KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120517

Pelik jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia


Semasa belajar di negara barat sekitar tahun 80an dulu, sudah menjadi kebiasaan penuntut Malaysia serta umat Islam di negara barat solat di kaki lima, tepi tempat rehat, mana-mana sudut lapang di tempat awam, kerana di negara barat bukannya ada surau atau masjid dalam jarak yang dekat apabila bermusafir.  

Tapi di Malaysia begitu jarang kita lihat senario sebegini, peniaga pasar malam akan solat sebelah gerai, anggota polis trafik akan solat sebelah motosikal, kerana surau dan masjid berada di mana-mana di Malaysia ini. Melainkan waktu demonstrasi barulah kita akan lihat peserta demonstrasi akan solat di tengah jalan, tepi jalan , atas padang dan sebagainya.

Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah pasang lebih setahun rasanya.

Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai, yang muat-muat satu sejadah sahaja.

Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.

Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai , kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah suai.

Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.

Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam di Malaysia ini.

Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji.

Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah mereka menyokong UMNO?

Tanpa Nama berkata...

saya dulu study kat US tahun 1985-1990, solat depan McDonald, Pizza Hut, tepi Highway tu biasa aja. Bila balik msia dan ada juga saya solat kat taman permainan/taman bunga kat Msia, semua org tengok, seolah2 saya buat maksiat...yg buat maksiat tak ada org peduli pulak
KAnang

Tanpa Nama berkata...

islam ni smkin pelik npk la.. sudalah mkn tk pkai sudu bila smbyng pulak tu mcm tk terurus org orgnya krna tk dpt mengenal tmpt.kdg di tpi jln,kdg d tpi tndas kdg di tepi longgokan sampah