KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111207

Mari kita bantu anak yatim ini belajar di Maghribi



Saya baru dimaklumkan seorang anak yatim dan merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 yang mendapat 7A telah mendapat tawaran ke Universiti Muhammad El-Khamis di Maghribi (Morocco) dalam bidang pengajian Islam. Akan tetapi atas masalah teknikal beliau terpaksa mengeluarkan duit sendiri terlebih dahulu untuk tiket kapalterbang yang kosnya sekitar RM2,500.00

Untuk pengajian disana ianya sudah ditanggung. Memandangkan beliau seorang anak yatim (kematian ayah pada 29 September 2002) manakala ibunya adalah surirumah sepenuh masa dengan 5 dari 8 orang anak masih bersekolah, bergantung kepada bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, adalah hampir mustahil untuk mendapatkan RM2,500.00 dalam masa yang singkat tanpa bantuan kita semua.

Pelajar tersebut ialah adik Said Mohamad Zainudin , bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan.

Surat kemasukan ke Universiti Muhammad El-Khamis telah diterima bertarikh 18 November 2011 sementara beliau merancang untuk pergi ke Maghribi pertengahan Disember 2011.

Alhamdulillah setakat ini sudah ada yang menyumbang RM500 untuk tujuan diatas.

Sesiapa yang sudi untuk sama-sama menyumbang bolehlah menghubungi beliau iaitu :

Said Mohamad Zainudin
563, Jalan Mawar 2,
Taman Marida, Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 019-6719272

Atau menghubungi abang beliau iaitu Said Mohamad Yusof 013-6755835

Sumbangan juga boleh masukkan ke akaun Bank Islam BIMB beliau 05030020090241 atau BSN 052002900045333

Sempena Peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011 ini, marilah kita hidupkan sunnah Nabi saw yang menggesa kita agar banyak bersedekah pada ketika gerhana bulan.

Tiada ulasan: