Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Tragedi pada 26
April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit,
Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu
pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap kesihatan mental
anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan kesihatan mental
menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, serta langkah
pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan.
MASALAH
PERIBADI BUKAN PUNCA POLIS KENA TEMBAK
BH 2 Mei
2012
AYER HITAM:
Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan menggunakan
senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai pengawal Istana
Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan sebarang masalah
peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika ditugaskan bersama
pada hari kejadian.
Ketua Polis
Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca daripada
masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru
berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan
kejadian itu berlaku.
POLIS LEBIH STRES
BERBANDING GURU
BH 27 Sep 2011
KUALA LUMPUR:
Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on
call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding
penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Pakar
Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres
yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion
kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.
Akhbar berkata,
anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa
berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk
pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga
menyebabkan nyawa orang lain terancam.
12% RAKYAT MALAYSIA
SAKIT MENTAL
UM 3 Feb 2012
SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan
Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60
tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir
Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana
menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
1 ulasan:
bila polis sendiri kurang zikir. Apa kata polis yang beragama islam itu semua kasi khatam ngaji tassawuf dulu baru boleh kerja. Nak2 yang berpangkat. Barulah tak "TENSION!!"
Catat Ulasan