KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111205

3 maut akibat petir dalam tempoh seminggu di Malaysia



Statistik kematian akibat petir di Malaysia pada ketika ini amat menggusarkan. Dalam tempoh seminggu pada penghujung November 2011 dan awal Disember 2011 sahaja 3 orang maut akibat panahan petir. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang menerima ancaman petir. Namun kesedaran orang ramai terhadap bahaya petir di Malaysia adalah amat rendah.

Koleksi berita kematian dan kejadian petir di Malaysia serta tip langkah keselamatan boleh didapati di blog http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Buruh maut dipanah petir
5 Dis 2011

REMBAU – “Saya tak pernah dengar bunyi petir sekuat itu sebelum nampak beberapa buruh bergegas ke atas jejantas berkenaan,” kata Arfan Azman, 11, ketika melihat detik cemas seorang buruh warga asing dipanah petir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang buruh warga asing bagi kerja-kerja membina jejantas berhampiran landasan keretapi berkembar di Kampung Ara, dekat sini, maut dipercayai akibat dipanah petir.

Mangsa, Munir Husin, 30-an, warga Bangladesh dipercayai sedang berada seorang diri di bahagian atas, sementara beberapa lagi buruh lain berada di bahagian bawah jejantas.

Menurut Arfan, ketika kejadian, hujan belum reda dan dia sedang berada di luar rumah sebelum tiba-tiba petir menyambar dengan begitu kuat dan terdengar dentuman dari jejantas di hadapannya.

“Bunyi sangat menakutkan. Sejurus selepas itu, saya nampak pekerja di lokasi berkenaan bergegas naik ke atas jejantas itu dan mereka beritahu ada yang mati dipanah petir.

“Saya cepat-cepat memanggil ayah saya yang ketika itu berada di belakang rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, kenalan mangsa dikenali sebagai Yasirdin berkata, ketika kejadian, dia berada di bahagian bawah jejantas dan mengesyaki sesuatu berlaku pada mangsa selepas topi yang dipakai mangsa jatuh ke bawah.

“Kami cepat-cepat naik ke sebelah atas jejantas dan mendapati mangsa sudahpun meninggal dunia,” katanya yang baru sahaja dua bulan ditempatkan untuk bekerja di lokasi berkenaan bersama mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, polis sudah menerima maklumat mengenai kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat dipanah petir. Kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa di hantar ke HT untuk proses bedah siasat.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/buruh-maut-dipanah-petir-1.9987

Tiada ulasan: