KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120919

Mudah untuk laporkan maksiat di keliling kita


Melaporkan kes khalwat, sumbang mahram dan sebagainya kepada pihak penguatkuasa di N.Sembilan adalah begitu mudah sekiranya kita ada akses internet dan sukar untuk menghubungi Pengerusi JKKK dan sebagainya.

Laporkan secara menerusi atas talian di laman web Portal Pengaduan Awam NSDK di http://www.spans.gov.my

Saya seringkali dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali, tidak tahu kepada siapa untuk mengadu masalah maksiat di tempat mereka. Lalu saya mengesyorkan mereka sendiri membuat aduan di SPANS kerana mereka sendiri yang tahu akan butiran maklumat maksiat tersebut dan ini memudahkan pihak yang berkenaan untuk bertindak.

Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh.

Tiada ulasan: