KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111212

Alhamdulillah, anak yatim nak belajar di Maghribi telah cukup duit

Pada 7 Dis 2011 saya telah menulis satu kisah bertajuk “Mari kita bantu anak yatim ini belajar di Maghribi” mengenai adik Said Mohamad Zainudin , bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan yang memerlukan wang untuk tiket penerbangan untuk ke Maghribi (Morocco) setelah mendapat tawaran ke Universiti Muhammad El-Khamis.

Saya dimaklumkan ramai yang telah menghulurkan bantuan dan menurut adik Said dan keluarga wang tambang yang diperlukan sudah pun lebih dari mencukupi.

Sehubungan dengan itu adik Said sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan , termasuk mereka yang menyiarkan kisah tersebut melalui e-mel, blog dan facebook.

Alhamdulillah.

Tiada ulasan: