KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120916

Sarjan Hassan pesan jangan tinggal solat, lawan hawa nafsu

Lepas solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang, sambil memandu dengar Negeri FM 92.6 menyiarkan temubual anak Almarhum Sarjan Hassan iaitu Mohamad Mohsin bin Hassan (Sarjan Hassan adalah watak sebenar yang dilakonkan oleh P. Ramlee). Menurut Encik Mohsin ayahnya seorang yang kuat amal ibadah, menjaga solat. Ayahnya walaupun hebat di medan perang tetapi selalu berkata jihad yang paling susah ialah jihad melawan hawa nafsu.

Memang hebat P. Ramlee, dia menonjolkan seorang perwira negara dalam filem Sarjan Hassan dari kalangan orang beriman dan beramal soleh. Tetapi P. Ramlee menurut ceritanya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya sejarah negara kerana takut filem tersebut tidak akan tersiar.

Diharapkan selepas Negeri FM mengambil inisiatif menemuramah Encik Mohamad Mohsin bin Hassan dan Sdr Khairil Anak Rembau yang banyak membongkar sejarah negara dan sejarah Melayu, diharapkan selepas ini TV1 dan TV3 lebih ke hadapan menyelongkar sejarah negara yang jika generasi muda tahu kisah sebenar pasti mereka akan rasa seronok belajar sejarah.

Rozmal bin Malakan
16 September 2012 - HARI MALAYSIA
5:15 pm Senawang

Kisah pengalaman arwah ayah saya bersama Sarjan Hassan di dalam tentera di http://waghih.blogspot.com/2012/08/arwah-ayah-saya-bersama-sarjan-hassan.html

Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan di http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520

Tiada ulasan: