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran : Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Alizan 013-3670534

Pameran dan Jualan Parang Mentaus 15 ke 25 Dis di Johor



Mentaus Crafts akan menyertai Promosi Kraf Zon Selatan ;

Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru.
Tarikh : 15 - 25 Disember 2011
Masa : 10.00 pagi - 10.30 malam

Maklumat lanjut mengenai Parang Mentaus di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Rencana mengenai Pembuatan Parang di Mentaus Crafts, Jelebu telah disiarkan dalam Rancangan Majalah 3 pada 19 November 2011.

Mereka yang tidak berpeluang menonton segmen tersebut bolehlah menonton atau muat turun pada pautan di bawah ini :

http://hotfile.com/dl/135513245/b32486a/Majalah_3_-_Episod_46.flv.html

http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/unknowntitleibs14821_8ef24dbf6f4149daa3f39e5b0112182e/episode_46_9509f2f7dc344d9093839e5b0112172c

20111207

Mari kita bantu anak yatim ini belajar di Maghribi



Saya baru dimaklumkan seorang anak yatim dan merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 yang mendapat 7A telah mendapat tawaran ke Universiti Muhammad El-Khamis di Maghribi (Morocco) dalam bidang pengajian Islam. Akan tetapi atas masalah teknikal beliau terpaksa mengeluarkan duit sendiri terlebih dahulu untuk tiket kapalterbang yang kosnya sekitar RM2,500.00

Untuk pengajian disana ianya sudah ditanggung. Memandangkan beliau seorang anak yatim (kematian ayah pada 29 September 2002) manakala ibunya adalah surirumah sepenuh masa dengan 5 dari 8 orang anak masih bersekolah, bergantung kepada bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, adalah hampir mustahil untuk mendapatkan RM2,500.00 dalam masa yang singkat tanpa bantuan kita semua.

Pelajar tersebut ialah adik Said Mohamad Zainudin , bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan.

Surat kemasukan ke Universiti Muhammad El-Khamis telah diterima bertarikh 18 November 2011 sementara beliau merancang untuk pergi ke Maghribi pertengahan Disember 2011.

Alhamdulillah setakat ini sudah ada yang menyumbang RM500 untuk tujuan diatas.

Sesiapa yang sudi untuk sama-sama menyumbang bolehlah menghubungi beliau iaitu :

Said Mohamad Zainudin
563, Jalan Mawar 2,
Taman Marida, Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 019-6719272

Atau menghubungi abang beliau iaitu Said Mohamad Yusof 013-6755835

Sumbangan juga boleh masukkan ke akaun Bank Islam BIMB beliau 05030020090241 atau BSN 052002900045333

Sempena Peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011 ini, marilah kita hidupkan sunnah Nabi saw yang menggesa kita agar banyak bersedekah pada ketika gerhana bulan.

20111206

Syoknya, Pesta Gerhana Bulan 10 Dis 2011 di Malaysia



Mari kita sambut peristiwa Gerhana Bulan Penuh dengan banyak Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa pada 10 Disember 2011 nanti, insyaAllah.

Maklumat lanjut mengenai cara Sambutan Gerhana Bulan di http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

PROGRAM CERAPAN GERHANA BULAN PENUH
Tarikh : 10 Disember 2011, SABTU, 14 Muharram 1433H
Masa : 4.30 ptg - 10.00 mlm
Tempat : Baitul Hilal, Port Dickson

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

MAKLUMAT FASA GERHANA BULAN PENUH
Bulan terbit : 6.54 petang
Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam (P4)
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam (U4)
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam (U3)
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam (U2)
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam (U1)
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi (P1)

TENTATIF PROGRAM
4.30 PM - Minum Petang
5.00 PM - Ceramah Gerhana Bulan, En. Shahrin Ahmad (Pengasas Falak Online dan Ahli NETT)
6.00 PM - Makan Malam
7.00 PM - Solat Maghrib berjemaah
7.30 PM - Tazkhirah : Gerhana, Tanda Kebesaran Allah, En. Razlan Ahmad (Universiti Sains Islam Malaysia)
8.15 PM - Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Gerhana - Ust Zaher Rudin Hj Mokhtar (Imam Masjid Negeri)
9.00 PM - Taklimat Cerapan Gerhana Bulan, Pn. Nazatulshima Ahmad (Jabatan Fizik Universiti Malaya)
10.00 PM - Minum Malam & Bersurai

Kaifiyyah Solat Gerhana
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud seperti berikut di http://www.muftins.gov.my/component/content/article/38-pengumuman/376-cerapan-gerhana-penuh-bulan-10-disember-2011

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Teks Khutbah sempena Gerhana bulan di http://www.muftins.gov.my/files/pengukuhan_iman_melalui_peristiwa_gerhana_bulan__rumi.pdf

Ceramah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 18 Dis 2011 Senawang



CERAMAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat - Maahad Tahfiz Kelantan
Ahad, 18 Disember 2011
Jam 7.30 mlm
Di Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Semua dijemput hadir

Program Huffaz Cilik Dis 2011 sekitar Seremban



PROGRAM HUFFAZ CILIK 2011
12 - 17 Dis di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya
12 - 17 Dis di Masjid Nurul Hidayah, Seremban Jaya
15 - 19 Dis di Rembau
19 - 23 Dis Surau Taman Desa Melor, Senawang

Untuk anak-anak 9 ke 12 tahun
Yuran RM25

Aktiviti :
- Hafazan Ayat Lazim
- Hafazab Surah Pilihan
- Solat Sunat Dhuha
- Pengisian Minda
- Tayangan Multimedia
- Kisah Para Sahabat dan Tokoh Islam

Anjuran : Nadi Al-Azim atau Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM)

Untuk penyertaan atau pertanyaan sila hubungi wakil ISMA di bawah ini :
Panchor - Hjh Akhma 019-6670208 , Dr Zaiton 019-2748780
Seremban Jaya - Ust Tajul 013-2024843 , Ustazah Murni 019-6267875
Rembau - Ust Zanuri 013-6495697 , Pn Suhayati 019-2871215
Senawang - Dr. Naziah 012-2377674 , Pn. Shimah 019-3085954

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/hebahan-program-huffaz-cilik-2011/

20111205

3 maut akibat petir dalam tempoh seminggu di Malaysia



Statistik kematian akibat petir di Malaysia pada ketika ini amat menggusarkan. Dalam tempoh seminggu pada penghujung November 2011 dan awal Disember 2011 sahaja 3 orang maut akibat panahan petir. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang menerima ancaman petir. Namun kesedaran orang ramai terhadap bahaya petir di Malaysia adalah amat rendah.

Koleksi berita kematian dan kejadian petir di Malaysia serta tip langkah keselamatan boleh didapati di blog http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Buruh maut dipanah petir
5 Dis 2011

REMBAU – “Saya tak pernah dengar bunyi petir sekuat itu sebelum nampak beberapa buruh bergegas ke atas jejantas berkenaan,” kata Arfan Azman, 11, ketika melihat detik cemas seorang buruh warga asing dipanah petir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang buruh warga asing bagi kerja-kerja membina jejantas berhampiran landasan keretapi berkembar di Kampung Ara, dekat sini, maut dipercayai akibat dipanah petir.

Mangsa, Munir Husin, 30-an, warga Bangladesh dipercayai sedang berada seorang diri di bahagian atas, sementara beberapa lagi buruh lain berada di bahagian bawah jejantas.

Menurut Arfan, ketika kejadian, hujan belum reda dan dia sedang berada di luar rumah sebelum tiba-tiba petir menyambar dengan begitu kuat dan terdengar dentuman dari jejantas di hadapannya.

“Bunyi sangat menakutkan. Sejurus selepas itu, saya nampak pekerja di lokasi berkenaan bergegas naik ke atas jejantas itu dan mereka beritahu ada yang mati dipanah petir.

“Saya cepat-cepat memanggil ayah saya yang ketika itu berada di belakang rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, kenalan mangsa dikenali sebagai Yasirdin berkata, ketika kejadian, dia berada di bahagian bawah jejantas dan mengesyaki sesuatu berlaku pada mangsa selepas topi yang dipakai mangsa jatuh ke bawah.

“Kami cepat-cepat naik ke sebelah atas jejantas dan mendapati mangsa sudahpun meninggal dunia,” katanya yang baru sahaja dua bulan ditempatkan untuk bekerja di lokasi berkenaan bersama mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, polis sudah menerima maklumat mengenai kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat dipanah petir. Kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa di hantar ke HT untuk proses bedah siasat.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/buruh-maut-dipanah-petir-1.9987

Temui Bob Lokman di Rembau 11 Dis 2011



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Dis 2011, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Batu 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi 019-3457690 , 012-6837340

Bengkel Cerdik Ceria 24 Dis 2011 di Senawang

BENGKEL CERIA DAN CERDIK
Penekanan asas 3M - Membaca, Menulis Dan Mengira
Tarikh : 24 Dis 2011 , Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat: PDS, No 646, Jalan 7, Lavender Height, Senawang
Peserta : Anak-anak berumur 5 ke 9 tahun
Yuran RM20
Terhad kepada 50 peserta yang daftar awal

Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi En Fazilan 010-3362990, Pn Azizah 010-3362989, En Hakki 013-3840022 & Pn Wani 013-3851202

Anjuran : PDS dgn kerjasama PASTI Al Ain

20111204

Sertai Jambori Amal 16 ke 18 Dis 2011 di Port Dickson



JAMBORI AMAL 2011
Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Peserta : Lelaki sahaja
Yuran : Dewasa RM20, Remaja/Kanak-kanak RM10

Aktiviti :
- Solat Jemaah
- Tazkirah Agama
- Sukan
- Kembara
- Latihan Memasak
- Dan banyak lagi

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi
Sdr. Izamri 013-2124086
Sdr. Faizal 013-6641694
Sdr. Shahrizal 017-4680125

Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah (Sdr. Izamri) Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.

Sila dapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan di N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/2011/12/sertai-jambori-amal-16-ke-18-dis-2011.html

20111201

Mudah sangat nak bantu saudara mara, jiran yang susah



Terlalu mudah sekarang ini kita hendak membantu saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja kita yang susah. Kita tolong sebarkan maklumat di bawah ini kepada mereka agar mereka segera ambil borang untuk mendapatkan RM500 sekali seumur hidup. Asalkan jumlah pendapatan suami isteri kurang RM3000 sebulan layaklah mereka mendapatkannya.

Kalau mereka menghadapi kesukaran pengangkutan atau akses internet, kita tolong buat salinan borang permohonan dan edarkan kepada seramai mungkin yang layak. Harap-harap 10 Dis 2011 nanti ada di laman web LHDN.

Ramai yang layak RM500 ni. Kalau kilang tempat saya bekerja, boleh dikatakan lebih 90 peratus layak di bahagian pengeluaran. Kalau di kampung, di Rembau, rasanya pun lebih 90 peratus yang layak. Kalau di taman perumahan di Senawang mungkin lebih 50 peratus yang layak. Kalau di rumah pangsa Senawang, rasanya hampir 100 peratus yang layak.

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Bicara Ann Wan Seng 10 Dis 2011 di Johol, N.Sembilan


BICARA HIJRAH
Bersama Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina dan Islam Bukan Pada Nama
Tarikh : 10 Dis 2011, SABTU
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos pekan Johol)

Semua dijemput hadir


KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 2 Dis 2011 Senawang



KULIAH UMUM
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 2 Dis 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Semua dijemput hadir

Kenapa agensi kerajaan lain tak contohi Pusat Zakat

Alangkah baiknya jika agensi kerajaan yang lain mencontohi Pusat Zakat untuk membuka kaunter mereka tujuh hari seminggu, terutamanya Baitul Mal, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Kaunter Trafik PDRM dan seterusnya.

Mstar, 30 Nov 2011
Kaunter Pungutan Zakat Akan Dibuka 7 Hari Seminggu Sepanjang Disember

KUALA LUMPUR: Sepanjang bulan Disember ini, semua Pusat Pungutan Zakat (PPZ) akan beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk pada hari cuti umum.

Kaunter-kaunter ini akan dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Kaunter-kaunter PPZ terletak di Shamelin, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan Daruzzakah.

Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat Panggilan 1-300-88-5757.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan, zakat emas dan pembayaran fidyah.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/11/30/mstar_berita/20111130181011&sec=mstar_berita

Buku seks Kelab Isteri Taat dan Khutbah Jumaat



Buku seks Kelab Isteri Taat telah mendapat promosi yang meluas. Daripada tak tahu, media telah menyebabkan orang jadi tahu. Saya pada mulanya malas nak ambil tahu. Tapi memandangkan tiada tindakbalas positif mereka yang menentang buku seks oleh Kelab Isteri Taat ini , maka izinkan saya untuk memberi sedikit alasan mengenai isu ini.

Jika buku seks Kelab Isteri Taat tersebut mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam terutama para remaja, kenapa semua pihak, individu, Majlis Agama, Jabatan Agama membuat lebih banyak program penerangan, ceramah, seminar, perkhemahan, pertandingan, aktiviti, kaunseling atas talian dan 1001 macam program yang dapat menggalakkan para remaja untuk hidup berumahtangga cara sihat?

Jangan seperti seorang Blogger tu , apabila ada pihak buat banyak program motivasi dan perkhemahan Islam sempena cuti sekolah, didatangkan keraguan kepada ibu bapa kononnya program tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, bersifat militan, ganas dan sebagainya.

Kita marahkan Kelab Isteri Taat , tapi kita tidak menyediakan alternatif atau menunjukkan contoh yang boleh diikuti.

Sedarlah, sekarang ini dunia internet. Para remaja, termasuk pelajar sekolah rendah pun, mereka lebih kreatif mencari bahan-bahan lucah di internet, tak perlu pada buku seks Kelab Isteri Taat tersebut. Malahan para remaja juga mungkin sekarang ini tercari-cari mana nak dapat buku seks Kelab Isteri Taat tersebut.

Sedarlah semua umat Islam, terutama para pendakwah, peneraju Majlis Agama dan Jabatan Agama, jangan seperti katak di bawah tempurung.

Sejarah Islam telah membuktikan, apa yang kita alami sekarang ini, dunia internet tanpa sempadan ini, dan cara mengatasinya telah ditunjukkan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw dalam kisah Ashabul Ukhdud.

Kisah seorang budak yang terdedah kepada dunia sihir yang hebat pada ketika itu. Bagaimana pun seorang alim terus mengajar budak ini , walaupun budak ini mempelajari sihir tidak dimarahnya atau diharamkan budak tadi belajar sihir.

Akhirnya dengan izin Allah budak ini menjadi seorang yang alim dan seorang yang amat dimakbulkan doanya kerana dia melihat kekuasaan Allah lebih hebat dari sihir. Kisah ini diabadikan dalam Al Quran dalam surah Al Buruuj dan Hadith Nabi saw yang begitu panjang.

Kreatiflah sikit Majlis Agama, JAKIM dan Jabatan Agama, terutamanya dalam khutbah Jumaat seperti artikel saya sebelum ini yang membicarakan betapa Syoknya Kutbah Jumaat ada cerita seks di http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html


Khamis Oktober 27, 2011
JAKIM Masih Teliti Isi Kandungan Buku Seks Kelab Isteri Taat

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih lagi meneliti isi kandungan buku kontroversi ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ sebelum sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai status buku tersebut.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/27/mstar_berita/20111027100642&sec=mstar_berita

KISAH ASHABUL UKHDUD
http://www.e-mosque.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=62

Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa yang bermaksud : "Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj: 4-11)" .

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/11/kisah-ashabul-ukhdud.html#ixzz1fFrF8a8o

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.

Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.

Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.

Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".

Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.

Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja
"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".
Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".

Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.

Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"
Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".

Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu.

Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku".

Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".

Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)