KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120515

Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan

Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Tiada ulasan: