Keluar bank tadi seorang lelaki Melayu di sisi kereta
lamanya minta pertolongan, dia kehabisan duit minyak, gaji mungkin masuk esok.
Tanya punya tanya, dia kerja sebuah syarikat swasta di Jelebu, berulang dari Senawang
tiap hari.
Gaji tak sampai RM1500. Saya pun mintalah nombor telefon
dia, dan berikan kad saya, manalah tahu kalau boleh dapatkan kerja di Senawang
dengan gaji yang sama, boleh jimat banyak duit minyak.
Saya pun berilah RM20 saja, sebab dia kata dia nak duit
minyak. Saya kata cukup tak, dia kata cukup.
Macam-macam kesusahan orang sekarang ini. Ada kereta, ada
rumah dengan gaji RM1500 sekarang ini memang amat susah, kalau dah berkahwin
dan ada anak pula.
1 ulasan:
pernah sewaktu selesai solat di sebuah masjid di sentul seorang lelaki Melayu minta bantuan rm10 katanya utk minyak kereta...kasihan.
Catat Ulasan