KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141031

Sedekah, alternatif untuk rawat penyakit



Sekiranya kita atau ahli keluarga kita sakit, masih tidak sembuh setelah melalui perubatan moden (hospital), rawatan tradisional dan sebagainya, kita boleh berusaha merawat penyakit tersebut dengan bersedekah.

Carilah mana-mana tabung masjid, tabung sekolah tahfiz, tabung kebajikan, orang fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Niatkanlah dalam hati, yang sedekah kita tersebut adalah untuk kita mohon kepada Allah untuk menyembuhkan sakit yang kita atau ahli keluarga kita sedang alami.

Bukan setakat niat sedekah pada manusia yang memerlukan, bahkan kepada kucing yang kelaparan pun boleh.

Yakinlah ,  apa juga cara yang kita gunakan untuk merawat penyakit, yang menyembuhkan hanya Allah.

20141030

Tingkat bawah sekolah tahfiz hampir siap, sekarang tingkat atas




Terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk pembinaan sekolah tahfiz di Mukim Bongek, Rembau ini. Tingkat bawah sekolah tahfiz ini binaan asasnya hampir siap, kini pembinaan tingkat atas akan dimulakan.

Untuk pembinaan tingkat atas ini kami memerlukan permulaan sekitar RM9250 untuk konkrit asas.

Kepada mereka yang ingin menderma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akaun Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

Macam-macam



Keluar bank tadi seorang lelaki Melayu di sisi kereta lamanya minta pertolongan, dia kehabisan duit minyak, gaji mungkin masuk esok. Tanya punya tanya, dia kerja sebuah syarikat swasta di Jelebu, berulang dari Senawang tiap hari.

Gaji tak sampai RM1500. Saya pun mintalah nombor telefon dia, dan berikan kad saya, manalah tahu kalau boleh dapatkan kerja di Senawang dengan gaji yang sama, boleh jimat banyak duit minyak.

Saya pun berilah RM20 saja, sebab dia kata dia nak duit minyak. Saya kata cukup tak, dia kata cukup.

Macam-macam kesusahan orang sekarang ini. Ada kereta, ada rumah dengan gaji RM1500 sekarang ini memang amat susah, kalau dah berkahwin dan ada anak pula.

20141029

Pelajar IPTA buat pinjaman peribadi

Pelajar IPTA buat pinjaman peribadi sementara tunggu PTPTN

Seorang pelajar IPTA telah menghubungi saya, katanya dia dalam keadaan amat terdesak. Dia cuma memerlukan RM500 sahaja. Pelajar ini dari keluarga yang susah.

Dia perlu RM500 untuk bayar bunga yang dikenakan apabila pinjam RM2000 sementara menunggu PTPTN.

Setelah di soal siasat dengan bukti yang disertakan didapati apa yang diperkatakan boleh dipercayai. Berapa ramai agaknya belia kita yang berada di IPT buat pinjaman peribadi kerana kesempitan hidup?

Yang benar, Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
http://yam-ns.blogspot.com
Tel 0122267406

20141028

Keluhan Rakyat, Polis Buat Sekatan di Rembau



Saya menerima mesej berikut ; “Ibu bapa yang mengambil anak dari Sekolah Kebangsaan Pilin yang tinggal di Kg Durian Daun dan berdekatan, mengeluh kerana polis sering membuat sekatan jalan di bawah jambatan highway dan menahan mereka yang tidak punyai lesen dan road tax motor.”

Jawapan saya : “Tak dapek den nak tolong do”

Nasihat saya : Patuhilah undang-undang jalanraya. Kalau lesen dan roadtax ada kenapa perlu takut dengan polis? Lainlah kalau sekatan jalanraya tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas yang berbatu-batu. Rasanya Kg Pilin takkan “jammed” kalau ada “roadblock”. Gunalah basikal kalau tak ada lesen, lebih jimat dan tak kena saman.

20141026

Keluarga penoreh getah tidak mampu beli cermin mata anak-anak


26 Okt 2014 – Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan hari ini telah menziarahi keluarga penoreh getah di Kg Minching, Pedas, Rembau yang diketuai oleh Naib Pengerusi 2 nya , Puan Norwani. Keluarga penoreh getah ini, Puan Zainun kini terpaksa menanggung tugas sebagai ketua keluarga, memandangan suamnya Encik Nordin mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan hospital dari masa ke semasa.

Keluarga ini mempunyai 5 orang anak berumur antara 4 ke 16 tahun. 3 orang anak mereka ini mempunyai masalah penglihatan, namun hanya seorang sahaja yang mereka mampu untuk dibelikan cermin mata.

Sewaktu cuti sekolah anak-anak mereka akan bergilir-gilir menjaga ayah mereka yang sakit di rumah dan membantu ibu mereka menoreh getah. Getah yang ditoreh adalah kebun milik orang lain, di mana hasil getahnya perlu dibahagi dua.

Pendapatan mereka menoreh getah pada masa ini adalah sekitar RM50 seminggu.

Keluarga ini ada mendapat bantuan bulanan dari JKM serta bantuan persekolahan dari Baitul Mal. Namun ianya sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung kos rawatan ulang alik ke hospital untuk Encik Nordin, kos membiayai cermin mata anak-anak serta kos membaiki rumah pusaka yang didiami mereka yang semakin usang, reput dimakan anai-anai.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini untuk membiayai kos cermin mata anak-anak mereka atau kos berulang alik rawatan ke hospital serta membaiki serba sedikit rumah mereka yang uzur ini, sila hubungi Naib Pengerusi 2 Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani di talian 013-3851202 .


Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

20141024

Pelajar IPTA kesempitan wang untuk sewa rumah

Seorang pelajar IPTA telah menghubungi saya. Dia sedang mengambil ijazah sarjana muda di sebuah IPTA di pantai barat. Berasal dari pantai timur, dari keluarga yang susah, emak hanya kerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak sulung , adik-adiknya masih bersekolah.

Dia ada menerima PTPTN, tetapi tidak cukup kerana terpaksa beli laptop untuk buat kerja kursus, sebelum ni dia pinjam laptop kawan semasa peringkat Asasi. Sebahagian yuran sudah dibayar, sebahagian belum dibayar. Duitnya sudah habis, sekarang dia meminjam daripada kawannya untuk belanja harian.

Asrama hanya disediakan untuk pelajar Diploma. Jadi dia terpaksa menyewa bilik diluar. Deposit RM480 seorang, dan bulanan RM180 seorang.

Buku pun banyak yang dia belum beli lagi, pinjam-pinjam kawan dulu. Buku yang perlu dibeli sekitar RM600. Semasa di Asasi dulu ada pensyarah yang bantu sikit-sikit. Kini semasa ambil Ijazah Sarjana mungkin sebab pelajarnya ramai, dia belum kenal siapa yang boleh bantu.

Duit zakat IPTA dalam proses permohonan. PTPTN lepas ni cuma akan dapat bulan Mac 2015.

Kepada mereka yang ingin membantu pelajar ini samada untuk membayar hutang dia pada kawan, yuran kolej, duit buku, deposit rumah, belanja makan minum boleh hubungi saya Rozmal 012-2267406

Salam Maal Hijrah

Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
FB : Rozmal Malakan
1 Muharram 1436 H

20141023

Sumbangan Derma Untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz


Kepada mereka yang ingin menderma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akaun Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

20141021

Sumbangan katil diperlukan untuk Sekolah Tahfiz




Kepada mereka yang ingin menyumbang katil bertingkat samada yang baru atau terpakai yang masih dalam keadaan yang elok adalah dimaklumkan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Puncak Alam, Selangor memerlukan 20 set katil dua tingkat ini untuk persiapan kemasukan 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan pada Januari 2015.

Anggaran kos untuk katil bertingkat berserta tilam ialah RM350 untuk satu set.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi pengetua sekolah ini Ustaz Septian 0132646001.

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di