KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120531

Pelbagai Produk Susu Kambing


Pelbagai Produk Susu Kambing dari Cipta Success Marketing

Alamat:
Lot 39, Jalan Lombong Emas 5,
Taman Perindustrian Ringan Tun Dr Ismail,
70200 Seremban
Tel: 019-2203025, 019-8123025
Fak: 03-87367427
Website:  www.csm2u.com.my

20120530

Kuliah Ustaz Dato Arshad 1 Jun 2012 Senawang


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 1 Jun 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20120528

Kem Motivasi Anak Hebat


Kem Motivasi Anak Hebat (KOMBAT)
4-6 Jun 2012, di SMKA Hj Hasan Sail, Pedas, N.Sembilan
Terbuka Kepada Semua Pelajar Berumur 13-17 Tahun
Hubungi Segera: 013-2756192 013-6613614

20120526

Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah Surau PPR





Sabtu 26 Mei 2012 , saya baru pulang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau PPR Senawang. Penduduk PPR Senawang begitu mengharapkan sebuah bilik untuk pengurusan dan mandi jenazah. Sudah 4 kali pengurusan jenazah dilakukan sebelum ini ditepi surau di tempat yang terbuka ditutupi dengan kanvas.

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan kawasan perumahan kos rendah untuk mereka yang kurang berkemampuan terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin

PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.

PPR Senawang mempunyai 2 buah surau yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang beragama Islam.

Kedua-dua buah surau di PPR Senawang ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.

Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter panjang dan 10 meter lebar.

Kawasan lapang tepi surau yang berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik mandi jenazah tersebut.

Anggaran kos pembinaan bilik mandi jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00

Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih belum mencukupi.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun berikut ;

Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)

atau boleh juga menghubungi Pengerusi Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508

juga boleh dialamatkan ke :

Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73

20120525

Projek Wakaf Pondok Bacaan Sekolah Agama


Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek wakaf pondok bacaan Sekolah Menengah Agama sila dapatkan maklumat lanjut di http://pibgsmadklana.blogspot.com/2012/05/projek-wakaf-pondok-bacaan.html

Homemade Bakery – Bakeri Dari Rumah



Info lanjut di
Alamat :
No 90 Lorong Cengal Utama 2/2 Taman Cengal Utama 70400 Seremban
no tel : 013-2705554 (pija)

20120523

Kembara Soleh Remaja 5 ke 7 Jun 2012 di Seremban


KEMBARA SOLEH 1434 H
TEMA : “Remaja Hari Ini, Daie Masa Hadapan”
Tarikh : 5 - 7 Jun 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 8 pg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan PJ Perdana, Paroi, Seremban

Terhad kepada 100 orang peserta ( 8 - 15 tahun)
Yuran : RM 40

Hubungi : Hafizi 016-9276965 , Hafizi 019-3337427

Antara Aktiviti Yang Disediakan:-
- Tahsin Al Quran
- Bengkel Ibadah Solat
- Eksplorasi Minda
- Tayangan Video
- Riadhah santai

Cara Pendaftaran
SMS kan nama peserta beserta nombor kad pengenalan / sijil kelahiran ke nombor yang tertera pada iklan

Cara Pembayaran
1. BANK IN ke akaun CIMB Islamic : EICLASS MAJU (05130000759102) *
2. TUNAI ketika pendataran dihari pertama program.

* Untuk pembayaran BANK IN, sila simpan resit dan tunjukkan kepada urusetia pendaftaran pada hari pertama program bagi tujuan bukti pembayaran

Anjuran bersama : EIClass , iMumtaz , Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah

MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan


Kepada usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) yang ingin menyertai MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di http://usahawann9.blogspot.com/2012/05/mahans-2012.html

20120520

Mohon sumbangan untuk pembesaran Surau Vila Suria


Kepada mereka yang ingin turut serta menyumbang untuk pembesaran Surau Vila Suria, Bandar Warisan Puteri, Sikamat, Seremban sila dapatkan maklumat lanjut di http://surau-vilasuria.blogspot.com/2012/05/mohon-sumbangan-untuk-pembesaran-surau.html

Penduduk Chengkau amat perlukan hentian bas


Ahad 20 Mei 2012, saya baru balik dari program ramah mesra bersama penduduk Chengkau, Rembau bersama rakan-rakan saya. Kami menemui beberapa penduduk sekitar pekan dan pasar Chengkau. Kemudian sahabat saya Kasbi mengajak kami pergi ke rumah seorang penduduk di Kg Lada untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda untuk seorang warga emas di sana.

Sementara menunggu sahabat saya Kasbi mengambil kerusi roda di rumahnya, kami menunggu dalam kereta berhampiran hentian bas atau pondok menunggu bas tepi jalan utama Rembau-Tampin di pekan Chengkau. Hentian bas tersebut di tepi jalan dari Rembau menuju ke Tampin. Saya lihat ada seorang lelaki sedang menunggu bas. Lama juga dia menunggu, saya ingatkan lelaki tadi menunggu bas hendak ke Tampin. Tiba-tiba bila saya nampak ada bas Southern dari arah Tampin menuju ke Rembau tiba, cepat-cepat lelaki tadi melintas jalan.

Seram sejuk saya tengok lelaki tadi melintas di jalan yang sibuk. Rupa-rupanya tiada hentian bas dari arah Tampin ke Rembau di pekan Chengkau tadi. Yang ada cuma papan tanda. Apabila Kasbi sampai, saya tanya dia, tak ada ke hentian bas seberang jalan sana. Katanya dah lama tak ada, sejak dibuat projek pelebaran jalan di Chengkau.

Lalu kami pun berbincang macamana kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu kami pun bersetuju untuk mencari sesiapa yang ingin mewakafkan hentian bas, kemudian kami akan menulis surat ke Majlis Daerah Rembau untuk menyatakan hasrat kami untuk membina hentian bas tersebut.

Kami pun bersetuju agar Tn Hj Roni yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau untuk menulis surat ke Majlis Daerah Rembau dalam masa terdekat ini.

Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan sebuah hentian bas di pekan Chengkau samada ingin menghulurkan sumbangan atau melantik kontraktor sendiri untuk membinanya sila hubungi Tn Hj Roni di talian 012-2268230 atau menghubungi saya sendiri 012-2267406

20120519

Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan


PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

PROGRAM BERKHATAN


PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'


PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' SEREMBAN
Gerai No 6. Jalan Margosa 2,
Taman Bukit Margosa,
70400 Seremban
WAKTU RAWATAN : Setiap Ahad , 10 pagi - 5 ptg
PERAWAT :
Ust.Rohade 013-2178838
Ust. Mohd Alim 012-6902567
Ust. Hj Mohd Amin Karim 013-6473452

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' LINGGI
Kg Baru Semin, Lubok Cina, 71150 Linggi
WAKTU RAWATAN : Setiap Sabtu , 2:30 ptg - 5:30 ptg
PERAWAT :
Ust. Azahar bin Abu Bakar 012 - 9115480
Ust. Abd Rahman bin Abd Manap 019 - 6807163
Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu 012 – 6761187

20120517

Pelik jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia


Semasa belajar di negara barat sekitar tahun 80an dulu, sudah menjadi kebiasaan penuntut Malaysia serta umat Islam di negara barat solat di kaki lima, tepi tempat rehat, mana-mana sudut lapang di tempat awam, kerana di negara barat bukannya ada surau atau masjid dalam jarak yang dekat apabila bermusafir.  

Tapi di Malaysia begitu jarang kita lihat senario sebegini, peniaga pasar malam akan solat sebelah gerai, anggota polis trafik akan solat sebelah motosikal, kerana surau dan masjid berada di mana-mana di Malaysia ini. Melainkan waktu demonstrasi barulah kita akan lihat peserta demonstrasi akan solat di tengah jalan, tepi jalan , atas padang dan sebagainya.

Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah pasang lebih setahun rasanya.

Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai, yang muat-muat satu sejadah sahaja.

Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.

Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai , kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah suai.

Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.

Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam di Malaysia ini.

Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji.

Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?

20120516

Benda manis boleh sebabkan kita jadi bodoh, pelupa


Kajian sains mendapati pengambilan gula yang berlebihan terutama gula dari ekstrak jagung (high fructose corn syrup) yang banyak digunakan dalam air berkarbonat serta makanan ringan boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada badan kita, tetapi kepada otak kita. Dimana gula dari jenis ini akan menyebabkan kita sukar untuk belajar serta mengingati sesuatu perkara.

Apa-apapun, kurangkan pengambilan gula dari apa-apa jenis gula.

Sugar can make you dumb, US scientists warn
Wednesday, May 16, 2012

The study shows that a high-fructose diet harms the brain as well as the body.

WASHINGTON: Eating too much sugar can eat away at your brainpower, according to US scientists who published a study Tuesday showing how a steady diet of high-fructose corn syrup sapped lab rats' memories.

Researchers at the University of California Los Angeles (UCLA) fed two groups of rats a solution containing high-fructose corn syrup – a common ingredient in processed foods – as drinking water for six weeks.

One group of rats was supplemented with brain-boosting omega-3 fatty acids in the form of flaxseed oil and docosahexaenoic acid (DHA), while the other group was not.

Before the sugar drinks began, the rats were enrolled in a five-day training session in a complicated maze. After six weeks on the sweet solution, the rats were then placed back in the maze to see how they fared.

"The DHA-deprived animals were slower, and their brains showed a decline in synaptic activity," said Fernando Gomez-Pinilla, a professor of neurosurgery at the David Geffen School of Medicine at UCLA.

"Their brain cells had trouble signaling each other, disrupting the rats' ability to think clearly and recall the route they'd learned six weeks earlier."

A closer look at the rat brains revealed that those who were not fed DHA supplements had also developed signs of resistance to insulin, a hormone that controls blood sugar and regulates brain function.

"Because insulin can penetrate the blood-brain barrier, the hormone may signal neurons to trigger reactions that disrupt learning and cause memory loss," Gomez-Pinilla said.

In other words, eating too much fructose could interfere with insulin's ability to regulate how cells use and store sugar, which is necessary for processing thoughts and emotions.

"Insulin is important in the body for controlling blood sugar, but it may play a different role in the brain, where insulin appears to disturb memory and learning," Gomez-Pinilla said.

"Our study shows that a high-fructose diet harms the brain as well as the body. This is something new."

High-fructose corn syrup is commonly found in soda, condiments, applesauce, baby food and other processed snacks.

The average American consumes more than 18kg of high-fructose corn syrup per year, according to the US Department of Agriculture.

While the study did not say what the equivalent might be for a human to consume as much high-fructose corn syrup as the rats did, researchers said it provides some evidence that metabolic syndrome can affect the mind as well as the body.

"Our findings illustrate that what you eat affects how you think," said Gomez-Pinilla.

"Eating a high-fructose diet over the long term alters your brain's ability to learn and remember information. But adding omega-3 fatty acids to your meals can help minimize the damage."

The study appeared in the Journal of Physiology.

Kuliah Ustaz Ruslan 19 Mei 2012 di Senawang


KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 19 Mei 2012 , Sabtu
Masa : 7:30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Khusus Untuk Lepasan SPM, Jangan Lepaskan Peluang ini.

Permohonan Terbuka UPIM (Unit Pusat Institusi MARA) Pengambilan 2012

Tarikh : 11 & 12 Jun 2012 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : Pejabat MARA Negeri Sembilan
Bangunan Seremban Plaza
Jalan Dato' Muda Linggi
70100 Seremban, NEGERI SEMBILAN
No. Tel : 06-762 2429

Tarikh : 10 & 11 Jun 2012 (Ahad & Isnin)
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : Pejabat MARA Negeri Kedah
Plaza A Star, Jalan Stesyen
Off Jalan Langgar
05000 Alor Setar, KEDAH
No. Tel : 04-731 3060

 

Alhamdulillah, jiran saya bebas tuduhan rasuah

Alhamdulillah, akhirnya jiran dan kenalan saya ini , lebih dikenali sebagai Abang Kamal bebas tuduhan rasuah. Memang dari awal lagi saya percaya beliau tidak bersalah. Ini adalah kerana gaya hidup beliau tidak seperti seorang pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi. Amat besederhana kehidupan beliau, rumah yang begitu sederhana, kenderaan yang begitu sederhana, keluarga yang begitu sederhana, pertuturan yang begitu sederhana.

Allah Maha Besar.

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

Bekas pengarah JPJ NS bebas tuduhan terima tiket penerbangan
Mei 16, 2012 

Bekas pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal Saad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini daripada tuduhan menerima tiket penerbangan dan penginapan daripada sebuah syarikat memandu untuk menghadiri satu mesyuarat di Sabah, dua tahun lalu.
   
Semasa membuat keputusan itu, Hakim Datin Nusinah Adzmi berkata ia berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Kamal, 58, di akhir kes pendakwaan.
   
Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan penginapan selama satu hari di Hotel Promenade, Kota Kinabalu daripada Sharifah Norliza Syed Hamid, 45, yang juga pemilik Institut Memandu Empatsempurna (M) Sdn Bhd yang terletak di Lukut, Port Dickson.
   
Dia didakwa menerima tiket dan tempahan hotel itu tanpa balasan di pejabat JPJ negeri pada 24 Julai 2010 walaupun mengetahui wanita itu ada kena mengena dalam urusan yang dijalankan oleh beliau ketika itu.

Tiket penerbangan berharga RM298 dan penginapan bernilai RM390 diberikan kepada Mohd Kamal bagi menghadiri mesyuarat JPJ bersama institut memandu Negeri Sembilan dari 24 hingga 26 Julai 2010 di Kota Kinabalu.

Bagi pertuduhan itu, Mohd Kamal didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mohd Kamal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, dengan keputusan tersebut ia diharap dapat membersihkan namanya dan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga panel peguam saya kerana khidmat yang mereka berikan dan kepada keluarga serta rakan-rakan yang menyokong saya sehingga saya dilepas dan dibebaskan dari tuduhan ini," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari, manakala Mohd Kamal diwakili peguam Faiz Fadzil, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

- Bernama

20120515

Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan

Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

20120514

Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Jom Belajar Bahasa Mandarin di Kompleks As-Sa’adah

Kelas Bahasa Mandarin Bersiri
Setiap hari Sabtu dan Ahad
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Komplek As-Sa’adah , Seremban
Yuran : RM 30 sebulan
Pendaftaran : RM10
Sila hubungi : 06-7628835/ 012-3553047

Alamat :
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks As-Sa’adah
Jalan Mufti Ahmad
Lot 5417, Rahang Square
70100 Seremban
Negeri Sembilan
No tel : 06-7628835/ 012-3553047

ROTI-ROTI (GREEN KLAWANG ENTERPRISE)

MEMBEKAL BAHAN BAKERI, ROTI DAN KEK

Kepada mereka yang mencari bahan-bahan untuk membuat bakeri seperti kek dan roti di sekitar Kuala Klawang, Titi, Jelebu dan Seremban, boleh dapatkan di :
ROTI-ROTI (GREEN KLAWANG ENTERPRISE) (NS0095826-W)
NI 13A, TAMAN BUKIT KEMPAS,
71650 JELEBU
NEGERI SEMBILAN.

GREEN KLAWANG ENTERPRISE – Sebuah produk usahawan daripada E-Tech Centre Kolej Komuniti Jelebu

20120513

Restoran Masakan Cina Muslim


Kepada mereka yang meminati atau ingin mencuba masakan Cina Muslim boleh dapatkan di :
Restoran Hj Sharin Low 9,
24, Betaria Business Centre,
Jalan Durian Mas 3, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan
(belakang Pusat Zakat Negeri Sembilan)
Tel : 013-5533280

20120512

Tawaran Waqaf dan Infaq SRII Tahfiz Darul Ulum


TAWARAN WAQAF DAN INFAQ
Pemilikan Tanah dan Pembangunan Kompleks SRII Tahfiz Darul Ulum, Seremban

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui :
Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB ISLAMIC : 05040000993100

Atau sila hubungi :
019-6500927 Al Fadhil Ustaz Mohd Khairi, Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum
019-6644320 Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri, Bendahari SRII Tahfiz Darul Ulum

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

20120511

Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma

Road Show Sheikh Nuruddin 12 Mei 2012 di Seremban


KULIAH ZOHOR
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KULIAH MAGHRIB
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 7.30 mlm
Di Surau At-Taqwa Garden City Home, Seremban 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20120510

Kisah anak kecil Sheikh Habib Umar menangis sepanjang malam


Sheikh Habib Umar, merupakan keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib ra. telah memberikan ceramah di Masjid Negeri, Seremban pada 22 April 2012.

Berikut ialah kisah bagaimana Sheikh Habib Umar amat memuliakan tetamunya, memberikan tetamunya selimut yang baru untuk menghadapi kedinginan malam. Kerana ramai tetamunya, selimut yang baru tidak cukup, diberi pula selimut lusuh yang dipakai oleh beliau serta keluarga, menyebabkan anak kecil Syeikh Habib Umar menangis kesejukan hingga ke subuh kerana tidur tanpa selimut.

Cerita penuh sekelumit kisah kemuliaan Syeikh Habib Umar ini di http://penailham.blogspot.com/2012/05/sekelumit-kisah-tentang-kemuliaan.html

20120508

Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012


KULIAH ILMU
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau


Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan seperti di bawah ini :

1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah dan sebagainya.

2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk menjelaskan tunggakan.

3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT/Kolej.

20120506

Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2012


07 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh, Pedas
08 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
10 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
11 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa BSS
12 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
13 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah SubohBahrul Maazi jld 3 G/Home F
14 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
15 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
17 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
18 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Bandar Senawang
19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home
20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Kolej Height
20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
22 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
24 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
25 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height
26 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama
30 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
31 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Maghrib Bahrul Maazi jld 3 G/Home F

20120505

Lagi remaja maut dipanah petir, terkini di Terengganu


Ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Kesedaran masyarakat kita mengenai bahaya petir masih amat rendah, walhal Malaysia adalah antara negara yang menerima panahan petir yang tertinggi di dunia. Berada dalam kereta adalah antara tempat yang selamat ketika ribut petir. Dapatkan fakta Malaysia negara kekerapan tertinggi di dunia dipanah petir, langkah keselamatan, doa dan poster menghadapi petir serta beberapa kejadian petir sebelum ini di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Seorang remaja maut dipanah petir, dua parah
5 Mei 2012

KUALA TERENGGANU – Keseronokan memancing bertukar tragedi apabila seorang remaja maut manakala dua lagi rakannya cedera parah dipanah petir ketika melakukan aktiviti itu di Pantai Teluk Ketapang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Mohd Ismuazam Mohd Jaafar, 18, dari Taman Desa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Chendering maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohd Ikhwan Nawawi Abdullah, 18, serta Mohd Fharal Adzaana, 26, cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ibu mangsa, Norhayati Mamat, 42, berkata, arwah anaknya itu meninggalkan rumah kira-kira jam 3 petang dengan menunggang motosikal milik bapanya untuk pergi memancing. “Arwah memang minat memancing dan hari ini, arwah begitu beria-ia sehinggakan dari pagi lagi dia asyik memperingatkan kepada saya dan ayahnya untuk meminjam motosikal bagi membolehkannya pergi memancing.
“Malah, sebelum arwah meninggalkan rumah, dia merenung wajah saya seolah-olah ada sesuatu yang hendak diperkatakan, dalam nada bergurau arwah sempat berkata ‘adakah saya ingin bergaduh dengannya’,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Norhayati berkata, dia tidak tahu arwah anaknya itu datang memancing di pantai berkenaan kerana sebelum itu, arwah memberitahu yang dia akan memancing di Marang bersama lima lagi rakannya. “Saya hanya tahu arwah berada di sini selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lagi anak saya memaklumkan kejadian ini kira-kira jam 4.30 petang sebelum kami semua bergegas ke sini,” katanya dalam nada sayu.

Sementara itu, rakan mangsa yang terselamat, Mohd Arif Hanafi, 22, dari Kampung Kuala Ibai Pantai, di sini, berkata, mereka memilih lokasi benteng pemecah ombak berbatu di pantai itu untuk memancing. “Semasa sedang asyik memancing, tiba-tiba awan berubah warna hitam sebelum hujan turun dengan lebat. Melihatkan suasana yang agak menakutkan dengan guruh dan petir agak kuat, saya menyuruh rakan berteduh di dalam kereta. “Tetapi hanya saya dan seorang lagi rakan yang selamat kerana ketiga-tiga mereka termasuk Mohd Ismuazam tidak mengendahkan suruhan saya malah mengambil keputusan berlindung di sebuah khemah diperbuat daripada kanvas yang didirikan pemancing sebelumnya,” katanya.

Mohd Arif berkata, ketiga-tiga mangsa enggan berganjak walaupun hujan lebat malah sempat lagi bergurau dengan berkata “alang-alang basah mereka akan terus memancing”.
“Selepas hujan reda, saya keluar untuk mendapatkan mereka dan terkejut setelah mendapati arwah sudah tidak bernyawa manakala dua lagi cedera. “Saya bergegas meminta bantuan orang ramai yang berada di kawasan ini untuk membawa mereka ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

20120504

Seminar Penghayatan Quran 10 Mei 2012 Seremban


SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Tema : "Penghayatan Al-Quran Memperkukuh Legasi Sunnah"
Tarikh : 10 Mei 2012 , Khamis
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Panelis Forum :
1. Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
2. Ustaz Muhd Asyraf Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
3. Ustazah Nor Hafizah Musa (Panelis Tanyalah Ustazah)

Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir


20120503

Kuliah Ustaz Dato Arshad 4 Mei 2012 Senawang


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 4 Mei 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20120502

Penubuhan Kumpulan Kompang Surau Taman Alamanda


Remaja adalah merupakan generasi pelapis umat Islam. Mereka perlu dibimbing menurut perpektif Islam agar mereka dapat membangun masyarakat khususnya para remaja yang mempunyai jati diri yang mantap untuk menghadapi cabaran dunia masa kini yang semakin mencabar.

Sehubungan dengan itu Surau Taman Alamanda akan menubuhkan Kumpulan Kompang Surau Taman Alamanda yang terdiri daripada para remaja dari taman ini.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan atau boleh mendapatkan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menaja sebahagian atau sepenuhnya keperluan kumpulan kompang ini adalah amat dialu-alukan.

Sumbangan melalui cek atas nama : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Atau bank in ke Akaun Bank Muamalat (Seremban), No Akaun : 05010001181713

A. Senarai Dan Kos Peralatan Kumpulan Kompang
Kompang : RM85 x 20 = RM1700
Jedul : RM500
Angklung dan Rebana            : RM300
Pakaian Seragam : RM30 x 30 = RM900

B. Senarai AJK Kumpulan Kompang Surau Taman Alamanda
Penasihat :Zairol bin Sammos
Pengerusi :Syazrol bin Omar
Setiausaha : Nur Adli bin Mazlan
Penolong Setiausaha : Mohd Amiruddin
Bendahari : Azhamshah bin Ali

C. Senarai Peserta Kumpulan Kompang
Zairul bin Sammosi 30 tahun, 47, Jln 1
Syazrol b Omar 17 tahun, 73, Jln 1
Muhammad Fitri b Safian 14 tahun, 77, Jln 5
Amir Asyraf b Amran 9 tahun, 78, Jln 5
Amirol Asyraf b Rahman 13 tahun, 72, Jln 1
Mohd Hakimi b Razali 16 tahun, 74, Jln 1
Mohd Al Hakim b Mustafa 16 tahun, 61, Jln 1
Mohd Haziq b Nasir 11 tahun, 44, Jln 1
Mohd Daniel b Azmi 13 tahun, 40, Jln 1
Mohd Akmal Haziq b Hanafi 12 tahun, 76, Jln 5
Mohd Akmal Hakimi b Hanafi 11 tahun, 76, Jln 5
Mohd Shahrul b Yatim Mustafa 13 tahun, 65, Jln 1
Fadlhin Sakina binti Amran 14 tahun, 78, Jln 5
Nurul Athirah binti Azmi 16 tahun, 40, Jln 1
Nor Amirah binti Shohaimin 15 tahun, 22, Jln 1
Muhammad Umar Usman b Medon 15 tahun, 148, Jln 6
Hairul Azri b Ishak 15 tahun, 136, Jln 6
Mohd Zafran b Mustaza 16 tahun, 149, Jln 6
Mohd Zafrin b Mustaza 15 tahun, 149, Jln 6
Mohd Rahiman b Karim 11 tahun, 101, Jln 4
M. Ameir Arif b Mat Isa 10 tahun, 110, Jln 4
Nur Ain Ezriesya binti Ahmad Firuz 10 tahun, 123, Jln 4

Tahap kesihatan mental anggota polis kita di tahap kritikal


Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Tragedi pada 26 April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit, Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap kesihatan mental anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan kesihatan mental menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, serta langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan.

MASALAH PERIBADI BUKAN PUNCA POLIS KENA TEMBAK
BH 2 Mei 2012

AYER HITAM: Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai pengawal Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan sebarang masalah peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika ditugaskan bersama pada hari kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca daripada masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan kejadian itu berlaku.

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
BH 27 Sep 2011

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
UM 3 Feb 2012

SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.