KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140510

Kalimah Allah kurun ke 2 Masihi antara keajaiban di N.Sembilan


Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kalimah Allah dalam tulisan Arab telah terdapat di Negeri Sembilan sejak tahun 137 Masihi lagi iaitu kira-kira 500 tahun sebelum Hijrah. Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang terletak antara jalan utama Port Dickson – Linggi terdapat satu-satunya rangkaian batu megalitik atau batu hidup yang mempunyai bentuk ukiran serta tulisan kalimah Allah yang wujud sejak tahun 137 Masihi.

Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini juga terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.

Pihak penjajah Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson

Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.

Adalah sewajarnya Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas ini diisytiharkan sebagai salah satu keajaiban yang terdapat di Negeri Sembilan dan Malaysia.

Tiada ulasan: