KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120202

Tawaran Menyertai Kelas Tafaqquh untuk Remaja



KELAS AL-QURAN DAN TAFAQQUH REMAJA
Pengambilan baru sebelum Mac 2012

Siapa yang patut menyertainya ?
Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 yang sudah khatam membaca al-Quran

Hari pengajian dan Masa : Isnin, Selasa dan Khamis ( 7 malam - 10 malam )
Mata Pelajaran : Al-Quran ( Hafazan) Feqah, Tauhid, Hadis dan Tajwid

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Ustaz Nor Azman 019-6400062

Alamat :
Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre
No 19 (tingkat atas), Taman Kayu Manis 2
Jalan Seremban-Jelebu
Seremban

Kebanyakan ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke Kelas Agama Petang (KAP) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) mengharapkan kesinambungan pengajian agama secara formal yang diikuti oleh anak-anak mereka.

Justeru ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Agama (SMA), namun oleh kerana jumlah tempat yang ditawarkan agar terhad maka usaha untuk meneruskan kesinambungan pembelajaran agama kepada anak-anak terhenti apabila mereka berada di sekolah menengah.

Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre tampil menawarkan satu program berbentuk seperti Kelas Al-Quran dan Fardu (KAFA) bagi memenuhi keperluan ibubapa dan anak-anak memahami tuntutan sebagai seorang muslim.

Objektif Penubuhan
- Memberikan pendidikan lanjut dan mendalam di dalam memahami tuntutan Dinul Islam kepada murid-murid yang telah mengikuti asasnya di peringkat Sekolah Rendah
- Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengajian Islam secara lebih formal pada usia remaja sebagai benteng kepada permasalahan sosial pada hari ini
- Meningkatkan tahap penguasaan dan hafalan al-Quran melalui guru-guru yang berpengalaman dan bertauliah
- Memantapkan jati diri pelajar sebagai seorang Muslim sejati yang memahami tuntutan dan kewajipan di dalam melaksanakan perintah Allah

Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/pages/Imtiyaz-Training/241272016262

Tiada ulasan: